17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
JELOR - Pada usia warga emas, biasanya anak-anak yang akan menjaga ibu bapa mereka tetapi berlainan dengan pasangan Abdul Rashid Mohd Noor, 60, dan isterinya, Kamariah Che Soh, 53, apabila menghabiskan sisa hidup mereka dengan menjaga seorang anak yang lumpuh akibat ketumbuhan.
Walaupun kedua-dua mereka sudah berumur dan uzur, tetapi ia sedikit pun tidak membebankan pasangan itu, malahan mereka gembira kerana dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan untuk menjaga anak sulung daripada 10 beradik itu, Rosdi Abdul Rashid, 35.
Abdul Rashid berkata, dia sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan anak sulungnya itu sentiasa berada dalam keadaan baik serta selesa, sehinggakan dia sanggup menjual lembu yang dibelanya bagi menampung perbelanjaan perubatan Rosdi.
“Kami orang miskin, saya pun hanya bekerja sebagai penjaga pam air dan mendapat gaji RM600 sebulan.
“Duit sebanyak itu digunakan untuk menyara lima anak yang masih di bawah tanggungan, dan setiap bulan sebanyak RM300 lebih perlu dibelanjakan untuk membeli lampin pakai buang serta susu untuk Rosdi,” katanya kepada ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jelor Hilir.
Menurutnya, permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah pun dibuat pada awal tahun ini tetapi sehingga sekarang belum diluluskan lagi.
Abdul Rashid berkata, dia dan isteri berharap sangat jika pihak JKM dapat mempercepatkan proses tersebut kerana dengan duit bantuan mereka boleh gunakan bagi perbelanjaan bulanan anak sulungnya itu.
Sebelum itu, Abdul Rashid dan keluarga menerima kunjungan daripada K3 Riders Club Kota Bharu semalam ke rumah mereka di sini.
Dalam kunjungan tersebut, kelab tersebut menyumbangkan sebuah katil, lampin pakai buang serta bekalan susu untuk kegunaan Rosdi.
“Kami sekeluarga berterima kasih kerana sudi memberikan sumbangan kepada anak kami.,” katanya.
Orang ramai yang ingin mendermakan wang kepada keluarga Abdul Rashid boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional iaitu 0310529000221063.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan