21 November 2013

3 suami, 2 isteri tokoh pejuang PAS terima anugerah Azwaaj

17 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Suasana perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat menjadi sebak apabila Datin Seri Khadijah Ibrahim isteri kepada mantan Presiden PAS, Datuk Seri Fadzil Mohd Noor menerima penghargaan khas Azwaaj. 

Penghargaan Khas Azwaaj juga dianugerahkan kepada isteri mantan Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah; Haji Hussin (suami Almarhum Hajah Khaltom); Haji Rahim (suami almarhum Amizan Baharudin) dan Dr Amin (suami almarhum Dr Lo'Lo' Datuk Mohamad Ghazali). 

Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa turut menyampaikan penghargaan Saidatina Khadijah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS pertama, Puan Siti Zubaidah Haji Ali pada tahun 1956 - 1960. 

Mantan Ketua DMPP selama sembilan tahun dari tahun 1992- 2001 iaitu Ustazah Jamilah Ibrahim; To' Puan Hajah Fatimah @ Zainab Ibrahim dari tahun 2001 - 2003; ustazah Azizah Khatib Mat dari tahun 2005 - 2007 dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh dari tahun 2007 - 2009. 

Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat turut menyampaikan penghargaan khas kepada Pengerusi Majlis Guru Pasti Malaysia, Ustazah Saadiah Abu Bakar. 

Husam Musa turut menerima penyerahan kutipan Infaq Kemanusiaan umat Islam antarabangsa. Tabung Infaq bermula dengan sumbangan daripada Husam Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali; Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof diikuti pimpinan lain.

Harakahdaily/-

No comments: