21 November 2013

Pemuda tolak usul pertahan kepimpinan ulama

17 Muharram 1435H. [MOD] -
PETALING JAYA: Usul mempertahankan kepimpinan ulama ditolak para perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kerana disifatkan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Usul tersebut dikemukakan Pemuda PAS Gombak dan disokong oleh Pemuda PAS Klang.

Bagaimanapun Pemuda Lembah Pantai, Kluang, Lumut bangun membahaskan supaya menolak usul itu.

Antara hujah yang dikemukakan bagi menolak usul tersebut kerana mengikut perlembagaan parti, jawatan bagi presiden, timbalan dan naib presiden boleh dilantik dari kalangan ahli PAS.

Perlembagaan tidak menyebut mereka perlu terdiri dari kalangan ulama ataupun bukan ulama.

Mereka juga mengemukakan hujah bahawa usul yang mengatakan institusi ulama diserang adalah tidak kukuh ekoran tiada sebarang bukti berhubung tuduhan tersebut.

Selepas perbahasan hangat, Pengerusi Tetap DPPM, Misbahul Munir Masduki meminta para perwakilan bangun bagi menyatakan pendirian sama ada menerima atau menolak usul tersebut.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: