Dr Dzulkefly Ahmad, | 21 Nov 2013 |
Sesungguhnya Muktamar PAS ke-59 bakal menempah sejarah dengan pengkisahan atau naratif yang tersendiri. Ia pastinya punya kelainan bukan hanya kerana ini tahun pemilihan. Pemilihan itu sahaja sudah cukup menarik dengan debaran dan bahangnya sedikit luar biasa untuk kali ini.
Yang ditunggu-tunggu semua pihak khasnya media, tempatan dan juga antarabangsa, bukan sahaja keputusan pertandingan jawatan-jawatan penting dalam pemilihan pada muktamar ini. Tentunya akan ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan seperti ini sifatnya memang ‘zero-sum’ atau ‘kalah-menang’. Tidak boleh ‘menang-menang’. Ini juga lumrah.
Nah, kalau begitu maka mengapa terlalu kaget atau perlu ‘panik’ dengan debaran dan suhu berkempen yang agak lain macam? Penulis tidak akan cuba melanjutkan ‘sindrom penafian’ sesetengah pihak termasuk dirinya sendiri kadangkali, seolah-olah ‘kesengitan’ itu tidak wujud, guna menyelamat parti yang disayangi.
Benar keputusan itu penting dan pemilihan itu penting. Tidak juga dinafikan. Akan tetapi itu hanya alat atau wasilahnya? Yang menjadi tumpuan dan perhitungan pentingnya ialah ‘apa akan berlaku selepas pemilihan?’ Maksudnya?
Ya. Yang menjadi perhatian semua pihak, kawan dan lawan termasuk media tempatan dan antarabangsa ialah ‘Apa perubahan selepas pemilihan?’
Apakah mereka menjangkakan perubaha ‘Dasar PAS’? Tentunya tidak! Dasar-dasar seperti termaktub dalam perlembagaan parti Islam ini tentunya tidak berubah dan tawaran PAS dalam “Negara Berkebajikan” pastinya kekal.
Yang ditunggu-tunggu ialah tentang hal dan orientasi ‘strategi pendekatan politiknya’. Itu yang dinanti-nantikan sangat oleh semua.
Ini kunci segala perbualan awam sehingga ke seminar dan wacana politik tanah air di menara gading anjuran kumpulan pemikir atau think-tank termasuk ahli akademik dan pundit politik tanah air.
Di sebalik semua keresahan, polimik dan kemelut yang terjadi, terpahat satu persoalan maha penting bagi politik Negara yakni ‘Apakah PAS akan terus bersama Pakatan ataukah Muktamar bakal merumuskan keputuskan sebaliknya, andainya usul menuntut penilaiaan semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dibentangkan.
Yang relevannya ialah ‘Apakah keputusan pemilihan bakal mewarnai orientasi dan pendekatan strategi parti Islam ini?’
Bagi penulis kebarangkalian wujud keputusan atau ‘outcome’ mengejut masih lagi satu yang munasabah dalam dinamika sebuah parti politik yang sangat vibrant dan hidup fungsi demokrasinya. Ia sekaligus menyerlahkan PAS sangat responsif dan bertindak balas dengan realiti politiknya dengan sangat baik.
Hanya persidangan muktamar yang berani menggarap isu-isu besar yang menentukan jatuh-bangun dan hidup-mati perjuangan yang mampu memberikan kepuasan kepada para perwakilan dan seluruh ahli serta penyokong parti.
Muktamar adalah himpunan tahunan paling besar dan paling penting khasnya buat parti Islam yang tunggal di tanah air ini. Ia adalah persidangan perwakilan dari seluruh pelusuk Negara bagi melunaskan satu tanggungjawab besar untuk memuraja’ah dan memuhasabah lantas ‘mempertegas dasar-dasar parti dan merangka strategi mendayakan perjuangan’ bagi waktu mendatang.
Meneliti dapatan post-mortem pilihan raya umum lalu, adalah diakui bahawa pasca PRU ke-13, PAS mengalami penghakisan sokongan undi Melayu. Hakikat tersebut perlu segera diinsafi semua. Jelasnya impian PAS untuk mengganti Umno sebagai parti tunggak orang Melayu-Islam gagal dan masih tertangguh.
Sementara Umno menambah 9 kerusi di peringkat persekutuan kepada 88, PAS sebaliknya kehilangan 2 kerusi parlimen menjadikannya 21. Menambah derita PAS lagi ketika kehilangan negeri Kedah dibawah pentadbirannya bagi mewakili Pakatan Rakyat.
Purata seluruh Negara Semenanjung Malaysia PAS mengalami penurunan sokongan etnik Melayu sebanyak 2% sementara PKR sebanyak 7% pada PKR sementara DAP mendapat peningkatan 2% sokogan etnik Melayu. Di satu segi kehilangan undi Melayu di alami PAS tidaklah begitu parah sangat.
BN sememang kuat di luar bandar iaitu mereka menang 121 kerusi dari 133 kerusi luar bandar. Peliknya 70% kerusi parlimen berada di kawasan luar bandar sementara hanya 30% penduduk dan pengundi tinggal dalam kawasan tersebut. Ini adalah kelangsungan ‘gerry-mandering’ jahat yang berdekad lamanya.
Penurunan sokongan Melayu adalah terhad kepada kawasan tertentu sahaja dan boleh ditafsir menurut faktor-faktor tempatan dan situasi pentadbiran di negeri seperti apa yang berlaku diKedah. PAS sebaliknya mengalami peningkatan sokongan Melayu di Terengganu dan sedikit di negeri Johor. Kajian oleh pihak berkecuali seperti Merdeka Centre masih mendapati bahawa tren pengundi Melayu masih positif terhadap PAS.
Persoalan besar yang perlu dipecahkan dalam perbahasan di Muktamar ialah ’Apakah yang perlu PAS lakukan untuk menambah sokongan orang Melayu terhadapnya?’
Dicadangkan dari hasil kajian pasca PRU ke-13, PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan muda etnik Melayu. Untuk PRU14, segmen ini akan bertambah. Mengikut dapatan kajian terkini imej PAS dalam kalangan generasi muda masih baik dan sesuatu mesti dilakukan segera bagi memperkukuh sokongan ini.
Dapatan kajian terkini juga menekankan keperluan PAS untuk meningkatkan mesej sosio-ekonomi dan fokas kepada golongan menengah rendah (bawah RM4,000 sebulan). Kelompok umur bawah 40 tahun serta segmen wanita juga perlu penumpuan berterusan.
Kedudukan purata ialah sokongan umum pengundi Melayu kepada PAS ialah sekitar 40%. Ini perlu ditingkatkan kepada 44% untuk PAS menempah kemenangan pada PRU14. Sokongan wanita Melayu juga masih di tahap yang rendah (sekitar 30-35%). Sokongan pengundi muda Melayu sekitar 45-46% dan ini perlu ditambah dengan kegiatan dan program yang mampu menggamit harapan dan imiginasi mereka.
Bagi mengatasi kelemahan yang disimpulkan dalam dapatan awal post-mortem dan beberapa kajian pasca PRU ke-13, adalah diingatkan supaya PAS berwaspada supaya tidak mengambil jalan ‘rawatan atau preskriptif sebelum mengenalpasti penyakit’.
Penulisan ringkas ini dalam ruang yang serba sempit ini, agak sukar melakukan keadilan kepada maudhu’ yang sebegini penting. Pun begitu, amat mutahak supaya PAS meneliti dan tekuni faktor sebab-musabab (causative factors) dalam kekalahan pertarungan dengan Umno.
Di samping segala penipuan dan isu capaian media yang sangat tidak adil dan ‘politik ugut-takut’ serta ‘pecah-confused-perintah’, kajian juga mendapati BRIM sangat mempengaruhi pengundi Melayu luar Bandar. Berdepan dengan hakikat ini, maka sayugia diingatkan bahawa PAS mesti memperkuatkan program kebajikan dan khidmatnya.
Namun sayugia diingatkan program kebajikan PAS jangan hanya tamat dengan ‘pemberian’ atau ‘handout’ seperti Umno.
Adalah pemerhatian dan kini keyakinan penulis bahawa PAS mesti benar-benar menampilkan konsep ‘Negara Berkebajian’ melepasi aspek dan dimensi ‘memberi-handout’. Khususnya bagi Melayu di luar bandar dan di kampung-kampung tradisi khasnya di kawasan-kawasan kerusi ‘Malay-Belt’ di Selangor seperti di Tanjung Karang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Hulu Selangor dan segmen Melayu seperti ini di negeri-negeri lain juga, penyampaian Dakwah Islam mesti memasuki rumah-rumah mereka serentak dan bersekali dengan khidmat Kebajikan kita.
Ini adalah penentu dalam memenangi hati-budi kelompok atau konstituensi Melayu ini supaya bukan sahaja menjadi pengundi PAS bahkan berani menjadi ahli PAS yang bersedia membuka cawangan dan menjadi aktivis PAS. Konstituensi Melayu Bandar dan pinggir Bandar memerlukan pendekatan ‘pencerahan’ dan ‘ketelusan-kebertanggungjawaban’ tadbir-urus wakil-wakil rakyat atau penyeleras DUN dan Parlimen yang belum dimenangi.
Pun begitu, Muktamar mesti berani berdepan menggarap isu ‘review’ dan kajian semula kedudukan PAS dalam Pakatan seandainya usul dibawa oleh mana kawasan atau dewan. Sekali lagi bagi penulis keberanian untuk mendepani cabaran tersebut bakal menyerlahkan ‘pencerahan’ dan ‘kejelasan’ yang sekaligus akan memperukuhkan lagi ketegasan dan penambahbaikan prestasi PAS dalam Pakatan sebagai laluan trajektori dan metodologi untuk meraih kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-14.
Bagi mencapai matlamat ke arah itu PAS wajar diingatkan supaya bertegas memperkukuhkan prinsip dan dasar perjuangan Islamnya sementara sentiasa memiliki bijaksanaan seperti ditegas Presiden parti. Keanjalan dan bijak memposisi perjuangan politiknya akan mengekalkan sokongan tegarnya di kalangan orang Melayu-Islam serta terus dimantapkan sokongan baru dalam kalangan bukan-Melayu bukan –Islam. Penulis berpandangan bahawa kesemua ini hanya munasabah dilakukan dan dikekalkan dalam kerangka dan konstruk Pakatan Rakyat.
Sementara itu advokasi PAS dalam hal tuntutan supaya Syari’at (termasuk Qanun Jina’iyyat Islamiyyah) bagi menjalin keharmonian dan kemakmuran rakyat dalam sebuah Negara yang pluralis dan majmuk akan terus kita dayakan. Bersama Pakatan Rakyat, PAS akan mempergiat agenda mendedahkan kebejatan dan kebobrokan tadbir-urus kewangan dan ekonomi negara yang sarat dengan kemungkaran yang bercanggah dan berlawanan dengan Syariat Islam.
Penulis amat yakin dalam kesyumulan mempamerkan dan mengadvokasi Syariat Islam sekaligus mengangkat Tujuan atau Maqasid Syariah itu sendiri (Dhororiyatul Khams- Lima Kemestian) itu. PAS akan berdiri unik, di satu garis dan pentas yang berbeza dari Umno yang mutakhir ini cuba meniru PAS dalam kepura-puraannya terhadap isu seperti Kalimah Allah dan terkini terhadap Hudud yang disekat dengan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mereka reka-cipta dan undang-undangkan.
Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan