17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
KULIM BANDAR BAHARU- Pertandingan bola baling anjuran oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG), Sungai Ular menyaksikan pasukan lelaki dan perempuan daerah Kulim Bandar Baharu menunjukkan kecemerlangan apabila menang semua perlawanan, sepanjang kejohanan itu diadakan.
Pertandingan secara liga itu disertai lima sekolah PKG Daerah Kulim Bandar Baharu.
Dalam pertandingan itu, Mohd Solehan Abdullah dianugerahkan penjaring terbaik apabila berjaya membuat 10 jaringan sepanjangan perlawanan diadakan.
Secara keseluruhan, Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja (SKSLR) berjaya melahirkan pemain bola baling terbaik apabila dua pemain lelaki dan empat pemain perempuan dipilih mewakili Daerah Kulim Bandar Baharu ke peringkat negeri Kedah yang akan diadakan di Baling.
Pengurus Pasukan SKSLR, Mohd Syaiful Izham Mohd Tamin berkata, kecemerla-ngan pemain hingga meraih kemenangan berpunca dari disiplin murid selain bimbingan semua guru terlibat termasuk sokongan Guru Besar SKSLR, Saidim Mat Isa.
“Antara guru telah memberikan sokongan padu kepada pasukan bola baling lelaki dan perempuan bawah 12 tahun sekolah ini antaranya adalah jurulatih lelaki, Mohd Fauzi Zakaria; jurulatih perempuan, Rohani Ahmad Zaali dan semua guru terlibat.
“Pasukan lelaki berjaya di tempat kedua apabila tewas kepada Sekolah Kebangsaan Mahang, manakala pasukan perempuan terus bergelar johan PKG apabila menewaskan Sekolah Kebangsaan Mahang 5-0 diperingkat akhir,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan