21 November 2013

Jabatan Amal digesa lebih kreatif tarik anak muda

17 Muharram 1435H. [MOD] -

Harakahdaily,20 Nov 2013

PETALING JAYA: Jabatan Amal yang mendapat jolokan 'Tentera Merah' adalah pasukan beruniform yang tidak perlu diperkenalkan lagi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan.

Katanya, hampir seluruh negara mengenali malah senantiasa merindui kehadirannya terutama di saat mereka memerlukan khidmat bakti Jabatan Amal.

Beliau berkata, pasukan yang siap dan sedia mengerahkan khidmat bakti kepada masyarakat berasaskan prinsip al-'amalulillah (beramal kerana Allah).


“Namun saya mengharapkan Jabatan Amal Malaysia tidak berpada dengan pencapaian yang telah diperolehi, sebaliknya Jabatan Amal Malaysia mesti lebih kreatif mendekati dan menarik anak muda agar lebih ramai menyertai skuad beruniform ini yang menjadi wadah pemuda berjiwa sukarelawan dan berkebajikan,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan DPPM ke-54, di sini malam ini.

Muktamar dengan tema Infiru itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas kepada Jabatan Amal yang telah berjaya mendaftarkan Kelab Amal 4x4 dan Amal Bikers Group [ABG] sebagai satu lagi produk baru DPPM menerusi Jabatan Amal untuk mendekati dan memenangi hati satu lagi segmen kecenderungan anak-anak muda masa kini.

Menurutnya, penganjuran Jambori Amal ke-20 tempoh hari di Negeri Kelantan Darul Naim merupakan satu penghormatan DPPM untuk Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah melewati usia 23 tahun pentadbiran di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Di samping itu, katanya peranan Lajnah Sukan, Seni dan Kebudayaan (DACS) dalam menyesuaikan gerak dakwah dengan tempo gaya hidup anak muda perlu dipergiatkan.

Ini, kata beliau khususnya dalam menyambut dan membentuk penghijrahan artis dan ahli sukan untuk diketengahkan sebagai duta menyantuni anak muda di samping turut dibimbing dengan corak fikrah Islamiyah syamilah (pemikiran Islam yang syumul) dalam usrah Musika(Majlis Usrah Seniman, Karyawan dan Artis), ARC (Alternatif Riding Club), APC (Alternatif Photographer Club), ABC (Alternatif Band Club] dan seumpamanya yang telah berjaya DPPM tubuhkan sebelum ini dan selayaknya

No comments: