23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SEORANG lelaki yang cedera parah tiba di hospital Escuela di Tegucigalpa, selepas kebakaran besar tengah malam Selasa di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Honduras itu, semalam. Dianggarkan kira-kira 357 orang terbunuh dalam kejadian itu. - REUTERS
TEGUCIGALPA 15 Feb. - Satu kebakaran besar di penjara sesak di Honduras menyebabkan lebih 350 banduan terbunuh, kebanyakannya kerana terperangkap di dalam tahanan.
Menurut pejabat Peguam Negara, sekurang-kurangnya 357 orang terbunuh dalam kebakaran yang bermula lewat semalam itu di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Tegucigalpa.
Ketua perkhidmatan forensik di Comayagua, Lucy Marder berkata, mengikut laporan polis, seorang daripada mangsa yang terbunuh adalah wanita dan yang lainnya banduan, tetapi turut menyatakan beberapa yang disangka mati mungkin telah melarikan diri.
Media tempatan melaporkan, ketua jabatan bomba Comayagua turut terbunuh dalam kebakaran itu.
Insiden kebakaran di penjara ini adalah yang terburuk di Amerika Latin dan radio tempatan melaporkan, kebanyakan banduan mati terbakar di dalam penjara.
Tentera, polis dan ahli keluarga yang bimbang berhimpun di luar penjara Comayagua hari ini dan gambar televisyen menunjukkan ada di antara mereka yang menangis dan mahu merempuh sekatan polis.
Penjara itu menempatkan lebih 800 banduan, melebihi kapasitinya.
Menurut pasukan bomba, mereka dihalang memasuki penjara itu kerana berlaku tembak-menembak, tetapi ketua penjara Daniel Orellana menegaskan tidak berlaku sebarang rusuhan. - REUTERS

Tiada ulasan:
Catat Ulasan