21 November 2013

Muktamar Pemuda: Proses buang undi berjalan lancar

17 Muharram 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Seramai 673 perwakilan daripada 162 kawasan sedang melaksanakan proses pengundian secara berperingkat-peringkat bagi pemilihan jawatan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang baru dalam muktamarnya pagi ini.

Bermula jam 11.15 pagi tadi, mereka mula memilih pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua, timbalan ketua, naib ketua dan 12 ahli jawatankuasa DPPM.

Bagi jawatan ketua, timbalan dan naib ketua, mereka dibenarkan melantik wakil calon sebagai pemerhati sewaktu proses pembuangan  dan pengiraan undi.

Sebelum itu, ketua jawatankuasa pemilihan, Dr Zulqarnain Lukman menyampaikan taklimat pengundian kepada perwakilan.

Pengundian dimulakan dengan barisan exco diikuti kawasan-kawasan.

Keputusan pemilihan dijangka diumumkan pada jam 9.40 malam ini.

Muktamar bersambung jam 12.30 untuk perbahasan ucaptama ketua pemuda dan perbahasan usul-usul.


Harakahdaily/-

No comments: