23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
CHANGKAT JERING – Seorang penternak tidak menyangka niatnya untuk bertanya telah dibalas dengan kata-kata maki oleh pegawai yang bertugas menjawab panggilan bebas tol di sebuah jabatan kerajaan.
Penternak, Fathullah Harun, 45, berkata, sebelum ini dia menghadapi sedikit masalah membuat laporan polis mengenai perkara itu bagaimanapun, setelah mendapat kekeliruan dia menghubungi talian bebas tol jabatan berkenaan.
Menurutnya, pada mulanya, taliannya dijawab seorang pegawai wanita tetapi berlaku sedikit percanggahan pendapatan menyebabkan perbualan itu diambil alih oleh seorang pegawai lelaki.
“Dalam perbualan berkenaan, pegawai lelaki itu sering meninggikan suara dan membuatkan saya tertekan.
“Saya tidak menyangka akan dilayan begitu, hasrat saya untuk bertanya terbantut gara-gara sikap kedua-dua pegawai berkenaan,” katanya.
Fathullah berkata, dia kemudiannya menghubungi semula talian berkenaan untuk mengetahui nama pegawai tersebut dan ada menerima panggilan dipercayai nombor telefon pejabat.
Jelasnya, dia meminta orang itu menelefonnya semula selepas 10 minit kerana ketika itu dia sibuk dengan haiwan ternakannya.
“Selepas beberapa minit, orang itu menghubunginya kembali tetapi tidak bercakap apa-apa apabila ditanya dan cuma kali ketiga saya bertanya, dia terus menggunakan perkataan kesat lalu memutuskan talian,” katanya.
Tindakan itu membuatkan dia terkedu apabila pemanggil berkata sedemikian dan sepanjang hidupnya, inilah kali pertama orang memaki Fathullah.
Katanya, jika ada salah pertanyaan atau apa-apa, pemanggil boleh beritahu bukan bertindak sebegini.
“Sepatutnya orang yang menjaga talian ini berhemah tetapi lain pula sikap pegawai berkenaan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan