23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BUTTERWORTH - Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ini yang berlaku kepada sepasang kekasih, di mana lelaki warga negara Colombia dan pasangannya, wanita tempatan apabila mereka cuba menyamun kerani bank yang baru mengeluarkan wang RM40,000 di Kampung Gajah, tengah hari semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, pasangan itu ditahan jam 12 tengah hari ketika lelaki itu sedang bergelut dengan mangsa untuk mendapatkan wang.
“Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 37 tahun sampai berdekatan sebuah bank di Kampung Gajah untuk menyimpan wang yang dikeluarkannya di sebuah bank di Taman Selat sebelum itu.
“Mangsa menyedari salah satu tayar keretanya pancit sebelum melihatnya apabila didatangi lelaki itu sambil mengacukan pisau dan meminta menyerahkan wang,” katanya.
Menurutnya, mangsa diekori pasangan berkenaan sejak di bank, manakala tayar keretanya ditoreh menyebabkannya pancit.
“Kejadian disaksikan anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan itu sebelum menahan lelaki terbabit bersama teman wanitanya di lokasi kejadian.
“Hasil pemeriksaan, kita menemui pelbagai barangan digunakan untuk kegiatan jenayah antaranya topeng muka, topi dan pisau serta sejumlah mata wang asing,” katanya.
Ayub berkata, pihaknya percaya penangkapan pasangan kekasih itu berjaya menyelesaikan lima kes samun berdasarkan modus operandi yang digunakan dengan cara memancitkan tayar mangsa sebelum disamun.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan