21 Februari 2014

Pengurusan kes Altantuya 25 Feb ini

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
PUTRAJAYA: Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada Selasa, 25 Feb. 
  
Peguam Datuk Hazman Ahmad mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri berkata beliau menerima notis daripada pendaftar Mahkamah Persekutuan semalam memaklumkan tentang tarikh pengurusan kes itu.

Ribuan himpun di Perak bantah Kassim Ahmad

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
IPOH: Ribuan Umat Islam hari ini berkumpul selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri, Ipoh bagi mengutuk kebiadaban tokoh anti hadis, Kassim Ahmad.

Himpunan yang dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Perak itu dihadiri oleh beberapa pimpinan PAS termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Ulamak PAS Perak, Ustaz Norazli Musa dan Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri.

Anggota VAT69 yakin penceroboh tidak lepas tembakan

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KOTA KINABALU: "Saya buat yang terbaik dan hanya berserah kepada Allah" kata seorang anggota komando VAT69 dalam perbicaraan di sini ketika menceritakan detik berdepan dengan sekumpulan enam atau tujuh penceroboh bersenjata semasa menjalankan tinjauan rapat di Kampung Tanduo tahun lepas.

    
Komando VAT69 Insp Rosmadi Rosli berkata pada ketika itu beliau mempunyai keyakinan yang rendah bahawa sekumpulan penceroboh itu tidak akan melepaskan tembakan ke arahnya semasa mereka melihatnya di kawasan surau, di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, pukul 7 pagi.

Mokhzani, Azman antara 10 terkaya

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini.

Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion. 

Ketua mafia Itali dibicara untuk diekstradisi di UK

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
LONDON: Seorang ketua mafia Itali yang ditahan di Lodon selepas lebih dua dekad menyembunyikan diri, hari ini bakal mengetahui nasibnya bagi menghalang daripada dihantar ke tanah airnya untuk pendakwaan. 

Pihak berkuasa Itali mahu Domenico Rancadore menjalani hukuman tujuh tahun penjara sekiranya didapati bersalah kerana terbabit dalam jenayah mafia di Sicily. Polis Itali juga mendakwa Rancadore turut terbabit dalam jenayah ugut dan pengedaran dadah. 

Karpal didapati bersalah kerana menghasut

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Peguam veteran Karpal Singh hari ini didapati bersalah mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak semasa krisis perlembagaan pada 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan, lapor The Malaysian Insider.

Bahan polisterin penyebab kanser

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Inisiatif pembekalan bekas makanan dan minuman oleh Bahagian Sistem Kualiti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada 1,030 warga kerja diharap dapat mengurangkan penggunaan bekas polisterin di pejabat.

Pengurus Sistem Kualiti, Julina Ibrahim, berkata, langkah yang diperkenalkan sempena Program Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) menunjukkan komitmen PKNS terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai tanda sokongan tidak menggunakan plastik.

PRK Kajang medan protes rakyat kepada BN

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menganggap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan kemarahan serta kekecewaan mereka terhadap BN yang gagal memimpin negara dengan baik.

Pengarah Jabatan Pilihanrayanya, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, rakyat ketika ini sedang dibebankan dengan peningkatan kos kehidupan seharian setelah kerajaan menaikkan harga minyak petrol, gula, tarif elektrik dan sebagainya.