17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini semakin meragui masa depan Mario Balotelli berikutan kad merahyang diperolehnya dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, semalam.
Nasib malang menimpa penyerang dari Itali ketika Manchester City, yang memerlukan kemenangan bermakna, tewas 0-1 ditangan Arsenal sekaligusterus ketinggalan di belakang Manchester Uniteddengan perbezaan lapan mata.
Mancini yang kelihatan kurang yakin dengan pemain itu berkata beliau sudah bersedia untuk menjual Balotelli pada musim akan datang.
Ketika ditanya sama ada akan cuba untuk menjual Balotelli, Mancini berkata: “Mungkin.”
“Saya mungkin akan menjualnya, tetapi ia bergantung kepada tahap prestasinya kerana dia seorang pemain yang hebat,"kata beliau.
"Beliau bukan seorang lelaki yang buruk, tetapi saya menyesal kerana sebagai seorang pemain yang hebat, Balotelli sering melakukan pelbagai masalah dan ini menyebabkan beliau kehilangan bakat dan kualiti,"tambah beliau.
Manchester City telah menandatangani perjanjian bersama Balotelli pada Ogos 2010.
Balotelli yang telah menjaringkan 17 gol dalam 31 perlawanan musim inidna idak akan bermain baki enam perlawanan akan datang.
"Beliau mungkin tidak akan bermain untuk enam perlawanan akan datang.
“Saya inginkan 11 pemain diatas padang, dengan adanya Mario ia adalah satu risiko yang besar untuk City," tambah Mancini.
Bagaimanapun, Mancini berharap Balotelli akan mengubah tingkah lakunya jika mahu terus bermain di kelab tersebut.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan