17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang, apabila rumah pusaka yang didiami sejak berpuluh tahun lamanya, hangus sekelip mata dalam kebakaran di Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) semalam.
Kejadian yang berlaku pada jam 8.05 pagi itu menyebabkan mangsa, Natrah Awang, 39, hanya sempat menyelamatkan dokumen penting dan menyelamatkan diri akibat api yang marak.
Natrah berkata, ketika kejadian dia berada di ruang tamu manakala suaminya Azlin Mohammad, 40, yang bekerja sebagai pemandu bas tiada di rumah kerana keluar bekerja.
“Saya hanya menyedari rumah terbakar apabila melihat bahagian dapur terbakar dan tidak tahu punca api terbabit.
”Melihatkan api semakin marak, saya terus berlari keluar serta mencapai dokumen penting sahaja kerana api begitu pantas merebak ke bahagian lain,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Natrah yang bekerja sebagai pembantu kedai memberitahu rumah tersebut adalah peninggalan arwah orang tuanya dan mendiami rumah berkenaan sejak berpuluh tahun lamanya.
”Saya terima apa yang berlaku ini sebagai satu ujian dari Allah dan untuk sementara waktu saya akan menumpang di rumah sanak saudara sebelum mendapat tempat tinggal lain,”katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Wan Asri Wan Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.10 pagi dan terus ke tempat kejadian.
Beliau berkata, seramai 15 anggota dan tiga jentera dihantar ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran.
”Ketika pihak bomba sampai, rumah berkenaan sudah pun hangus 60 peratus.
“Kami masih menyiasat mengenai punca kejadian dan kerugian dianggarkan berjumlah RM80,000” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan