31 Januari 2014

Bapa kelar anak hingga mati direman seminggu

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Bapa yang mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, Kajang semalam, ditahan reman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

"Keadaan dua anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun (kini dirawat di Hospital Kajang) yang mengalami kecederaan di tengkuk dan tangan dilaporkan stabil," katanya.

Muhammad Ali peluk Islam di puncak kegemilangan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
SIAPA tidak kenal Muhammad Ali, peninju dunia kulit hitam berasal daripada Amerika Syarikat?
Muhammad Ali dilahirkan sebagai Cassius Marcellus Clay, Jr. Dilahirkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1942; beliau kini berusia 72 tahun.
Ketika berusia 33 tahun, beliau menyertai Nation of Islam pimpinan Elijah Mohamad dan akhirnya memeluk Islam pada 1975.
Pada 1999, Ali dianugerahi “Sportsman of the Century” oleh Sports Illustrated. Beliau menyandang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali.

Dua Penjenayah Kes Tembak Berhampiran Plaza Tol Behrang Diberkas

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

IPOH: Dua penjenayah yang melarikan diri ke kawasan hutan selepas kejadian berbalas tembakan dengan polis berhampiran Plaza Tol Behrang, Isnin lepas, berjaya diberkas dalam dua serbuan berasingan di SlimRiver, kira-kira 70km dari sini.
Suspek pertama, 24, ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah kongsi di Kampung Balun, Slim River pukul 3.10 petang, Selasa lepas, manakala suspek kedua berusia 27, ditangkap pada 10.50 pagi Khamis ketika berjalan kaki mendaki sebuah bukit terletak dua kilometer dari rumah kongsi itu.

Gunung Kinabalu Dilitupi Fros

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Lapisan fros meliputi tanah dan tumbuh-tumbuhan di Laban Rata di Gunung Kinabalu. 
KOTA KINABALU: Suhu rendah yang luar biasa di Sabah menyebabkan lapisan fros meliputi tumbuh-tumbuhan di Gunung Kinabalu, terutamanya berhampiran Panar Laban dan Laban Rata pada ketinggian hanya lebih 3,000 meter.
Selain itu, suhu yang sejuk itu telah membekukan titisan air kabus yang meliputi gunung.

100 kenderaan musnah terbakar

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Seratus kenderaan termasuk kereta mewah dan treler musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel membaiki kenderaan dan tempat penyimpanan kenderaan di Muar semalam.
    
Pegawai Operasi Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Ismail Mahmud berkata antara yang musnah dalam kebakaran 9.45 pagi itu ialah 70 kereta,  10 treler, van dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
    
Beliau berkata 50 kenderaan lain yang diletakkan di dalam tempat penyimpanan kenderaan dapat diselamatkan.

Budak perempuan mati dikelar bapa kandung

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi petang tadi.
    
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian jam 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -


Blog Cina Islam mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai, kepada seluruh pembaca blog ini khususnya yang berketurunan Tionghoa. 

Harapan kami Semoga Tahun Kuda akan membawa arti yang lebih besar kepada masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Cina . Semuga tahu ini akan membawa keamanan, keadilan dan kebebasan kepada semua rakyat Malaysia.

Anak pasangan Malaysia diserah kepada kedutaan Malaysia

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, hari ini diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.      
Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal  itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.     
Hari ini, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Aliran trafik ke utara & selatan dari KL mulai perlahan

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR:  Aliran trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mulai perlahan pagi ini akibat kemalangan dan pertambahan kenderaan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata terdapat kemalangan di Km448, berdekatan Sungai Buloh menghala ke utara apabila sebuah kereta yang mengalami kerosakan telah terbakar dan menyebabkan kesesakan di laluan itu.
           
"Api telah berjaya dipadamkan dan kereta tersebut telah dialihkan ke tepi jalan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK Kajang: Anak muda mahu lihat pemuafakatan nasional

29 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia (PPM) berpandangan gagasan idea permuafakatan nasional yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin meliputi empat teras utama merangkumi sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa tiada mempunyai agenda yang jelas berkenaan agenda anak muda Malaysia dan agenda agama.

“Perlaksanaan agenda ini juga masih samar-samar,” tegas ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, PPM menegaskan, anak muda Malaysia sebenarnya merasa bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Menurutnya lagi, mereka mahukan pemuafakatan negara yang lebih harmoni dengan kerjasama ke arah mewujudkan negara yang aman, damai dan sejahtera.