23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PENDANG – Tiga beradik di Kampung Hadapan Sekolah Menengah Pendang dekat sini terkejut melihat sebiji kelapa yang tumbuh tiga tunas seolah-olah melambangkan mereka tiga beradik yang tinggal bersama di rumah pusaka ibu bapa mereka.
Abang sulung, Ismail Sulaiman, 63, atau dikenali dengan gelaran Pak Ya berkata, dia terkejut apabila adik bongsunya, Hasnah Sulaiman, 58, memberitahu terjumpa ‘kelapa yang tumbuh tiga pokok’ di halaman belakang rumah mereka.
Menurutnya, dia menyuruh adik bongsunya itu yang merupakan seorang pendiam pergi mengutip kelapa untuk membuat kerisik, namun tidak menyangka terjumpa buah kelapa pelik itu.
“Pada Selasa minggu lalu saya meminta adik mengutip kelapa yang bersepah di halaman belakang untuk membuat kerisik, namun adik memaklumkan terjumpa kelapa itu, sedangkan buah lain tumbuh satu tunas sahaja pada sebiji buah.
“Saya tinggal di sini bersama tiga beradik iaitu saya, Hasnah dan seorang lagi adik, Aishah Sulaiman, 62, yang tidak berkahwin. Saya akan menanam buah ini di dalam palsu dan akan menyimpan di dalam rumah kerana ia seolah-olah melambangkan kehidu-pan kami bertiga,” katanya.
Ismail berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat buah kelapa sedemikian dan beranggapan ia istimewa bagi mereka walaupun ada pihak yang meminta untuk membelinya pada harga tinggi.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan