23 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BAHAU - Hanya kerana menegur sesetengah penduduk membuang sampah di kebun sawit berdekatan, seorang suri rumah di sebuah taman perumahan berhampiran Kampung Jambu 8, di sini bukan saja dimaki, malah menerima ugutan.
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 Ahad lalu, apabila Mastura (bukan nama sebenar), 28, menegur seorang lelaki kerana menjadikan kebun berkenaan sebagai tempat buang sampah.
Bagaimanapun, tegurannya itu mengundang kemarahan lelaki terbabit yang bertindak menghalau suri rumah berkenaan dari kawasan taman perumahan itu.
Tidak setakat itu, sebaliknya pertelingkahan berlaku kira-kira 12 tengahari sehari selepas itu apabila lelaki terbabit sekali lagi datang ke rumah Mastura, kali ini dengan membawa seorang lagi dipercayai ahli keluarganya.
“Kali ini dia datang memaki hamun saya, mengeluarkan kata kesat serta membaling kasut ke arah saya. Dia juga mengugut saya dengan menunjukkan isyarat lucah dan menyuruh saya berambus dari kawasan berkenaan.
“Semuanya kerana sebelum ini saya ada menegurnya supaya tidak membuang sampah di kebun sawit berkenaan kerana mengundang pencemaran serta bau kurang menyenangkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.
Mastura berkata, pada hari sama kira-kira 8.30 malam, dia membuat laporan di Balai Polis Bahau kerana bimbang diapa-apakan lelaki terbabit.
“Saya memang berada dalam ketakutan sejak hari itu, Malah, jiran saya ada beritahu selepas itu lelaki berkenaan datang ke rumah saya ketika saya tidak ada di rumah,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Sinar Harian ke kawasan kebun berkenaan mendapati, kawasan itu kini bertukar menjadi tempat pembuangan sampah haram.
Di mana silapnya, kebun sawit berkenaan bukan kotor, malah kelihatan sampah sarap bertaburan atas jalan sehingga menjejaskan persekitaran serta mengundang bau busuk.
Menurut Mastura, sebelum ini kawasan berkenaan memang menjadi tempat pembuangan sampah orang ramai, tetapi tidak berlaku lagi selepas mereka sedar tindakan mereka mencemarkan kebersihan.
“Tetapi saya agak kecewa apabila masih terdapat segelintir yang masih membuang sampah di situ sehingga menyebabkan ia menjadi sasaran anjing liar.
“Rumah saya hampir dengan kebun berkenaan, sememangnya mengganggu keselesaan saya,” katanya.
Mastura berkata, dia tidak mahu kes pertelingkahan berkenaan berpanjangan dan meminta Majlis Daerah Jempol (MDJL) mengambil langkah segera.
“Saya tidak mahu hal ini berlarutan terlalu lama,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan