08 Februari 2009

Kita pertahan kuasa dari orang yang GILA KUASA.

Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat mesti dipertahankan. Jika ada yang mengatakan kita sayangkan kepada kedudukan sebagai Menteri Besar yang dipegang tidak sampai setahun itu, juga Nizar ditohmah kononnya gila kuasa dan sebagai nya.

Sebetulnya kita sedang mempertahankan kedudukan kita dari orang yang gila kuasa, iaitu BN dan kuncu-kuncu. Najib dan kumpulannya adalah mereka yang gilakan kuasa yang telah ditentukan oleh rakyat di Perak dengan cara yang sah dan dengan demokrasi yang mereka sendiri tidak mahu iktiraf.

Selain itu kita mesti pertahankan Kerajaan ini kerana :

1. Tiada satu pun parti yang mempunyai majoriti mutlak untuk memerintah negeri Perak.

2. Sultan tidak sepatutnya di perdaya dengan permainan lompat ini dan terpaksa berhadapan dengan kerenah penubuhan kerajaan setiap kali tiga orang melompat ke parti lain.

3. Keadaan masa kini adalah tidak stabil kerana tiada siapa yang dapat menghalang tiga ADUN daripada melompat ke parti lain di masa depan. Kredibiliti keempat-empat ADUN ini adalah rapuh di mana sekurang-kurangnya seorang daripada mereka telah melompat sebanyak dua kali dan kemampuan mereka untuk berpegang kepada janji yang dibuat kepada rakyat amat dicurigai.

4. Dalam keadaan ini, mandat baru dari rakyat merupakan satu-satunya pilihan yang ada. Untuk membentuk kerajaan dengan menggunakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang bermasalah, dua daripadanya sedang menghadapi tuduhan rasuah yang didakwa oleh Barisan Nasional yang telah meminta supaya kedua-duanya digantung perkhidmatan menjadikan sistem demokrasi ini ditertawakan ramai.

5. “Didalam keadaan biasa, Yang Dipertuan Agong tidak boleh menghalang permintaan untuk pembubaran Parlimen. Tanggungjawab Baginda hanyalah untuk mengesahkan.” Raja Azlan Shah…didalam bukunya yang bertajuk, “Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance .”

6. Dalam Perkara 16/6, sistem Raja Berpelembagaan Malaysia, Sultan hanya ada kuasa melucutkan jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tapi tidak Menteri Besar. MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui pembubaran DUN, undi tidak percaya dalam sidang DUN ataupun Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Mesyuarat Exco berjalan seperti biasa.

IPOH, 7 Feb :- Mesyuarat hari ini diadakan bagi membuat keputusan kepada beberapa dasar untuk rakyat, demikian penjelasan YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar di kediamannya pagi ini.

Hanya seorang Exco yang tidak hadir kerana YB. Seah ada urusan di IJN.

Ir. Nizar mengumumkan beberapa keputusan yang diambil dam mesyuarat khas exco hari ini.

"mana-mana tanah industri yabg diberi pajakan 30 dan 60 tahun telah diluluskan jadi 99 tahun dan ini diharapkan memberi lonjakan kepada pelabur." jelas Nizar.

MB juga mengumumkan ahli-ahli majlis PBT yang diluluskan seramai 342 akan me3ngangkat sumpah.

"Kita juga bersetuju untuk mengaktifkan semua Lapangan terbang Ipoh dengan Fire Fly akan memulakan penerbangan ke Singapura dan Subang dengan peruntukan RM 2.7 Juta setahun kepada syarikat tersebut." kata Nizar.

Exco Agama diberikan tugas untuk menguruskan makenisme kelulusan bajet 2009 mengenai Takaful Kifalah.

Ditanya mengenai adakah agensi kerajaan tidak laksanakan arahan hari ini, Nizar mengatakan sepatutunya jabatan akan patuh dan yakin akan dilaksanakan.

Nizar mengatakan minit mesyuarat akan dikeluarkan melalui arah dari Exco yang berkenaan.

MB Perak juga memaklumkan dia baru sahaja ditemuramah oleh TV al Jazera.

Menjawab soalan wartawan mengenai Perak yang kini mempunyai 2 kerajaan, belia mengatakan perkara ini hendaklah diselesaikan oleh mahkamah, belum pernah di dunia ada 2 MB dan 2 Exco.

"Saya mohon mahkamah mempercepatkan keputusan" Kata Nizar.

Nizar juga menjelaskan akan pergi ke pejabat seperti biasa kerana hari selasa adalah hari bertemu pelanggan, kami akan berlumba-lumba siapa dulu akan sampai" sambil diterima dengan gelak ketawa oleh wartawan.


Nizar masih MB Perak ; Ku Li.

PETALING JAYA (FEB 7): Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawaran atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.malayakita.

Gambar menarik hari ini.

Temuramah dengan wartawan pada 3 Feb di pejabat MB, kehadiran teramai.
Temuramah dimalam 4 Feb di Kediaman Menteri, wartawan sampai naik atas meja. KLIK SETERUSNYA UNTUK GAMBAR BERIKUTNYA....


Program bersama YAB PM, Ir. Nizar datang.

MB Perak duduk disebelah Pak Lah, ada sesuatu diperkatakan.

YAB PM disambut oleh MB Perak.

Ir. Nizar orang yang pertama bersalam dengan Pak Lah bila turun dari helikopter.



JaM 11.35 AM : Nizar baru selesai ditemuramah TV Al Jazera.

IPOH: Sebentar tadi TV Al Jazera baru menyelesaikan temuramah khas bersama YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Rasmi menteri Besar di sini.

Dalam temuramah sekitar 20 minit itu beliau telah menjelaskan kedudukan terkini politik Perak yang berlaku rampasan Kuasa.

DS Nizar sedang mengadakan perbincangan dengan 2 wartawan Al Jazera setelah temuramah.

NIZAR STILL MB: KU LI

PETALING JAYA , 7 Feb :- Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin is still the Perak Mentri Besar until he resigns of his own accord, or is removed by a vote of no-confidence in a formal sitting of the State Assembly, said Tengku Razaleigh Hamzah.

“Only the answer of the assembly counts, regardless how many sworn statements, defections, press conferences and declarations, or what forms of advertisement, display, inducement or force you bring to bear on the question,” he said in a statement yesterday.

“The Constitution makes no provision for his removal by any other means, including by petitions or instructions from any other authority,” he added.

He also said that a legitimate constitutional government draws all its authority from the consent of the people and only from that consent. The people consent because it is their government formed according to their constitution, whose leader is chosen through free and fair elections.

“To formally test the mandate of the current government, the question must either be put to the people through state elections, or to assemblymen through a formal vote in the Dewan,” said Tengku Razaleigh.

He said to remove and install governments in any other way was to violate the Constitution, erode the rule of law and run the risk of forming an illegal government.
perakdaily.

Musatahil Nizar durhaka.

Berita yang tidak bertanggung jawab dan putar belit dengan suatu plot yang terancang dengan ending yang nampak semata-mata ingin melaga-lagakan individu dan kelompok tertentu dengan pihak Istana perak adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggung jawab.

Sebagai warga Perak semua maklum dan mengetahui bahawa hubungan Ir. Nizar dengan pihak istana sangat baik dari mula dia diangat menjadi menteri besar sehinggalah kepada saat terakhir dia mengadap DYMM Sultan Perak pada 4 Feb yang lepas.

Berulang kali juga dia memberi kenyataan akhbar bagi menafikan berita yang sering mengapi-apikan bahawa hubungan beliau dengan istana tidak baik.

Antara persoalan yang di putar belit ialah Nizar durhaka kepada sultan Perak pada pertemuan 4 Feb yang lepas.

Saya mengakui sebagaimana kenyataan Nizar dalam banyak kenyataan akhbar, malah saya lah orang yang pertama mendengar cerita bagaimana pada 4 Feb dia " mohon ampun dari Tuanku dengan Sembah Durhaka".

Sebenarnya ramai yang tidak faham dengan apakah maksud "sembah durhaka" dalam bahasa istana sehingga pihak yang tidak bertanggung jawab memutar belit mengatakan Nizar durhaka kepada Sultan.

Secara umum saya faham dengan usaha baling batu dan sembunyi tangan oleh pihak yang mengambil peluang untuk menaikkan kemarahan dan kebencian rakyat yang memang tidak boleh menerima hakikat kalau ada yang durhaka kepada raja dari dulu hingga sekarang.

Begitulah Nizar yang saya yakin tidak pernah dan berhasrat untuk durhaka kepada Sultan, rekod hubungan baiknya dengan DYMM Sultan Perak dan Raja Muda berterusan sejak diangkat menjadi MB hinggalah sekarang.

Pihak yang menjadi api dalam sekam terus menerus meniupkan istilah kononnya ada yang durhaka kepada raja.

Sebenarnya 'sembah durhaka' bermaksud dalam bahasa biasa kurang setuju atau mohon dipertimbangkan semua dalam maksud yang saya fahami.

Disebabkan mnasalah yang berat pada perkiraan Menteri Besar perlu diadakan pilihanraya semua dengan permohonannya supaya di bubarkan DUN. Maka sewajarnya beliau memohon DYMM Tuanku mempertimbangkan permohonan itu sehalus dan sebaik mungkin.

Sebab itu keputusan yang dibuat oleh DYMM Tuanku mestilah mengambil kira kepada cadangan awal dari memanda Menteri Besar yang masih sah. Amat malang kalau ada "lembaga" lain yang memberi nasihat yang terlebih malang kalau ianya diterima dan seterusnya mengundang kekecohan yang siapapun tidak merancangnya kerana ianya meledak dengan sendirinya.

3 ADUN Lompat tentukan siapa kerajaan ? Kerajaan Kudeta tidak selamat !

Kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang dirampas secara kudeta oleh najib dan kuncu-kuncunya sebenarnya telah menghancurkan mandat rakyat yang telah ditentukan pada PR ke 12 pada 8 Mac tahun lepas.

Mandat rakyat itu yang akhirnya menggabungkan 3 parti yang tidak bersama dengan BN akhirnya melahirkan Barisan Rakyat yang akhirnya dipanggil Pakatan Rakyat (PR). Lahirnya PR di Perak adalah gambaran suatu senario politik baru kepada satu gabungan yang lebih padu dan terarah antara Parti PAS, DAP dan PKR.

Secara umum dan khusus kami Ahli-ahli Yang Berhormat yang mendokong Pakatan Rakyat di Perak masih berpegang teguh kepada ikrar dan hasrat rakyat yang akan menentukan jatuh bangun kerajaan yang kami dokong bersama ini.

Namun 3 ADUN yang berpaling tadah adalah sangat kami kesali. Secara peribadi saya tidak menolak mereka yang melompat ini ada agenda tersendiri sebagai sifatnya manusia yang ingin cepat senang dan kaya. Sogokan wang ringgit dan kedudukan menghantui kebanyakan kami dari musuh yang tidak bermaruah dan bertanggung jawab.

Tetapi jauh dari ini 3 yang melompat sebenarnya telah di perangkap dan di tekan sedemikan rupa dengan susutu konspirasi terancang dan teratur.

Sebelum berakhir tahun 2008, sebetulnya konspirasi itu telah dimaklumkan kepada saya. Percaya pun ada menolak tidak sama sekali pun tidak, saya memikirkan apalah lagi kerja jahat yang hendak mereka lakukan kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan rakyat.

Selama 10 bulan kami menguasai Kerajaan Negeri Perak beberapa fasa dan usaha kudeta telah gagal walaupun dirancang sedemikian rupa. Isu dan persoalan yang diada-adakan dan isu 31 ogos serta usaha membeli ADUN PR adalah isu yang mewarnai Kerajaan pakatan Rakyat di Perak.

Sangat menyakitkan segala usaha yang dirancang dijawab oleh ADUN Bota , Nasharuddin Hshim yang berpaling tadah kepada Pakatan Rakyat dengan menyertai PKR pada 25 Januari.

Kegembiraan datangnya Nashruddin kepada PR disambut dengan baik dan tidak ada syak wasangka apa lagi dia sering mengatakan pada beberapa pertemuan bahawa dia tidak cari publisiti dan dia ikhlas datang ke PR.

Dalam satu sidang akhbar yang saya hadir sama, bila wartawan bertanya kepadanya adakah kemungkinan untuk kembali kepangkuan BN dia mengatakan "InsyaAllah tidak".

Malang sekali rupanya yang disebutkan oleh Nasharuddin sebenarnya "Insya Allah tidak...lama". disebut atau tidak itulah realitinya sehingga cuma 11 Nasaharuddin bersama PKR. dia pergi tanpa bagi salam malah dikaitkan juga dengan konspirasi yang mengandungi unsur-unsur paksaan dan tawaran tertentu.

Kerajaan kudeta Perak sebetulnya tida ada apa kekuatan kecuali berselindung di sebalik Istana dan putar belit media yang pada saya lebih mengundang kepada suasana yang lebih meruncing dan kusut.

Tidak ada langkah dan cara yang terbaik melainkan kembali kepada permohonan asal yang dikemukakan kepada DYMM Sultan Perak oleh YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin supaya dibubarkan DUN dan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah yang akan jadi kerajaan.

Jika permohonan itu diperkenan suasana tegang seperti yang berlaku di Kuala Kangsar kelmarin pasti tidak akan berlaku.

Saya nafikan kenyataan Zamry Abdul Kadir yang menyatakan Kerajaan kudetanya kuat. Sebenarnya ianya sangat lemah kerana kuasa kerajaan hanya terletak kepada 3 ADUN lompat yang tidak bermaruah itu.

Ceramah isu Perak esok di Taman Melewar.

KUALA LUMPUR, 6 Feb : - Memandangkan senario politik yang melanda Perak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat akan mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa serta pergolakan politik terkini yang berlaku di Perak.

Ceramah perdana tersebut akan diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar pada 7 Februari (Sabtu) jam 9 malam.

Ceramah tersebut juga akan menjelaskan penderitaan rakyat Palestin yang dizalimi oleh zionis Yahudi Israel.

Turut berceramah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dan Adun Titi Serong (Perak), Drs. Khalil Idham Lim.

Orang ramai dijemput hadir untuk mengikuti perkembangan terkini dan penjelasan mengenai isu yang berlaku di negeri Perak.
harakahdaily.