17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 9 April: Tindakan Umno mensabotaj sistem pendidikan dan pencabulan ke atas golongan profesional Melayu sangat dikesali kerana ia jelas untuk kepentingan politik parti tersebut.
Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik (gambar) kecewa kerajaan Umno mengambil tindakan terhadap golongan profesional, khususnya yang terlibat dalam profesion pendidikan hanya kerana sentimen politik sempit.
Katanya, situasi itu berbeza dengan MCA yang tidak mengambil sebarang tindakan walaupun terdapat para profesional di kalangan kaum Cina yang terlibat dengan politik.
Pada sidang media, di Dewan Rakyat, pagi tadi, Che Uda menegaskan kaum Cina dilihat lebih realistik dalam membezakan tahap profesional dengan fahaman politik dalam tindakan mereka.
"Kami amat kecewa apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap golongan profesional Melayu hanya kerana dikatakan menyokong Pakatan Rakyat, khususnya golongan pendidik. Tetapi jika golongan ini terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan Umno, tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas mereka," tegas beliau.
Justeru beliau menyeru kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan agar mengasingkan politik sempit dan bersikap profesional terhadap golongan pendidik dengan bersikap adil tanpa mengira fahaman politik.
Che Uda berkata demikian bagi mengulas beberapa kes yang membabitkan golongan pendidik yang dikenakan tindakan seperti dibuang kerja, penukaran tempat kerja tanpa alasan munasabah, disyaki aktif berpolitik pembangkang dan dipotong gaji, walaupun kes masih dalam pertimbangan.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik yang turut serta pada sidang media tersebut menegaskan, masyarakat perlu sedar terdapat golongan yang dihormati tapi diabaikan kerajaan.
Beliau turut kecewa dengan sikap kerajaan yang sering melakukan kezaliman terhadap golongan pendidik, khususnya ketika 'mood' pilihan raya, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.
Sebelum itu, Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Lajnah Pendidikan PAS Pusat, bertindak menyerahkan memorandum kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghentikan tindakan tidak profesional dan penganiayaan kepada warga pendidik bagi memberi impak agar kerajaan lebih berlaku adil kepada mereka.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan