17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Tindakan licik pencuri kabel meloloskan diri selepas tiga kali melakukan kegiatan sama akhirnya tumpas apabila pihak polis bersama penduduk kampung berjaya menangkap lelaki terbabit di Taman Pulong, Kubang Kerian pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira- kira jam 3.30 pagi itu, seorang daripada tiga suspek berjaya diberkas penduduk kampung yang mengambil insiatif sendiri memengintip pergerakan suspek.
Seorang penduduk, Ismail Mat Amin, 53, berkata, dia berpakat dengan sekumpulan penduduk untuk melakukan rondaan malam bagi menangkap mereka yang terlibat.
“Kejadian malam tadi adalah yang keempat berlaku dalam masa sebulan, dan yang terakhir malam Jumaat lalu, menyebabkan saya dan beberapa penduduk nekad untuk menangkap penjenayah tersebut.
“Timbul juga perasaan marah dan geram kerana penjenayah terbabit seolah- olah mempersendakan kami sehingga melalukan kegiatan berkenaan berulang kali,”katanya kepada Sinar Harian.
Ismail berkata, hanya dua malam melakukan kawalan malam dia dan penduduk kampung berjaya memberkas suspek yang ketika itu sedang memotong kabel telekom di hadapan rumahnya.
“Kami mula melakukan kawalan jam 1 pagi, setelah lebih 2 jam menunggu akhirnya muncul Proton Waja berwarna putih dan menurunkan dua penumpang iaitu penjenayah berkenaan sebelum berlalu pergi,”katanya.
Menurutnya, kerja- kerja memotong kabel dilakukan salah seorang daripada mereka manakala seorang lagi mengawasi dari bawah.
Katanya, setelah menyedari kehadian penduduk yang sebelum itu berada di sebuah bangsal tidak jauh dari tempat kejadian, penjenayah berkenaan cuba menyelamatkan diri namun gagal.
“Kami berjaya memberkas lelaki yang sedang asyik memotong kabel sebelum terjun dari tempat berkenaan dan melarikan diri, namun tindakan pantas penduduk dalam mengejar serta mengepung kawasan berkenaan membawa kepada penahanan suspek berusia awal 30-an itu,”katanya.
Pemangku Ketua Polis Kota Bharu, Deputi Superintendan Zaki Ibrahim berkata Suspek dipercayai berasal dari Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh dan berusia 20 tahun serta bekerja sebagai buruh.
Katanya, dalam tangkapan terbabit, polis berjaya merampas sebuah alat pemotong besi sepanjang 450 milimeter, selain segulung wayar kabel Telekom yang berukuran 10 meter.
“Suspek terbabit ditahan dan akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. Dengan penahanan terbabit, polis berjaya menumpaskan seorang suspek dalam kes curi kabel yang kerap kali berlaku di daerah ini.
“Kita minta kerjasama orang ramai supaya terus memberi maklumat dan bertindak menyerahkan suspek yang disyaki kepada polis bagi menyelesaikan kes ini sama ada menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian seumpama ini,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan