21 November 2013

PAS perlu perkukuh penguasaan di Sabah dan Sarawak

17 Muharram 1435H. [MOD] -

SHAH ALAM: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat lebih ramai tokoh PAS dari Sabah perlu ada di peringkat tertinggi parti termasuk di peringkat Naib Presiden.

"Kalau saya diberi hak memilih, saya bersedia memberi tempat saya kepada tokoh Sabah,"katanya ketika menyampaikan ucapan Perasmian Muktamar Muslimat PAS Pusat kali ke-53.

Namun katanya, lebih ramai tokoh Sabah perlu ada sekurang-kurangnya di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat dan dewan-dewan pada masa akan datang.

Dengan ucapan yang bertajuk ’Mendepani Perubahan Negara’ beliau mengakui PAS belum mencapai pencapaian yang membanggakan di Sabah dan Sarawak.

"Pilihan raya peringkat negeri Sarawak akan tiba. Kita belum menemui formula yang berkesan untuk kedua negeri tersebut," katanya di hadapan kira-kira  800 perwakilan Muslimat.

Bagaimanapun Husam menyerah kepada saf kepimpinan akan datang untuk mencari ramuan kekuatan bagi Sabah dan Sarawak.
Harakahdaily/-

No comments: