17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KARIER Kenny Dalglish di Anfield dalam ancaman selepas Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Aston Villa, kelmarin.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Liverpool ketinggalan 15 mata untuk layak merebut slot Liga Juara-Juara musim depan. Dengan berbaki enam perlawanan, hasrat The Reds untuk beraksi pada saingan Eropah pastinya sukar untuk direalisasikan.
Bagaimanapun, Kenny dengan nada tenang mendakwa ada agenda mahu menjatuhkan kelabnya susulan keputusan negatif yang dilakar Liverpool kebelakangan ini termasuk ketika berkongsi mata dengan Aston Villa, kelmarin.
“Pengadil (Micheal Oliver) mengeluarkan keputusan berat sebelah. Sepatutnya kami mendapat penalti ketika Eric Lichaj mengasak Dirk Kuyt.
“Amat jelas, bola terkena tangannya. Tapi apa yang pengadil lakukan? Tiada apa-apa,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan