17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 April: Umno sekali lagi cuba berlindung di sebalik Melayu akan terjejas jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.
“Pelik bin ajaib, inilah kenyataan Pak Pandir yang keluar daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Apa kena mengena dengan Melayu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.
Beliau juga mempersoalkan bukankah yang meminjam PTPTN adalah majoriti Melayu dan yang miskin juga orang Melayu.
“Alasannya, akan menjejaskan IPTS (institut pengajian tinggi swasta). Apa kaitan IPTS dengan orang Melayu?” tanya beliau lagi.
Bagi beliau, itu semuanya ada kaitan dengan kroni Umno.
Idris berkata, nampak sangat apa yang Umno lakukan semuanya untuk kepentingan beberapa kerat Melayu yang menjadi kroni Umno kerana peminjam PTPTN hampir 1.87 juta.
Begitulah juga, katanya kerajaan sibuk untuk mengurangkan subsidi sehingga menyebabkan majoriti rakyat terseksa.
Sebaliknya, tambah beliau subsidi untuk syarikat independent power producer (IPP), melebihi RM10 bilion setiap tahun tidak pernah diusik.
“Memang tepatlah Umno ini memperalatkan Melayu ketika tersepit, menggunakan kaedah Melayu tergugat adalah talian terakhir Umno untuk menyelamatkan kuasa mereka,” katanya lagi.
Sewaktu ada kuasa, kata Idris Melayu tidak dibela dan ditangan mereka Melayu tergadai dan terpinggir selepas negara merdeka hampir 55 tahun.
“Umno merancang supaya Melayu susah dengan ini boleh dijadikan modal ketika kuasa tergugat,” ujarnya.
Menurutnya, jika kerajaan BN tidak mampu mencari wang RM43 bilion untuk menghapuskan PTPTN, maka lebih baik menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat untuk dibuktikan.
Baginya, Najib merasa bimbang isu PTPTN adalah isu anak muda yang menjadi penentu di dalam PRU akan datang.
Justeru, beliau mengulangi kenyataan bahawa bukan mustahil Najib akan mengisytiharkan PTPTN akan dimansuhkan jika kuasa mereka tergugat.
“Terbaru mereka sudah menghapuskan tol Cheras-Kajang pada 2 Mac lalu walaupun sebelumnya mereka mengejek PR berjanji hendak menghapuskannya, kerana ini melibatkan perjanjian,” katanya lagi.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan