17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
IPOH - Dua maut termasuk seorang kanak-kanak manakala empat lagi cedera parah dalam dua kemalangan berasingan di Perak hari ini dan semalam.
Pemangku Ketua Trafik Negeri, DSP Mohamad Roy Suhaimi berkata dalam kejadian pukul 7 pagi ini, seorang maut manakala empat cedera parah termasuk dua beradik apabila dua buah kereta bertembung di Km 52.3 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Tapah.
Beliau berkata mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Mohd Aizat Firdaus Mohamad, 22, berasal dari Batu Gajah.
"Mangsa yang cedera parah meninggal dunia ditempat kejadian dan mayatnya di hantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala rakannya, Fazlina Idris, 29, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng cedera parah di kepala dan dirawat di hospital sama," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tiga lagi mangsa yang cedera parah dalam kemalangan itu ialah pemandu kenderaan, B. Selvindar Kaur, 47, adiknya Manjeet Kaur, 45, dan seorang lagi penumpang K. Nandeep Singh, 20.
Roy berkata kesemua mereka yang berasal dari Chenderiang, Tapah dirawat di hospital yang sama.
Beliau berkata kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua Viva yang dipandu Aizat dalam perjalanan dari Kampar ke Tapah dikatakan cuba memotong kereta di hadapannya tetapi gagal lalu bertembung dengan kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu Selvindar.
Dalam satu kemalangan lain, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh sebuah kereta ketika mangsa melintas jalan di KM 87.6 Jalan Ipoh-Butterworth dekat Taiping, semalam.
Mangsa Mohd Danial Asraf Abdullah yang berasal dari Rumah Awam, Taiping yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Hospital Taiping pada pukul 1.15 petang.
Ketika kejadian kanak-kanak tersebut dipercayai sedang melintas jalan dan sebuah kereta yang datang dari arah Butterworth menghala ke Ipoh dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh mangsa.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan