17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
PARIT RAJA – “Terkejut saya. Berderu bunyi angin di langit dan ia terlalu menggerunkan. Ketika itu, saya sedang menonton televisyen bersama keluarga, bergegas keluar untuk mengetahui keadaan sebenar,” kata seorang mangsa ribut, Roselan Senu, 45.
Katanya, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.
Akibat kejadian itu, sebahagian bumbung rumahnya tercabut, manakala tiga rumah yang lain turut mengalami kerosakan.
“Semasa kejadian, hujan turun agak lebat bersama dengan angin.
“Saya yang ketakutan ketika itu melihat keluar sebelum bergegas pula ke bahagian dapur.
“Apabila tiba, saya melihat bumbung dapur telah diterbangkan angin.
“Keadaan itu menyebabkan beberapa pekakas rumah saya termasuklah peti sejuk serta peralatan elektrik yang lain turut rosak,” katanya.
Roselan berkata, jumlah kerugian yang dialaminya dianggarkan kira-kira RM5,000.
Walaupun sedih dengan nasib yang menimpa, namun dia memanjat kesyukuran kerana tiada perkara yang lebih buruk dan tidak diingini berlaku
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang juga pemilik kedai runcit , Mohd Foudzi Mutalib, 50, berkata, dia bersama isterinya berada dalam kedai ketika kejadian berlaku.
Malah, dia juga tidak menyangka angin pada petang itu menyebabkan bumbung kedai dan rumahnya tercabut.
“Selepas sedar anginnya terlalu kuat, saya menarik isteri untuk masuk ke dalam rumah dan berlindung kerana takut kemalangan serta kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kami.
“Saya menganggap kerugian besar yang saya alami ini adalah satu dugaan daripada tuhan dan akan menghadapinya dengan tabah serta hati yang terbuka,” katanya.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan