17 Jamadil Awal 1433H. [MOD]
SHAH ALAM – Tiada kemudahan lampu dan elektrik disediakan untuk kegunaan gelanggang futsal di Fasa Dua, di sini sejak 2005 lalu, Gabungan Penduduk Zon J (Gapi) terpaksa menggunakan bekalan elektrik sendiri untuk memudahkan golongan muda bermain pada waktu malam.
Penduduk, Nordzelan Harun, 52, jika tiada inisiatif penduduk di sini yang mahu menggunakan bekalan elektrik milik penduduk yang sedia membantu, mungkin gelanggang futsal itu hanya hidup pada siang hari sahaja.
“Banyak kemudahan pagar dan tiang pada gelanggang futsal ini perlu diambil berat pihak berkenaan kerana semakin hari keadaan semakin kritikal dan boleh mengundang bahaya kepada penduduk.
“Isu futsal yang masih dipandang sepi pihak berwajib perlu dibaiki dengan kadar memandangkan ini satu-satunya kawasan riadah yang ada untuk golongan belia menghabiskan masa terluang bersama rakan,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Kamarulzaman Rashidi, 42, kunjungan wakil rakyat ke tempat yang bermasalah di taman perumahan ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang ada memandangkan kemudahan futsal ini penting untuk semua.
“Kebanyakan penduduk mengambil inisiatif sendiri untuk menyambungkan bekalan elektrik untuk kegunaan gelanggang futsal sedia ada memandangkan ia sebelum ini tidak dibekalkan lampu selepas dibina 2005 lalu,” katanya.
Selain isu futsal, Pengerusi Gapi, Mohd Shukor Ahmad, 42, berkata, penduduk juga memohon untuk pemasangan palang keselamatan di empat kawasan keluar masuk taman untuk penggunaan di sebelah malam.
“Tujuan pemasangan itu adalah mahu mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di kawasan perumahan seperti kecurian dan pecah masuk sekali gus meningkatkan keselamatan penduduk.
“Masalah ini juga dimaklumkan kepada Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang hadir mengunjungi kawasan taman ini untuk sesi berdialog dan beramah mesra.
“Saya berharap permohonan yang dibuat penduduk dapat diberi perhatian kerana ia meliputi penambahbaikan infrastruktur dan keselamatan taman perumahan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan