28 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
WASHINGTON — Tentera Amerika Syarikat (AS) dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah laku sejak awal tahun lalu dan yang terbaru ia sekali lagi mencalarkan imej mereka dan bakal mencetuskan kemarahan orang Islam.
Akhbar Los Angeles Times, kelmarin memaparkan beberapa gambar kelakuan biadab askar 82nd Airborne Division ‘beraksi’ dengan mayat ahli kumpulan militan yang berlumuran darah di wilayah Zabul, Afghanistan.
Gambar yang diambil pada 2010 itu turut menunjukkan pelbagai aksi menjengkelkan tentera dengan mayat tanpa rasa hormat terhadap si mati.
Susulan daripada pendedahan memalukan di akhbar tersebut, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta bertindak segera memohon maaf bagi pihak kerajaan di atas kelakuan bodoh tentera AS yang terlibat dan beliau juga menyuarakan kebimbangan kononnya gambar itu akan mencetuskan keganasan baru terhadap penduduk AS.
“Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini akan dihukum mengikut sistem keadilan tentera,” katanya.
Jurucakap akhbar Los Angeles Times menyatakan kesemua 18 gambar kontroversi tersebut diperoleh daripada seorang askar yang identitinya tidak didedahkan.
“Tujuan utamanya adalah untuk mendedahkan kegagalan dalam kepimpinan pihak atasan dan masalah disiplin anggota tentera AS,” menurut akhbar tersebut lagi.
Dalam satu kenyataan, Taliban mengutuk perbuatan askar AS itu dan berikrar untuk membalas dendam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan