Samsung terus mengatasi pesaingnya, Apple dalam pasaran telefon pintar global pada suku ketiga ketika pengeluar dari China juga turut menunjukkan kemajuan.
Pasaran telefon pintar global menyaksikan jualan pada suku itu mencatat rekod menerusi pertumbuhan 38.8 peratus berbanding setahun lalu dengan 258.4 juta unit terjual, kata laporan IDC.
Gergasi elektronik dari Korea Selatan itu meluaskan penguasaannya, dengan menghantar 81.2 juta telefon pintar, meningkatkan penguasaan pasarannya hampir separuh kepada 31.4 peratus.