Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah (gambar) menarik diri daripada mempertahankan jawatan presiden pada Kongres Tahunan Ke-50 yang berlangsung di Holiday Inn, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau yang juga merupakan Sultan Pahang mengumumkan penarikan diri itu bagi memberi ruang kepimpinan baru.
"Saya dengan ini menarik diri daripada bertanding bagi jawatan presiden," katanya seperti dilapor portal berita Mstar Online.
RTM melalui saluran TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan akhir Piala Thomas antara Malaysia dan Jepun pada pukul 5.30 petang ini dari Stadium Tertutup Siri Fort, New Delhi, India.
BERITA Harian hari ini 24 Mei 2014 melaporkan, Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
KUALA LUMPUR: Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).
DNA khinzir itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biar pun DAP tidak bersetuju terhadap pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan, namun mereka boleh diajak berbincang.
Sebaliknya kata beliau berbeza dengan MCA dan Gerakan mereka juga menentang tetapi tidak mahu ketika diajak berbincang.