17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
TAIPING – Sebanyak 151 saman dikeluarkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini melibatkan 18 operasi banteras lumba haram yang dijalankan di sekitar daerah ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, pelajar, penganggur dan pekerja swasta lingkungan usia 15 hingga 25 tahun adalah antara mereka yang ditangkap dalam operasi itu.
“Sepanjang operasi ini, sebanyak 38 motosikal telah disita,” katanya.
Yusuf berkata, terdapat lima lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan mat rempit berlumba antaranya, Jalan Kamunting-Taiping, Jalan Kota, Jalan Kuala Sepetang-Taiping (Batu 2 ½), Jalan Taman Paduka Setia (Tycon Villa) dan Jalan Taman Tasik Taiping.
“Aktiviti mat rempit kini dapat dikawal dengan adanya operasi-operasi yang dilakukan setiap minggu dan semasa cuti umum,” katanya.
Dalam perkembangan lain, jenayah jalanan dilihat menurun daripada Januari hingga Mac tahun ini berbanding tahun lalu terutama jenayah samun berkawan tanpa senjata api iaitu 50 kes kepada 30 kes.
Katanya, jumlah tangkapan dan kes yang diselesaikan juga meningkat daripada tahun sebelumnya.
“Ini menunjukkan komitmen dan kerja keras kami untuk memerangi jenayah di Taiping seterusnya memberikan keselesaan kepada penduduk.
“Pelbagai program turut dilaksanakan bersama agensi lain sebagai inisiatif untuk menjadikan Taiping bandar selamat,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan