30 Mac 2012

RM600 juta peruntukan segera PM, TPM lawat negeri

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan semalami memaklumkan sebanyak RM608.68 juta wang 'peruntukan segera' telah diluluskan sepanjang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri-negeri tahun ini.

Jumlah itu adalah bagi lawatan mereka yang diadakan dari bulan Januari hingga tarikh 15 Mac 2012.

Perkara itu dimaklumkan melalui jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar semalam.

Firdaus dalam soalannya mahu perdana menteri menjelaskan kesemua senarai peruntukan segera yang diluluskan sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2012 semasa lawatan rasmi perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Paling tinggi adalah peruntukan untuk negeri Perak dengan RM220.38 juta diikuti Johor RM201.40 juta, manakala ketiga adalah Wilayah Persekutuan dengan RM63.25 juta.

Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, Selangor pula masing-masing RM6.4 juta, RM4.06 juta, RM5.58 juta, RM17.3 juta.

Bercakap kepada Harakahdaily kemudiannya, Firdaus mempersoal tindakan Najib yang didakwa tidak profesional apabila tidak boleh membezakan lawatan politik atau lawatan rasmi kerajaan.

Ia kerana, setiap kali Najib berucap dalam lawatannya sering menghentam Pakatan Rakyat dan berkempen untuk Umno Barisan Nasional.

"Kalau nak pergi berkempen, guna duit parti la, jangan guna duit rakyat.

"Duk hentam kami bukan duk cerita dasar negara pun, kena profesional la, Biar boleh beza lawatan rasmi dengan nak pi kempen politik," katanya.

harakahdaily/-

10 sekolah ditutup di Klang berikutan banjir kilat

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KLANG: Sepuluh sekolah ditutup hari ini selepas banjir kilat melanda beberapa kawasan di Klang, kata Pengarah Pelajaran Selangor Abdullah Mat Yunus.

Beliau berkata sekolah berkenaan membatalkan sesi pagi persekolahan manakala beberapa sekolah lain terpaksa ditutup sepanjang hari ini.

"Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah adalah salah sebuah sekolah yang perlu ditutup sepanjang hari kerana kedudukan air separas lutut," katanya kepada Bernama apabila dihubungi hari ini.

Ditanya adakah sekolah berkenaan akan mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu, beliau berkata itu bergantung kepada keputusan Kementerian Pelajaran.

Antara sekolah yang terjejas ialah SMK La Salle, SRK Simpang Lima, Sekolah Teknik Batu Ujong dan Sekolah Tinggi Hin Hua.

Sementara itu, banjir di Kampung Raja Tun Uda, Kampung Delek dan Sungai Udang sudah beransur reda.

Sidang media berhubung banjir berkenaan akan diadakan di Pejabat Daerah Klang pukul 3 petang ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Kajian: 70% pemilih di KL tidak dapat dijejaki

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA, 30 Mac: Gabungan beberapa NGO yang menjalankan audit bebas daftar pemilih mendapati Kuala Lumpur adalah kawasan paling tinggi mempunyai pemilih yang tidak dikenal pasti menurut alamat yang direkodkan dalam daftar pemilih suku ke-4 2010 iaitu sebanyak 70 peratus.

Mengekorinya pula adalah Selangor dengan 45 peratus, Melaka (38%), Johor (32%), Negeri Sembilan (31%) dan negeri-negeri lain di bawah 30 peratus.

Keseluruhannya, hanya 74 peratus sahaja daripada responden di seluruh negara boleh dijejaki sama ada bertemu dengan mereka di rumah atau mendapat pengesahan dikenali oleh jiran.

Manakala 26 peratus lagi adalah tidak dapat dijejaki atau disahkan.

Dapatan itu direkodkan oleh NGO pemantau pilihan raya Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre yang menjalankan audit daftar pemilih pada Disember 2010 lalu.

Kajian dibuat terhadap 2,400 responden melibatkan 60 kawasan parlimen di seluruh negara.

Hasil kajian audit mereka itu didedahkan pada satu sidang media hari ini.

Kajian itu juga mendapati, wujud 8 peratus alamat pemilih yang tidak sah manakala 92 peratus lagi adalah sah dan dikenalpasti.

Alamat yang tidak diketahui paling tinggi juga di Kuala Lumpur sebanyak 27 peratus, Negeri Sembilan 26 peratus manakala Selangor 14 peratus.

harakahdaily/-

Jepun Arah Tembak Roket Korea Utara Jika Beri Ancaman

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TOKYO: Menteri Pertahanan Jepun, Naoki Tanaka, berkata beliau sudah mengeluarkan arahan menembak roket Korea Utara jika ia mengancam wilayah negara itu.

“Saya mengeluarkan arahan untuk memusnahkannya," kata Tanaka.

Korea Utara menyatakan ia akan melancarkan roket untuk meletakkan satelit di orbit antara 12 dan 16 April sempena ulang tahun kelahiran ke-100 presiden pertama, Kim Il-Sung.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat dan negara sekutu percaya pelancaran roket itu sebenarnya samaran kepada ujian peluru berpandu.

Malah, mereka menegaskan ia menyalahi sekatan PBB bagi mengekang program peluru berpandu Korea Utara.

mstar/-

Penjara 3 tahun dagang wanita

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik agensi pembantu rumah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah memperdagangkan dua wanita warga Filipina tanpa membayar gaji mereka, empat tahun lepas.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan warga Singapura Eugene Lim Beng Huat gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Eugene Lim yang menghadapi dua pertuduhan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan dan hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Ahmad Zamzani turut membenarkan permohonan peguam Tan Wee Yee, yang mewakili tertuduh, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Beliau memerintahkan jumlah jaminan tertuduh sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin dinaikkan kepada RM50,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah sehingga selesai rayuan. - BERNAMA

Demo anti-PTPTN 14 April, Dataran Merdeka

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.

Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.

"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.

Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.

Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.

"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.

"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.

Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.

malaysiakini/-

Guan Eng Akan Ambil Tindakan Mahkamah Tangani Fitnah Umno

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG, 30 MAC: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan mengambil tindakan mahkamah bagi menghentikan fitnah Umno negeri itu yang turut menghidupkan sentimen perkauman dan agama bagi melemahkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Mutiara tersebut.

Katanya, beliau telah berulang kali telah memberi penjelasan berhubung pelbagai isu berbangkit namun serangan bertali arus oleh Umno Pulau Pinang serta media milik parti tersebut semakin melampau.

“Saya telah cuba untuk sabar apabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkan kepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya ini sudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid.

“Utusan Malaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya dengan fitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNO membuat dakwaan fitnah terhadap saya.” jelas beliau di dalam satu kenyataan media.

Sebelum ini, Shaik Hussein dengan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa kerajaan negeri tidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka.

Lim kemudiannya telah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka.

“Shaik telah meneruskan fitnahnya dengan menuduh saya menyatakan tidak perlu sokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahaja enggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lain bahawa saya telah melenyapkan tanah masjid.

“Fitnah kali ini sangat bahaya kerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencian orang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam.

“Apabila tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecah sempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecah sempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan.

“Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimana Umno boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan?

“Umno mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihak berkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan.

“Umno hanya boleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkan jika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjid atau sekolah.

“Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegang kepada prinsip asas untuk tidak membenarkan tanah yang diperuntukkan untuk sekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atau Buddhist untuk hilang begitu sahaja.” jelas beliau yang juga MP Bagan.

Katanya, tujuan Umno mengapi-api sentimen perkauman dan agama bertujuan menimbulkan kebencian terhadap negeri pakatan Rakyat.

“Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukan Melayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang bertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.” ujar beliau.

selangorku/-

Phalrolrazi terima apa-apa portfolio exco

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR, 30 Mac: Datuk Phahrolrazi Zawawi akan hadir ke majlis angkat sumpah Exco kerajaan negeri Kedah yang dijangka akan berlangsung minggu depan.

Phahrolrazi ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun berkata, sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat mengenai majlis angkat sumpah itu.

"Surat belum terima, akhbar Sinar lapor dari sumber dalaman 5 April angkat sumpah," kata Phahrol kepada Harakahdaily.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid ketika dihubungi Harakahdaily mengesahkan tarikh mengangkat sumpah exco adalah 5 April ini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh tidak mengangkat sumpah Exco ketika ia dijalankan sebelum ini berikutan perbezaan pendapat beliau dengan menteri besar, Datuk Seri Azizan Razak.

Namun selepas campur tangan PAS Pusat, kedua-duanya bersedia menerima semula jawatan itu.

Hubungan beliau dengan menteri besar dikatakan bertambah baik dan mereka dilihat bersama-sama makan dalam satu majlis di Kedah baru ini.

Phahrolrazi memaklumkan akan mematuhi arahan PAS dalam hal ini dan tidak akan mengambil kisah apa-apa portfoliopun yang akan diberikan kepada beliau.

Phalrolrazi difahamkan, portfolio beliau akan dikurangkan, namun katanya, "Saya mematuhi arahan pusat dan terima perlantikan exco tidak kisah apa-apa portfolio pun."

harakahdaily/-

Isu simbah asid kembali panas

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Gambar Fakhra Younus sebelum dan selepas disimbah asid.

ISLAMABAD: Mangsa serangan asid Pakistan, Fakhra Younus mengambil keputusan membunuh diri kerana kecewa dengan nasib dirinya selepas menjalani pembedahan lebih 30 kali sejak lebih satu dekad lalu bagi memperbaiki wajah dan anggota badan.

Bekas penari berusia 33 tahun ini diserang bekas suami dan juga bekas ahli perundangan dan anak lelaki seorang ahli politik berpengaruh.

Fakhra melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rome yang menjadi kediaman dan tempat rawatannya.

Perbuatannya membunuh diri pada 17 Mac lalu dan ketibaan mayatnya di Pakistan Ahad lalu mencetuskan semula perbahasan hangat mengenainya selepas mendapat liputan besar antarabangsa.

Kematiannya berlaku kurang sebulan selepas seorang penerbit filem Pakistan menang Oscar menerusi dokumentari mangsa asid.

Fakhra bekerja sebagai penari di kawasan lampu merah di Karachi apabila berkenalan dengan Bilal Khar, bakal suaminya yang juga anak lelaki bekas gabenor Punjab, Ghulam Mustafa Khar. Ia adalah perkahwinan ketiga Ghulam yang berusia 30-an ketika itu.

Pasangan itu berkahwin selama tiga tahun sebelum Ghulam meninggalkan Fakhra selepas dituduh mendera dan berkasar bahasa dengannya. – AP

Tidak selesai, kita jumpa di Rio - anti Lynas

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri di sidang Earth Summit 2012 di Rio de Janeiro jika ia tidak diselesaikan.

"Kami akan berdepan dengan Najib di Rio de Janeiro) jika ia tidak diselesaikan menjelang 20 Jun ini," kata Zulkefly Mohamad Omar (gambar), Pengerusi Green Clean World yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.

Earth Summit 2012 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 - 22 Jun 2012 ini.

Menjadi amalan biasa, NGO dari seluruh dunia yang memperjuangkan alam sekitar akan berhimpun menjelang perhimpunan di kalangan ketua-ketua kerajaan.

Bruno Masel pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.

Zulkefly berkata, jika pilihan raya umum diadakan sebelum 20 Jun dan Pakatan Rakyat menang, kilang Lynas akan dibatalkan sebagaimana dijanjikan Pakatan.

"Namun jika pilihan raya belum berjalan menjelang 20 Jun, dan Lynas tidak ditutup, kita akan ke Rio untuk bertemu PM di sana," kata beliau yang jga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.

Solidariti Hijau 13 April

Sementara itu, Zulkefly memaklumkan, Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia akan diadakan di Shah Alam 13 April ini.

Ia bertujuan untuk meneruskan tekanan agar kerajaan membatalkan kilang Lynas yang akan dibuka di Gebeng, Kuantan.

"Kita akan berhimpunan dari Masjid Negeri selepas solat Jumaat dan berarak ke Dataran Shah Alam...kita harap orang ramai menyertai bantahan ini," katanya.

Beliau juga memaklumkan, selain perhimpunan di Shah Alam, mereka juga akan mengadakan perhimpunan serupa di seluruh negara.

"Maklumat terperinci akan dimaklumkan 4 April ini diperkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta," kata Zulkefly.

4 April ini, Mahkamah Tinggi akan bersidang secara terbuka bagi mendengar afidavit dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah disaman oleh 10 penduduk Kuantan ekoran kelulusan TOL kepada Lynas.

harakahdaily/-

Masyarakat Tionghua Kemasik Bersama PAS Hadapi PRU-13

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Kemaman - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama berikutan kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.

[Gambar - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik petang kelmarin].

Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti.

Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.

Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.

'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.

Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.

Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.

Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik. -BO

Tanah Untuk Tanaman Padi Berkurangan, Pengeluaran Beras Merosot

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 ha tanah untuk tanaman padi di semenanjung - menyamai 50,000 padang bola sepak - telah diserahkan untuk tujuan pembangunan perindustrian dan perumahan sepanjang tempoh 15 tahun lalu.

Di Sabah dan Sarawak, kawasan penanaman padi berkurangan kira-kira 6,000 ha dalam tempoh sama.

Ekoran populasi penduduk yang semakin meningkat, Malaysia perlu membelanjakan berbilion ringgit untuk beras import melainkan hasil pengeluaran beras boleh dipertingkatkan.

Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kawasan tanaman padi di semenanjung menurun daripada 372,542 ha pada 1997 kepada 284,441 ha tahun lalu.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, kementerian tersebut berkata, tapak sawah padi dijadikan kawasan perumahan dan tanah komersial.

Ada di antaranya dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit, nanas dan kebun sayur-sayuran.

Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Beras Mardi, Dr Marzukhi Hashim berkata, dengan peningkatan penduduk, kadar 72 peratus bekalan padi akan merosot kecuali jika pendekatan strategik diambil untuk meningkatkan pengeluaran beras.

Salah satu cara ialah untuk meningkatkan pengeluaran beras hibrid, katanya kepada The Star.

Kini, hanya kira-kira 200 hektar tanah di negara ini ditanam dengan beras hibrid yang dibangunkan dengan teknologi dari China.

"Namun, pengambilan benih hibrid di kalangan petani amat perlahan. Golongan petani tidak biasa dengan cara penanaman benih tersebut.

"Mereka perlu memahaminya walaupun benih tersebut lebih mahal, anda hanya perlu mengambil sedikit daripadanya untuk hasil pengeluaran yang tinggi.

"Penggunaan benih hibrid boleh meningkatkan pengeluaran beras di antara 20 hingga 30 peratus. Jadi cabaran sekarang adalah untuk mendorong para petani menggunakan benih itu," kata Dr Marzukhi.

Beliau berkata, Mardi dijangka akan menghasilkan pelbagai benih beras hibrid bermula tahun depan.

Berdasarkan statistik jabatan itu, populasi meningkat dengan purata 2 peratus setahun di antara 2000 dan 2010 iaitu dari 23.3 juta kepada 28.3 juta.

Malaysia kini mengimport di antara satu juta dan 1.2 juta tan beras setahun dari Vietnam (49%), Thailand (33%), Pakistan (16%) dan negara lain (2%).

Penduduk di negara ini menghabiskan kira-kira 180,000 tan beras sebulan.

'Saya pun takut gali balik kubur ini'

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Sekumpulan masyarakat Orang Asli Seletar Johor mendesak kerajaan negeri supaya mewartakan sebidang tanah yang dijadikan kawasan perkuburan di Kampung Bakar Batu dekat Johor Bahru, sebagai kawasan rizab Orang Asli.

Jurucakap Jaringan Masyarakat Orang Asli Seletar Johor, Eddy Salim mendakwa sebahagian tanah perkuburan itu yang diratakan dengan jentolak – untuk pembangunan Wilayah Iskandar – menimbulkan kemarahan masyarakat.

Katanya, tanah itu menjadi tempat pengebumian dari lima lagi perkampungan Orang Asli sekitar, termasuk Kampung Sungai Temon, Kampung Simpang Arang, Kampung Telok Jawa, Kampung Pasir Putih dan Kampung Sungai Tiram.

"Kami mahu ia diwartakan sebagai tanah perkuburan, termasuk tanah adat Orang Asli. Kalau tidak diwartakan, (tulang mayat) nak tanam kat mana?” tegasnya yang ditemui di kawasan perkuburan itu.

Apatah lagi, Eddy menegaskan berdasarkan adat dan amalan, masyarakat mereka yang juga dikenali sebagai Orang Asli Laut tidak pernah membongkar kembali kubur untuk dipindahkan.

"Tidak pernah dalam sejarah kami, tanam, kemudian gali balik. Saya pun tak berani (nak bongkar). Tulang-tulang tu nak letak mana?" tegas Eddy lagi sambil menambah, beliau difahamkan kawasan itu bakal dimajukan sebagai kawasan peranginan.

Eddy juga mendakwa tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kawasan itu diratakan.

Disember lalu, kira-kira 500 Orang Asli Seletar mengadakan bantahan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar selepas tanah mereka didakwa diserahkan kepada pemaju untuk pelan pembangunan Iskandar.

Belum terima jawapan kerajaan negeri

Sebelum ini, kumpulan masyarakat itu membuat laporan polis kerana berang dengan pemusnahan kubur nenek moyang mereka. Susulan itu, kerja terbabit digantung buat sementara waktu.

Eddy ketika membawa Malaysiakini meninjau ke kawasan itu berkata, orang luar biasanya tidak mengetahui tanda kubur Orang Asli itu kerana ia hanya ditanda dengan tempurung kelapa dan pinggan mangkuk.

"Selepas beberapa tahun, ia sudah dilitupi oleh akar kayu... (Jadi) tandanya orang luar tak tahu.

"Nak bersihkan kena tanya orang tua-tua masyarakat Orang Asli laut terlebih dahulu. Saya tak tahu berapa banyak (kubur) di sini. Mungkin ratusan kubur," katanya.

NONETinjauan Malaysiakini di kawasan itu mendapati Orang Asli mula menanda kawasan itu dengan lilitan kain putih di pokok, memacak kayu pacang dan mendirikan beberapa papan tanda berbunyi "Perhatian Kawasan Tanah Perkuburan Orang Asli Seletar" bagi mengelakkan 'pencerobohan' sekali lagi.

Kini kawasan yang asalnya hutan itu kelihatan rata dengan kesan tayar jentolak dan lopak-lopak yang menakung air hujan.

Eddy berkata pihaknya telah mengemukakan masalah itu kepada exco kemajuan luar bandar Johor Asiah Md Ariff sewaktu lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Sungai Temon pada 21 Februari lalu.

Eddy berkata, mereka hanya dimaklumkan perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan negeri.

"Kerajaan (mungkin) tak tahu, apa masalahnya. Mungkin terlepas pandang," katanya sambil menambah pihaknya masih belum menerima jawapan dari kerajaan negeri sewaktu ditemui 19 Mac lalu.

malaysiakini/-

Janin tanpa kepala

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kejam apabila janin berusia empat bulan tanpa kepala yang dipercayai dibuang sebelum dipam dari mangkuk tandas kediaman penduduk dijumpai di dalam loji kumbahan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, di sini, semalam.

Kejadian disedari kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja membersih tangki kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) apabila terlihat satu janin manusia tersangkut di perangkap sampah sebelum memaklumkan kepada polis.

Janin itu pada awalnya disangka bangkai kucing ditemui tanpa kepala sebesar tapak tangan dalam keadaan belum cukup sifat kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, hasil pemeriksaan Unit Forensik mengesahkan janin berusia empat bulan itu dibuang dalam tempoh 48 jam lalu yang digugurkan daripada kandungan ibunya.

“Janin itu ditemui tanpa kepala dan kami juga tidak dapat mengetahui jantinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan janin itu digugurkan penduduk tempatan di kawasan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil menghubungi Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 bagi membantu siasatan atau tampil ke balai berdekatan.

metro/-

Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH: Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Beliau berkata jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.

Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.

Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.

Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010. - BERNAMA

Dua Letupan Iringi Pembukaan Sidang Kemuncak Liga Arab

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BAGHDAD: Dua letupan menggegarkan Baghdad ketika pembukaan sidang kemuncak Liga Arab berlangsung, di sini tengah hari Khamis.

Pegawai perisik kanan rasmi Iraq berkata, letupan pertama membabitkan mortar yang berlaku berdekatan Kedutaan Iran, hanya diluar zon hijau, di mana sidang kemuncak sedang berlangsung.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai letupan kedua dan tiada kematian dilaporkan berhubung kejadian tersebut.

MSTAR/-

Rafizi: Batal perjanjian berat sebelah

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - PKR berjanji akan membatalkan perjanjian berat sebelah melibatkan kos pembayaran elektrik rakyat di negara ini dan akan menurunkan kadar kos sara hidup setelah menjadi pemerintah di negara ini.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, konsesi berat sebelah melibatkan elektrik di Malaysia zalim kerana tarifnya lebih mahal berbanding negara Thailand yang tidak memberikan subsidi terhadap barangan asas itu.

“Ia terjadi kerana penjana tenaga bebas (IPP) menga­ut untung berbanding Tenaga Nasional Bhd (TNB) yang terpaksa beli dengan harga mahal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai harga barang pada Wacana Sinar Harian Siri ke-12 di sini, semalam.

Ditanya mengenai harga pasir dijual mahal di negeri Selangor, Rafizi menegaskan ia berlaku kerana sejak kebelakangan ini permintaan pasir tinggi menyebabkan harganya naik mendadak.

“Ada pihak mengaitkannya dengan beberapa pemimpin di negeri Selangor didakwa terlibat rasuah tetapi sehingga sekarang mereka tidak dibawa ke mahkamah kerana dakwaan itu tidak mempunyai bukti.

“Ia disebabkan syarikat pasir di Selangor tidak terlibat dengan rasuah dan pemimpin itu tidak didakwa sehingga kini kerana syarikat itu menempatkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kawal selia aktiviti pasir,” katanya.

Rafizi berkata, ia membuktikan PKR telus mengawal dan membanteras rasuah berbanding Umno yang hanya bercakap tetapi tidak melaksanakannya.

SINAR HARIAN/-

Kereta sport McLaren dijual di Philadelphia

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

DISTANISLAO memandu kereta McLaren MP4-12C.

PHILADELPHIA, Amerika Syarikat (AS) - Pembuat kereta sport Britain, McLaren memperkenalkan kereta terbaharunya, MP4-12C di bandar raya ini.

Presiden Pusat Jualan McLaren di sini, Robert DiStanislao memandu uji kereta berteknologi tinggi itu ketika dia memperkenalkan MP4-12C kepada media kelmarin.

Kereta MP4-12C dijana enjin V berkapasiti 3.8 liter dengan pengecas turbo berkembar.

McLaren hanya mengeluarkan 1,000 buah kereta tersebut untuk pasaran di seluruh dunia.

Sejumlah 400 buah MP4-12C dijual di AS pada harga yang bermula AS$229,000 (RM703,201).

Kereta itu diperkenalkan pada tahun lalu.

McLaren turut mempunyai pasukan perlumbaan Formula Satu (F1) berserta Mercedes. - Agensi

Zuckerberg jumpa PM Jepun

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ZUCKERBERG berbual dengan Noda di kediamannya di Tokyo semalam.

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.

"Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu," kata Noda kepada Zuckerberg.

Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.

Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.

"Amat berbeza," kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.

Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.

Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.

Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.

Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.

"Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini," kata Zuckerberg.

Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.

Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.- Reuters

Klang Dilanda Banjir Kilat

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KLANG: Beberapa kawasan di Klang dilanda banjir kilat awal pagi Jumaat.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Taman Sri Andalas, Taman Selatan, Taman Bayu Perdana and Taman Melawis, Taman Sentosa, Taman Sg Ujong, Taman Palmgrove, Padang Jawa dan Taman Chi Liung.

Beberapa sekolah termasuk Sekolah Menengah La Salle, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Sekolah Rendah Simpang Lima dan Sekolah Teknik Batu Ujong turut dinaiki air.

mstar/-

Ikan flowerhorn jadi tumpuan pengunjung

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK - Seekor ikan flowerhorn yang mempunyai bonggol berwarna merah pada kepala menjadi tumpuan para pengunjung pada satu festival ikan di sini semalam.

Diadakan pada setiap tahun di Thailand, festival yang dikenali sebagai Pramong Nomjai Thai Tuala itu mempamerkan pelbagai jenis ikan eksotik dan mahal seperti flowerhorn dan arowana.

Pada tahun ini, pameran yang diadakan di sebuah pusat beli-belah itu akan berakhir pada 1 April depan. - Agensi

Lebih satu askar AS didakwa tembak 17 rakyat Afghan

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KABUL - Laporan media mendedahkan dua versi berhubung insiden menembak mati 17 orang awam Afghanistan termasuk sembilan kanak-kanak awal bulan ini, dengan dakwaan terbaru menyebut lebih seorang askar Amerika Syarikat (AS) terlibat.

Menurut versi pertama, yang bersandarkan pihak tentera, Staf Sarjan Robert Bales, yang berhadapan dengan masalah rumah tangga, telah keluar dari Kem Belambai, 20 kilometer dari Kandahar, dan membunuh enam orang ketika mereka tidur, 11 Mac lalu.

Menurut versi itu, Bales kembali ke pangkalan tentera dan kemudian pergi ke satu lagi kampung dan membunuh 11 orang lagi. Dia bertindak seorang diri dan mengakui melakukan pembunuhan.

Sementara itu, rakaman temu bual dengan kanak-kanak yang terselamat pula memberi versi lain.

Rakaman itu dikendalikan oleh Yalda Hakim, seorang wartawan SBS Dateline di Australia.

Yalda, yang lahir di Afghanistan dan berhijrah ke Australia ketika masih kecil, merupakan wartawan antarabangsa pertama menemu bual saksi-saksi yang terselamat dalam kejadian itu.

Menurut Yalda, pegawai penyiasat telah cuba menghalang dia daripada menemu bual kanak-kanak yang terselamat atas alasan tindakan itu boleh menyebabkan mereka trauma.

Katanya, dia merayu kepada pemimpin-pemimpin kampung, yang telah mengaturkan temu bual itu.

Dalam viode itu, kanak-kanak terbabit memberitahu Yalda bahawa beberapa askar AS lain juga berada di tempat kejadian dengan memegang lampu suluh.

Noorbinak, 8, berkata, pada awalnya penembak menembak anjing peliharaan bapanya.

Kemudian, menurut Noorbinak, penembak itu menembak di bahagian kakinya dan mengheret ibunya dengan rambutnya.

Dia berkata, apabila bapanya mula menjerit, penembak itu menembak bapanya.

Kemudian dia menghalakan senapangnya ke arah Noorbinak dan menembak di bahagian kaki.

"Seorang lelaki memasuki bilik dan yang lain berdiri di kaki lima, memegang lampu," kata Noorbinak dalam video itu.

Bales telah didakwa di mahkamah tentera akhir minggu lalu dengan dikenakan 17 tuduhan membunuh dan enam lagi tuduhan cuba membunuh.

sinar harian/-

Siasat Anak Najib Yang Didakwa Memanipulasi Harga Saham

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Siasat anak PM berhubung manipulasi harga saham'

Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa menyiasat anak kedua Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Nazifuddin - berhubung dakwaan manipulasi harga saham. Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata penglibatan Nazifuddin baru-baru ini dalam dua syarikat yang harga saham banyak turun naik, adalah sangat mencurigakan.

Dalam kes pertama, harga saham Harvest Court Industries Bhd melonjak 2.575 peratus selepas Nazifuddin menyertai lembaga pengarahnya akhir tahun lalu, dan harganya merudum selepas dia berhenti sebulan kemudian.

Kes terbaru melibatkan Supercomnet Technologies Bhd, yang menyaksikan harga sahamnya melonjak 362 peratus selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah ditawarkan pilihan untuk memperolehi 18.66 peratus saham.

Harga saham Supercomnet merudum dua hari kemudian selepas syarikat itu mengumumkan bahawa Nazifuddin telah menolak tawaran saham tersebut.

KELAB GREENBOC

Israel: Saya tidak main politik

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Saya telah menerima banyak komen-komen di dalam ruangan mesej Facebook saya dan juga melalui email yang menyatakan saya sekadar cuma bermain politik dan memperbesarkan isu mengenai perdagangan dengan Israel ini.

(Penulis [kanan] bertemu Tuan Guru Nik Aziz di pejabatnya dekat Kota Bharu)

Ketidakfahaman masyarakat Cina terhadap isu ini mungkin tidak akan tiada jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat namun, ini merupakan batu loncatan kepada semua Wakil-Wakil Rakyat untuk tidak lagi menyuarakan isu-isu yang hanya bersangkutan dengan warna kulit, bahasa, dan juga agama masing-masing.

Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kita sering mendengar laungan perjuangan hak samarata, keadilan dan kesaksamaan dan bermacam lagi pekikan slogan, tetapi hakikatnya kita masih lagi bermain di dalam lingkungan atau “inner circle” kita sendiri semata-mata.

Inilah masa yang terbaik untuk kita semua buktikan sebagai seorang Wakil Rakyat, kita bukanlah mewakili sesuatu kumpulan semata-mata sebaliknya kita mewakili semua lapisan masyarakat termasuk juga minoriti yang tidak mengundi kita.

Ataupun kita hanya sekadar melihat saja mancis tanpa ada usaha untuk menyalakan lilin walaupun kita sebenarnya berada di dalam kegelapan?

Isu mengenai hubungan perdagangan dengan Israel boleh sahaja dibangkitkan oleh Wakil Rakyat Islam dari PAS dan PKR kerana mungkin pada pandangan sekelompok masyarakat, isu mengenai Israel ini hanya menyentuh nurani mereka yang beragama Islam sahaja. Namun,

saya melihat jauh ke hadapan.

Saya mengambil tindakan yang mungkin sedikit menjolok mata rakan-rakan sebangsa saya, malahan, saya akan berhadapan dengan serangan-serangan pihak-pihak hipokrit yang selama ini mempergunakan isu Israel-Palestin ini sebagai kepentingan politik domestik mereka semata-mata dan saya yakin mengenai perkara ini serta jauh lebih buruk, saya boleh dikenakan tindakan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Tetapi mengapa saya tetap bangkit dan bertegas menyuarakan perkara ini? Saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi maka sudah pastilah saya perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan keazaman yang tinggi walaupun menghadapi pelbagai halangan dan
cabaran.

Saya sering mengungkapkan bahawa isu berkaitan Israel –Palestin berkait rapat dengan rasa kemanusiaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita sering diajar di dalam kempen-kempen untuk menunjukkan rasa kasih sayang terhadap sesama manusia.

Malahan, sebagai manusia sejati, kita turut menzahirkan perasaan kasih sayang bukan sahaja sesama manusia tetapi kepada semua makhluk ciptaan Tuhan.

Apabila saya melihat kekejaman demi kekejaman, kezaliman demi kezaliman yang sentiasa dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin, ia sememangnya menyentuh naluri kemanusiaan saya.

Tiada seorang manusia sejati pun yang dapat menafikan betapa sedihnya kita melihat gambar-gambar anak kecil yang menemui ajal ekoran hujan peluru tentera Israel. Ribuan lagi yang telah kehilangan anggota badan dan menjadi cacat seumur hidup mereka.

Tidakkah kita merasa belas kasihan? Bagaimana mungkin saya mendiamkan diri apabila saya menerima beberapa dokumen-dokumen Kerajaan yang menunjukkan wujudnya hubungan perdagangan di antara negara kita dengan Israel.

Kepastian perlu dicari agar kita tidak menjadi antara negara yang membantu Israel dalam menyediakan dana persenjataan mereka.

Selain itu, saya melihat dengan wujudnya laporan Kesatuan Eropah yang menyatakan Malaysia berada di tangga ke 15 sebagai rakan dagang utama Israel dan juga beberapa laman web yang jelas memaparkan nama Malaysia sebagai antara pengeksport utama bekalan minyak sawit Israel ini dari aspek keselamatan negara.

Dengan pendedahan kesemua dokumen ini tanpa ada bantahan atau tindakan rasmi daripada pihak berwajib negara kita terhadap laporan dan laman web tersebut, ia berpotensi mendedahkan negara kita kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai perasaan kemarahan yang meluap dan dendam berterusan dengan negara Israel ini.

Adakah kita mahu beberapa peristiwa seperti kejadian di Bali berlaku di dalam negara kita? Sudah tentu tidak.

Maka, Adakah kita mahu beberapa peristiwa seperti kejadian di Bali berlaku di dalam negara kita? Sudah tentu tidak. Maka, kewujudan laporan ini memerlukan penjelasan daripada Kerajaan dan Dewan Rakyat merupakan tempat yang paling sesuai untuk menuntut penjelasan dan tindakan segera daripada pihak Kerajaan.

Saya juga melihat isu mengenai Israel ini seringkali digunakan oleh UMNO/BN sebagai satu alat untuk memanjangkan hayat politik mereka dengan memainkan sentimen sesetengah kelompok masyarakat.

Isu Israel ini sebenarnya telah lama menjadi mainan mereka. Ia dijadikan sebagai satu bahan untuk memesongkan perhatian masyarakat terhadap sesuatu isu yang boleh memberikan liabiliti kepada mereka. Dan kali ini, isu Israel kembali menggegar dunia politik Malaysia khasnya penganut Islam tatkala, isu NFC sedang mengancam kedudukan UMNO.

Hanya kerana satu temubual Ketua Pembangkang, UMNO terus menjaja cerita, mencipta prejudis rakyat terhadap satu sama lain sedangkan hakikatnya yang tidak dinafikan oleh Menteri bahawa sememangnya Jemaah Menteri pernah memberikan kelulusan perdagangan dengan Israel pada tahun 1996 turut menjadikan UMNO/BN itu tidak ubah seperti pemain wayang dongeng yang sentiasa mencipta sensasi dan menyembunyikan pekung sendiri.

Saya telahpun mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat untuk menuntut Kerajaan menyatakan pendirian sama ada menarik balik semua kebenaran Jemaah Menteri tahun 1996 atau membiarkannya sahaja dan tidak lagi menuding jari kepada Pakatan Rakyat sebagai ejen Zionis hanya untuk menimbulkan prejudis rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini seolah-olah “Paksi Keganasan”. Perkara ini perlu dihentikan segera kerana banyak lagi isu-isu negara yang sedang membelit negara ini dan ia adalah tumpuan utama kedua-dua belah pihak.

Dari satu sisi Akta Kastam Larangan Import Eksport Pindaan 2008 melarang perdagangan dengan Israel manakala dari sisi yang lain, Jemaah Kabinet telah membenarkannya. Mengapa wujud dua keadaan yang bertentangan. Bagaimana satu rang undang-undang yang telah digubal di Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya dilanggar oleh Kerajaan? Apakah kita sendiri tidak menghormati rang undang-undang yang kita gubal? Maka, jalan terbaik adalah Kerajaan Pemerintah UMNO/BN harus menunjukkan wajah sebenar mereka dalam isu ini.

Penulis adalah Ahli Parlimen Bakri dari DAP.

Gempa bumi lemah landa Mersing

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Satu gempa bumi berukuran 3.2 pada skala Richter melanda Mersing, Johor pada pukul 9.43 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata gempa itu berpusat di 16km timur laut dari Mersing.

Gegaran kecil mungkin dirasai di sekitar kawasan itu, kata kenyataan itu. — BERNAMA

Presiden Syiria mungkir janji?

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

DAMSYIK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad telah memungkiri janji kerana gagal untuk menghormati pelan damai yang dikemukakan wakil PBB dan Liga Arab berikutan tindakan tentera rejim yang berterusan menyerang kubu pemberontak di negara itu.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia di Syria, sekurang-kurangnya 21 terbunuh selepas tentera rejim Assad bersama kereta kebal menyerang beberapa bandar utama termasuk Qalaat al-Madiq yang menjadi kubu kuat pemberontak.

Dalam satu kenyataan, ketua hak asasi manusia PBB, Navi Pillay berkata, mereka kini mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Assad atas tindakan keganasannya terhadap penduduk di negara tersebut.

“Dia akan dibicarakan atas kekejamannya dan bukan kerana kegagalan untuk menamatkan konflik yang semakin meruncing di Syria. Assad sebenarnya boleh mengeluarkan perintah untuk menghentikan pembunuhan mengikut pelan damai yang telah dipersetujui bersama Kofi Annan tetapi dia gagal untuk melaksanakannya,” menurut­nya lagi.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menyatakan kerajaan enggan bekerjasama dan mematuhi inisiatif yang dikemukakan oleh Sidang Kemuncak Liga Arab di Baghdad, kelmarin selepas keanggotaannya digantung pada November lalu.

Sehingga kini, kira-kira 9,000 orang dilaporkan terkorban sejak negara tersebut mula bergolak sejak setahun lalu.

sinar/

PAS Perak ucap takziah Raja Ashman Shah mangkat

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH, 30 Mac: PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawal 1.30 pagi tadi.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussian dalam satu kenyataan, pagi ini.

Berikut kenyataan beliau.

Takziah daripada PAS Perak kepada keluarga Tuanku Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbudin Shah di atas kemangkatan puteranya Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah seawal 1.30 pagi tadi.

Yang mulia Al Marhum Raja Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang, beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan Sheikh Nazim di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Yang Mulia Al Marhum Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah , dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Kami memohon kepada Allah SWT agar memberikan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga Tuanku Sultan Perak, semoga Allah SWT menempatkan Al Marhum Yang Mulia Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah bersama auliya’ dan solihin, Ameen.

Ustaz Abu Bakar Hussian

(Pesuruhjaya PAS Perak)

Manipulasi BN kalahkan kuasa rakyat?

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Melihat sambutan hebat masyarakat terhadap program Pakatan Rakyat, khususnya ceramah-dialog politik dan majlis makan malam, tidak terbayang bahawa Najib Razak dan BN mampu mempamerkan prestasi lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang, berbanding rekod buruk Abdullah Ahmad Badawi empat tahun lalu.

Pagi Ahad lalu, 25 Mac, sewaktu singgah di majlis Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2012, di Kajang -- yang menyaksikan hampir semua pimpinan kanan PAS Negeri turun, termasuk Pesuruhjaya, Abd Wahid Endut dan Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang -- saya lihat hadirin memenuhi segenap ruang Dewan Majlis Perbandaran Kajang itu.

Wajah dan air muka mereka menyerlahkan keyakinan atau sekurang-kurangnya semangat dan harapan tinggi agar Terengganu tidak lagi tercicir daripada gelombang tsunami politik, seperti tahun 2008.

Di sebelah malamnya, wartawan Harakah yang membuat liputan Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor, sempena empat tahun Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, memaklumkan bahawa puluhan ribu menghadiri majlis ceramah Rapat Rakyat, yang disertai tiga pimpinan utama, Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit Siang, selain Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Sehari selepas itu, saya dikunjungi dua aktivis mahasiswa Universiti Malaya, yang banyak menceritakan perkembangan menarik anak-anak muda di kampus; siri aksi protes terbaru mereka begitu mengujakan, termasuk menghantar simbol batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, petanda keprihatinan tinggi terhadap idealisme perjuangan untuk bersama-sama mencetuskan perubahan yang begitu didambakan rakyat.

Sekurang-kurangnya saya dapat diyakinkan bahawa kebangkitan mahasiswa kini berupaya membentuk gelombang tersendiri dan mampu mempengaruhi kecenderungi mengundi generasi muda dalam PRU13 nanti. Jadual mereka untuk mengungguli suara kebenaran cukup padat sekali.


Ketika menulis catatan ini, jam 1.10 pagi, 28 Mac, hanya 2km dari kediaman saya, di Padang Awam, Taman Kosas, Ampang, ceramah Anwar dan Mohamad Sabu baru berakhir setengah jam lalu. Mulanya saya bercadang untuk merasai kemeriahan itu, tetapi keuzuran dan kesuntukan masa menyemak deadline Harakah menghalangnya.

Saya menelefon anak sulung yang terperangkap dalam kesesakan. "Ramai sangat yang datang ... kebanyakannya anak-anak muda. Mereka bertepuk dan bersorak semasa Anwar berucap. Mungkin itu sebabnya Anwar berceramah lama malam ini, dia pun bersemangat dengan orang muda," ujarnya sambil ketawa.

Seminggu sebelumnya, 18 Mac, sempena Hari Wanita Sedunia, di Petaling Jaya, ribuan aktivis daripada pelbagai pertubuhan, berarak penuh bersemangat, dari Masjid Bulat, Seksyen 14 dan Taman Tasik Jaya ke Paang Astaka, juga membawa tema serupa, iaitu menuntut perubahan, antara lain dengan laungan "Wanita Menuntut Kerajaan Bersih" dan "Wanita Menolak Rasuah".

Asakan berterusan terhadap Pakatan Rakyat, yang disiar besar-besaran media, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, dengan tukang karut utamanya, Najib, sudah cukup membayangkan, bahawa Umno-BN dalam keadaan panik dan tidak tentu arah. Kuasa yang bakal terlucut begitu menggerunkan.

Ya ... begitulah pemandangan lahiriah atau lakaran di permukaan; begitu menjanjikan! Di mana-mana orang bercakap soal perubahan dan pembaharuan. Atau setidak-tidaknya menjalar fenomena Asalkan Bukan Umno (ABU), meskipun masih ada yang curiga keupayaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang terbaik buat Malaysia.

"Berilah peluang Pakatan memerintah kerajaan pusat ... kalau sama juga perangainya, rasuah, sombong, asyik kayakan diri dan kroni, cukup sepenggal kita tukar orang lain pula, apa susah?" Ungkapan yang lebih kurang hampir sama maksudnya, sering diluahkan kepada saya, terutama oleh orang awam yang saya lihat tidak begitu komited dengan mana-mana parti politik.

Dalam masa sama, rupa-rupanya agak ramai yang lebih cenderung untuk bersikap berhati-hati mentafsirkan situasi yang dilihat mata kasar itu. Tidak kurang yang menelefon saya, manakala lebih ramai menghantar SMS dan emel.

"Lutfi, saya bimbang dengan penipuan dan taktik jahat BN yang kita tidak terhidu. Mungkin perancangan licik mereka berbeda dengan komplot di Terengganu pada 2004 dulu. Tapi, ia tidak lari daripada manipulasi senarai daftar pemilih, itu yang paling penting," SMS seorang pembaca Harakah, sekadar memaklumkan dari Shah Alam.

Beliau cukup khuatir, Selangor -- yang menjadi idaman Najib dan Noh Omar -- akan terlepas ke tangan BN, bukan disebabkan kelemahan kepimpinan Khalid Ibrahim, tetapi berpunca daripada seribu satu tipu muslihat, yang disokong dan dimudahkan oleh rangkaian agensi kerajaan!

"Mampukah Pakatan halang penipuan daftar pemilih? Tidak ada cara lain kecuali kita tingkatkan tekanan melalui Bersih 3.0. Kali ini kita berhimpun lebih lama, kalau boleh berhari-hari, dan tidak bersurai sehingga ada jaminan tindakan berkesan dari kerajaan," seorang pemanggil, bekas tentera melontarkan pandangan.

Mendapat panggilan yang agak kerap dan curahan SMS dengan nada sama, yang khuatir dan curiga, bukan sahaja merisaukan laluan Pakatan ke Putrajaya, malah bimbang dengan penguasaan ke atas Selangor dan Kedah, saya sendiri naik cuak.

Apakah mereka turut terpengaruh dengan mesej yang sering saya bawa dalam kolum ini, atau kerisauan itu memang sesuatu yang real; bukan disebabkan kegagalan Pakatan untuk meraih sokongan tetapi manipulasi BN terhadap proses pilihan raya yang masih tempang ini?

Saya jarang tertarik dengan emel blogger Tulang Besi, tetapi tulisannya tentang Selangor agak menyentap perhatian saya. Antara yang ditekankan beliau:

"Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno (di Selangor) telah berjaya menukar puluh ribuan pengundi Pakatan Rakyat dari Dun masing-masing; mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah; menukar alamat pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di Dun (yang dikuasai) KeADILan dan PAS; dan mendaftar banyak pengundi hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor.


"Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh Umno-BN adalah 35 berbanding Pakatan Rakyat 21. Menjelang pilihan raya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

"Umno-BN bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti dua pertiga di Dun Selangor.

"Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan Umno-BN ini. Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja."

Saya tinggalkan anda dengan persoalan yang kelihatan merisaukan ini ...

harakahdaily/-

Anak OKU pekerja kilang nadir bumi meninggal

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Anak kepada bekas buruh di kilang nadir bumi Asian Rare Earth (ARE) Lai Kwan, Cheah Kok Leong yang dilahirkan kurang upaya meninggal dunia di Hospital Ipoh malam tadi ketika umur 30 tahun.

Kakak sulungnya Li Fen ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan kematian mendiang disebabkan jangkitan bakteria yang serius.

Katanya, Kok Leong menderita akibat demam dan batuk dua hari lalu dan perubatan antipiretik yang diambilnya tidak berkesan.

Pagi semalam, keadaannya mulai buruk apabila mendiag mula merungut tentang kesakitan dalam telinga dan menggigil teruk sebelum dikejarkan ke hospital

malaysiakini/-

Tok Bali bakal jadi pelabuhan terkemuka

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PASIR PUTEH, 30 Mac: Setelah menanti hampir 21 tahun, akhirnya hasrat kerajaan Kelantan untuk menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan terkemuka bakal menjadi kenyataan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata pada 19 Ogos 1991, beliau telah bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, untuk memohon bagi menjadikan Tok Bali sebagai pelabuhan baru di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek Pelabuhan Tok Bali dekat sini petang semalam.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah merasmikan projek yang diusahakan Eastcoast Terminal Sdn Bhd, yang bernilai RM3.2 billion itu. (Gambar atas)

Tuan Guru optimis Pelabuhan Tok Bali akan laris sebagaimana aktifnya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra yang kini muncul antara landasan yang tersibuk di negara ini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

(Kiri: Tuan Guru melihat pelan pembangunan Tok Bali.)

Dari peruntukan bagi membina bandar baru Tok Bali di bawah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang melibatkan RM230 juta daripada kerajaan pusat dan RM3 billion pihak swasta.

Katanya, dengan adanya Pelabuhan Tok Bali, ianya akan menjadikan negeri ini bertambah maju.

“Dengan sifat rakyat Kelantan yang rajin, kreatif dan sebagainya, saya yakin pelabuhan ini akan bertambah maju,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bandar yang berasaskan sumber laut tersebut akan menjadi sebuah satu penjana ekonomi kepada rakyat di sini.

"Setakat ini sebanyak RM100 juta sudah dibelanjakan bagi membina pusat pendaratan dan pengumpulan ikan, manakala RM71 juta lagi untuk membina Taman Perikanan Bersepadu.

"Bukan itu sahaja, antara projek-projek besar lain ialah pembinaan sebuah Universiti Maritim dan pembinaan kapa akan dibina melibatkan peruntukkan bernilai RM41 juta dan RM10 juta bagi infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur dan RM3 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di sini," katanya semasa menyampaikan ucapan.

Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, kesemua projek-projek berkenaan jika berjalan mengikut perancangan akan menjadikan bandar baru nelayan Tok Bali sebagai sebuah bandar termaju menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, pembinaan pelabuhan tersebut bertepatan dengan pembangunan pesat ekonomi di negara-negara timur jauh seperti China, Kemboja, Jepun, Korea, dan Vietnam.

Tambahnya, semoga dengan adanya pelabuhan itu iakan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk mempergiatkan lagi aktiviti import dan eksport bukan sahaja ke Malaysia bahkan ke seluruh dunia," katanya.

harakahdaily/-

Godam e-mel songlap duit

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Internet didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘African Scam’ kini dikesan menggunakan modus operandi baru dengan menggodam e-mel syarikat penjual barangan antarabangsa bagi mencuri maklumat pelanggan perniagaan mereka sebelum digunakan untuk berurusan seperti syarikat asal.

Pelanggan berkenaan yang diperdaya diarah membuat bayaran pembelian dalam satu akaun baru menggunakan nama warga tempatan di Malaysia sebelum wang dibayar itu dikeluarkan dan dipindahkan pula ke akaun bank milik sindiket terbabit.

Taktik terbaru didalangi warga Nigeria itu tidak lagi menjadikan negara ini sebagai sasaran untuk mencari mangsa, tetapi lebih kepada pusat pengumpulan wang hasil penipuan syarikat dari seluruh dunia dengan menjadikan wanita tempatan sebagai ‘keldai akaun’.

Difahamkan setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah mengesan enam kes sejak Januari lalu membabitkan pelbagai syarikat antarabangsa, termasuk dari Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia dengan anggaran kerugian bernilai jutaan ringgit.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit memintas e-mel syarikat perniagaan antarabangsa dengan mencuri maklumat aktiviti perniagaan antara syarikat penjual dan pembeli.

metro/-

Cari pemenang PRU-13 melalui debat Anwar-Najib

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

RANTAU PANJANG, 30 Mac: Sudah sampai masanya debat terbuka di antara pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) diadakan bagi membolehkan rakyat menilai ketokohan peneraju negara selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Lagi pun semalam Tun Dr Mahathir Mohamad secara berterus terang memberitahu sukar meramalkan keputusan PRU ke-13 disebabkan banyak analisis yang dibuat mengambarkan pelbagai pandangan.

Kata bekas perdana menteri itu ada pihak menyebut prestasi BN meningkat, namun ada pihak lain mengambarkan keadaan sebaliknya.

Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, hanya melalui perdebatan terbuka seperti yang diamalkan di banyak negara maju membolehkan rakyat membuat penilaian secara lebih adil dan saksama.

“Lagi pun sebelum ini sudah ada pihak yang sedia menganjurkan perdebatan antara Dato’ Seri Najib Razak, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin.

“Perdana Menteri perlu membuat keputusan secepat mungkin bagi membolehkan perkara itu berjalan dengan teratur dan bukannya membuat pelbagai alasan bagi mengelakkan debat diadakan,” katanya di sini.

Baru-baru ini pengasas Wikileaks, Julian Assange sedia menganjurkan debat tersebut. Bagaimanapun media pro Umno memberi gambaran sebaliknya dengan mendakwa Anwar enggan berdebat dengan Raja Petra.

Sedangkan pada 22 Mac lalu Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyatakan persetujuan berdebat dengan Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri serta telah memberi jawapan melalui Twitter kepada Assange.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Tuku berkata, sekarang orang ramai tertunggu-tunggu untuk mengikuti debat tersebut dan ia sudah menjadi topik paling hangat di kedai-kedai kopi di merata tempat.

harakahdaily/-

Keberkahan Yang Tak Terduga

7 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pernah ada seorang bapak, Owner Perusahaan Konsultan Manajemen SDM di Jakarta datang bersama istrinya ke Rumah Amalia. Logika duniawinya tidak pernah memahami bagaimana shodaqoh bisa menjadi pembuka pintu rizki. Saat beliau diajak istrinya untuk datang ke Rumah Amalia awalnya tidak menerima mengingat kondisi finansialnya yang tengah redup.

'Saya ini sedang dalam problem penghasilan, masa malah disuruh shodaqoh sama istri?' Begitu ucapnya. Istrinya yang mendengar komentar suami malah senyum-senyum. Lantas kami mengajaknya berdoa bersama memohon kepada Allah agar apa yang menjadi niatnya diijabah.

Alhamdulillah, dua bulan kemudian beliau mendapatkan proyek lumayan besar untuk bisa membiayai opeasional perusahaannya dibidang Konsultan Manajemen SDM, 'Alhamdulillah, Sekarang saya sedang membantu pembenahan Manajemen SDM di beberapa perusahaan Mas Agus,' tutur beliau. Pekerjaannya sebagai konsultan sampai kini menjadi padat, banyak orang yang tidak percaya.

Diperkirakan perusahaannya tidak akan bertahan lama malah yang terjadi perkembangan perusahaannya boleh dibilang membaik. Orang sering mengatakan padanya bahwa sukses bisnis harus banyak jaringan, effort yang tinggi ternyata semua teori itu runtuh karena ada banyak hal yang tidak pernah diduga oleh siapapun yaitu rizki diatur oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Maka sejak itu kebiasaan bershodaqoh tidak pernah lagi ditinggalkan. Setiap bulannya senantiasa ia sisihkan dan itu membuat perusahaannya semakin maju. Bahkan kini beliau berusaha mengamalkan kebiasaan untuk memberikan harta yang dicintainya karena keyakinannya mendapatkan keberkahan yang tidak pernah diduga, keberkahan yang tidak diduganya seperti perusahaannya semakin maju, keselamatan, kesehatan dan kebahagiaan bagi beliau dan keluarganya.

Pernah beliau panik ketika anaknya terkena Demam Berdarah yang hampir merenggut nyawa sang buah hati akhirnya bisa sembuh dan selamat dari kecelakaan fatal yang terjadi mobil yang dikendarainya bertabrakan, semua itu terjadi karena kasih sayang Allah pada dirinya dan keluarganya sebagai berkah dari kebiasaan bershodaqoh. Subhnallah.

posted by :agussyafii

29 Mac 2012

Dangi dilanda ribut

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

DANGI – Hujan lebat petang kelmarin mengakibatkan enam kedai dan tiga rumah rosak dalam kejadian ribut di Kampung Air Taling dan Pekan Dangi, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu menyebabkan kesemua bumbung di rumah dan kedai terlibat diterbangkan ribut dan mengalami kerosakan teruk.

Peniaga, Seow Teng Hoo, 64, berkata, dia terdengar bunyi bising seperti kepingan zink berlaga antara satu sama lain kira-kira 7 malam sewaktu berada di kedainya.

Menurutnya, selama 30 tahun dia berniaga ubat herba tradisional di situ, ini merupakan kali pertama kejadian ribut berlaku sehingga menyebabkan bumbung kedai rosak teruk.

“Saya terpaksa menutup ubat-ubatan dengan kanvas kerana air memasuki kedai melalui siling yang sudah tidak berbumbung. Mujur ada siling jika tidak tentu semua barangan rosak terkena hujan,” katanya ditemui di kedai ubat Kong Cheng Hoe.

Pertama kali berlaku

Sementara itu, mangsa, Ng Siew Yin, 62, dari Pekan Dangi berkata, dia terdengar bunyi kuat dari belakang rumahnya sewaktu hujan lebat kira-kira 6.45 petang.

Menurutnya, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama isteri dan cucu lelaki berusia tujuh bulan.

“Ketika itu, saya tidak terus meninjau apa yang berlaku kerana bimbang perkara buruk berlaku. Namun, selepas itu, saya ke bilik belakang rumah dan terperanjat apabila mendapati bumbung rumah rosak teruk dipukul ribut.

“Akibat kejadian, empat bilik tidur dan ruang tamu dipenuhi air. Hujan lebat tidak berhenti sehingga jam 11 malam dan kami terpaksa selamatkan barang-barang seperti tilam dan baju bagi mengelak dibasahi hujan.

“Bagaimanapun, terdapat juga barang yang tidak sempat diselamatkan kerana kejadian berlaku sangat pantas,” katanya ditemui di rumahnya, kelmarin.

Katanya, kejadian mencemaskan itu kali pertama berlaku dan ketika itu dia begitu bimbang terhadap keselamatan keluarganya.

“Ketika angin kuat, saya bimbang bumbung di hadapan rumah diterbangkan angin kerana pada masa itu hujan terlalu lebat. Namun, bernasib baik kerana angin kencang tidak merosakkan keseluruhan rumah. Hanya bahagian tengah dan belakang rumah sahaja yang terjejas,” katanya.

Bersengkang mata jaga barang

Dalam pada itu, di Kampung Air Taling, sebuah keluarga mengalami detik-detik mencemaskan apabila hampir keseluruhan bumbung rumah mereka tercabut hingga menyebabkan salah seorang daripadanya cedera ringan di kepala.

Mangsa, Hasan Mohamad, 44, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah bersama ahli keluarga lain termasuk cucu yang baru berusia seminggu.

Menurutnya, bumbung rumah yang didiami lima keluarga seramai tujuh orang itu diterbangkan ribut termasuk kayu penahan bumbung yang tercabut dari dinding.

Katanya, akibat kejadian salah seorang anak perempuannya mengalami cedera ringan di kepala.

“Malahan, semua barang elektrik termasuk televisyen, perabot dan pakaian habis dibasahi hujan.

“Ketika itu, saya memang tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang kerana ketika itu hujan lebat dan hanya mampu melihat barang-barang rumah dibasahi hujan.

“Namun, saya bersyukur kerana ahli keluarga terselamat, cuma anak perempuan benjol di bahagian kepala. Kini mereka menumpang tinggal di rumah saudara yang terletak di Tampin,” katanya kepada Sinar Harian.

Hasan berkata, bimbang sekiranya kejadian tidak diingini berlaku, dia terpaksa tinggal di rumahnya dan bersengkang mata bagi menjaga barang-barang yang ada dan sementara menunggu bekalan elektrik diputuskan.

“Saya bimbang untuk tinggalkan rumah dalam keadaan sekarang kerana terdapat barang di dalam rumah. Memang sukar hendak melelapkan mata apabila berlaku kejadian seumpama ini,” katanya.

Ketika ditanya anggaran kerugian, Hasan tidak dapat menyatakan kerana masih dalam keadaan terkejut.

“Saya tidak dapat memikirkan berapa anggaran kerugian akibat bencana ini kerana dalam fikiran saya hanya memikirkan bagaimana mahu memperbaiki kerosakan rumah susulan kekangan kewangan,” katanya.

Adun turun padang

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senaling, Datuk Ismail Lasim yang juga bapa angkat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol turun padang bagi meninjau keadaan rumah dan kedai serta melawat mangsa terlibat, kelmarin.

Menurut Ismail, pihaknya akan membantu mangsa ribut melalui kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita akan cuba bantu mereka mana yang termampu. Walaupun tidak dapat menampung keseluruhan kerugian, namun mereka akan menerima Bantuan Ihsan akibat bencana alam daripada Kerajaan Negeri,” katanya.

Sementara itu katanya, JKM turut membantu memberi kit bencana alam kepada mangsa ribut seperti bantuan tikar, selimut dan barangan keperluan lain.

Turut sama dalam lawatan berkenaan ialah Ketua Balai Polis Dangi, Sarjan Mejar Mohd Rosli Md Shah; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Dangi, Lim Ba Ba dan Pengerusi JKKK Geduhom, Mohd Hashim Mohd Yusof.

sinar harian/-

Amerika Gantung Bantuan Makanan Ke Korea Utara

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

WASHINGTON: Amerika Syarikat menggantung penghantaran bantuan makanan kepada Korea Utara selepas Pyongyang melanggar perjanjian berhubung pelancaran peluru berpandu dan tidak yakin bantuan tersebut akan disalurkan kepada pihak yang memerlukannya.

Penolong Setiausaha Pertahanan untuk Asia dan Kerjasama Pasifik, Peter Lavoy berkata, perancangan Korea Utara untuk melancarkan roket jarak jauh pada bulan depan menunjukkan Pyongyang tidak bersungguh-sungguh terhadap komitmen antarabangsa dan memaksa AS menggantung bantuan itu.

"Washington juga tidak yakin bantuan tersebut akan diberikan kepada rakyat Korea yang memerlukannya," katanya.

Bulan lalu, Korea Utara menandatangani perjanjian untuk membekukan sebahagian program nuklearnya dan ujian peluru berpandu sebagai syarat pertukaran bantuan makanan daripada AS. - AFP

Patung Pitt dan Jolie di Menara Sydney

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PATUNG lilin Pitt dan Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di Sydney semalam.

SYDNEY - Patung lilin aktres Brad Pitt dan kekasihnya, Angelina Jolie dipamerkan di ruang untuk melihat pemandangan di Menara Sydney di sini semalam.

Muzium Madame Tussauds akan dibuka pada Mei depan di sini yang akan menampilkan le-bih 70 patung tokoh terkenal.

Patung Pitt dan Jolie itu akan turut dipamerkan di muzium berkenaan.

Menurut seorang jurucakap muzium itu, Kristy Enright setiap patung tersebut bernilai AS$220,000 (RM674,405).

Dia berkata, patung selebriti tersebut akan menjadi amat popular. - Agensi

Juruterbang buat kecoh

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LAS VEGAS - Sebuah pesawat Amerika Syarikat (AS) terpaksa mendarat cemas di Texas, kelmarin selepas juruterbang mula meracau mengenai ancaman bom dan serangan Al-Qaeda.

Akhbar Amarillo Globe melaporkan kapten pesawat JetBlue 191,yang sedang dalam penerbangan dari New York ke Las Vegas itu dilihat masuk ke dalam tandas di luar kokpit sebelum dia mula menjerit ‘Iraq, Al-Qaeda, pengganas, kita semua akan mati!’ secara tiba-tiba.

Salah seorang saksi, Heidi Karg berkata, kesemua penumpang lelaki cuba untuk menenangkannya kerana khuatir keadaan di dalam pesawat akan menjadi huru-hara akibat tindakan luar kawalan juruterbang berumur 49 tahun itu.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) juruterbang bersama mendakwa sejak dari awal kapten pesawat itu telah menunjukkan kelakuan pelik sehingga dia terpaksa mengunci pintu kokpit semasa insiden menggemparkan tersebut.

Selepas pesawat itu mendarat cemas, kapten tersebut dibawa oleh penguat kuasa undang-undang tempatan untuk menjalani pemeriksaan mental di hospital di Amarillo.

sinar hARIAN/-

Tuan rumah sidang gas dunia, M’sia rayu Israel

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: PKR mendedahkan bahawa Umno BN memohon bantuan dari Israel sewaktu melobi untuk menjadi tuan rumah Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung pada 4 hingga 8 Jun depan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan merayu bantuan Israel itu turut mendapat restu dan nasihat Wisma Putra.

"Keadilan mempunyai bukti yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara malaysia dan Israel sedang ia menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. (Gambar Suara Keadilan)

Beliau turut menunjukkan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa.

Penganjuran persidangan itu, kata Saifuddin dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh negara.

Justeru, Saifuddin mendesak Wisma Putra dan Tun Mahathir menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara itu kerana ia bertentangan dengan solidariti rakyat malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin.

"Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomat menentik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel," katanya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Harakah Daily

Sokong pendidikan percuma, persoal hapus PTPTN

6 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Rata-rata rakyat negara ini bersetuju dan yakin dengan janji pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat namun mereka masih tertanya-tanya bagaimana PTPTN hendak dihapuskan.

Ini kerana, ramai mereka beranggap janji ini terlalu baik dan tidak tahu apa mekanisma yang hendak dilakukan bagi melaksanakan janji ini.

Tidak kurang juga yang tidak yakin dengan janji ini ekoran trek rekod beberapa isu yang dibangkit media BN termasuk isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Yang pasti, mereka mahukan PTPTN tanpa bunga ke atas peminjamnya.

Inilah pandangan yang diperolehi Harakahdaily melalui komen-komen pengikut facebooknya selepas diajukan satu soalan kepada mereka.

Soalan yang diajukan adalah: "Pakatan Rakyat janjikan pendidikan percuma. Dalam masa yang sama janjikan pemansuhan PTPTN. Apakah yang anda jangkakan dengan janji ini dan apakah mekanisme pelaksanaan yang sewajarnya? Berikan pendapat anda."

Selepas dua jam soalan ini dikemukakan, 107 komen telah dibuat manakala 126 pengikut facebok Harakahdaily 'like' penyataan itu.

Berikut adalah sebahagian pendapat pembaca ekoran soalan itu.


Kazh Sura: Mansuhkan je interest dalam ptptn tu.. hutang RM1000, wajib bayar RM1000. no riba, no interest... kalau cakap mansuhkan terus ptptn, ramai pencacai pulak yang cakap janji kosong la, nak pancing undi la. depa lebih rela makan riba dari makan benda halal. nak wat camne. bahalol.

Ipoh Mali: Janji Pakatan jangan la Lunak sangat.. Be Realistik la sikit.. Semuanya Percuma! Sekurang2nya Yuran Universiti tu yang percuma.. Belanja Hidup yang dipinjam.. Macam tu jugak Tol.. Takkan hapus semua, sekurang2nya 50% dari sekarang dah cukup.. Minyak pun macam tu.. Penyelesaian bukan harga minyak tapi mekanisma pengangkutan awam yang teratur.. Dan struktur balik pengangkutan awam.. Kalau minyak mrah.. Jalanraya Sesak..tak guna jugak..

Che Mahalim Che Hashim: dengan tadbir urus yang berhemah,telus,dalam semua urusan kerajaan, dengan hasil masyul yang dianugerahkan Illahi...x mustahil pendidikan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan...kita terlalu disogok dengan caj sana, caj sini, berpuluh2 tahun, sehinggakan percuma pon danggap mustahil...

Maimon Hashim: Janji PRU adalah perkara biasa .... tapi Pakatan Rakyat rasanya tidak akan mudah lupa apa yang dijanjikan. Pendidikan percuma adalah baik kerana rata-rata rakyat di kawasan pendalaman masih ditahap miskin.... Mansuh PTPTN dan ujudkan pinjaman dan bayarannya tidak menyusahkan rakyat dan mampu bayar.......

Biskut Man: mungkin nak ubah bermacam benda yang di janji dalam satu masa adalah mustahil. Tapi jika dengan pentdbiran dan pengurusan harta dan hasil negara dijalankan dengan betul insyaallah 1 per 1 janji yang dibuat pakatan boleh ditunaikan. Tapi makan masa la.

Terbang Jauh: Saya yakin dengan janji tersebut andai Wang Negara diurus tadbir dengan baik, jangan ADA penyelewengan Dana kerajaan..insyaallah janji tersebut akan dapat dilaksanakan...

Zkea Samsi: Setuju dengan pendidikan percuma.. Kalaupun bukan untuk kita yang dah letih membayar hutang ni..untuk anak cucu kita pulak. Sekurang-kurangnya masa depan mereka terjamin... yuran pengajian di IPT saban tahun naik, belum lagi kos sara hidup. Mungkin kerajaan boleh bantu bayarkan yuran pengajian & asrama di kedua-dua IPTA & IPTS. Untuk sara hidup, boleh berikan pilihan pada pelajar samada biaya sendiri (bagi yang mampu), dan mungkin pinjaman boleh ubah kepada yang kurang berkemampuan... dalam situasi begini kerajaan mungkin boleh mengurus sumber kewangan dengan lebih baik. Pendidikan percuma ni bukan saja untuk peringkat ijazah bahkan sarjana dan doktor falsafah...lebih ramai yang boleh melanjutkan pelajaran maknanya lebih ramai tenaga mahir boleh dijana. Hasilnya negara akan lebih maju.. kutipan cukai pendapatan juga boleh meningkat... duit tu boleh salur semula untuk pendidikan...

Nor Saiful: woiii...mak bapak korang KAYA bole la suruh PTPTN ni mansuh...yang kurang BERKEMAMPUAN ni kalo tiada PTPTN camne nak sambung study..nanti x pasal2 keluar berita PELAJAR menjual diri sebab nak tanggung yuran pengajian, kos hidop sume..cakap tu biar gune otak sikit...so PTPTN tu sangat diperlukan..sepatutnye bunga PTPTN tu yang kene mansuh..baru betol..bodoh punye PR..cakap pampumm habuk pun takda..buat semak lagi ade la..

Saiful Taekiera: Ini bukan nak pancing undi, sebab apa yang aku tengok parti PR tunaikan janji, tak membebankn rakyat, macam yang MB Selangor lakukan, aku setuju sangat2, dari BN yang tah apa-apa tah, wat kebaikan sikit canang 1 dunia, kes rasuah berlambak, rakyat terbeban, tu ke yang cakap rakyat didahulukan? Fikir2 la. Sebab di akhirat kelak, jika kita salah pilih pemimpin, kita turut ditarik ke dalam neraka, pikir2 la mane parti yang lebih bela agama islam, bukan setakat laung je

Roszeeta Zainurdin: PTPTN wajar dihapuskan. Interest membebankan pelajar. Kalau nak diteruskanpun, bayaran balik pinjaman tanpa interest. Kemudian pelajar yang mendapat result cemerlang bolehlah diberi diskaun bayaran pinjaman atau percuma. Macam JPA buat tu.. Kalau nak dikira takda duit, khuatir pelajar kolej/ IPT lacur diri..leni dapat PTPTN pun ramai yang terjebak dengan gejala maksiat dek pergaulan bebas kecuali mereka yang teguh pendidikan agamanya. Pendek kata tepuk dada tanya iman.

Warisan Bugis: Dulu dengan pendapatan negara yang terhad boleh memberikan pendidikan percuma kepada rakyat, kini negara mempunyai pelbagai sumber ekonomi, tetapi disalurkan kepada pihak tertentu saja.....

Pak Ngoh Geliga: Sebenarnya kami hanya mahu bebanan sekarang dikurangkan, bukan semua percuma tapi kalau boleh baguslah, umpama minyak, perubatan, elektrit, air, tol dan harga baranagan dapat dikurangkan dari nilai sekarang..dibimbangi takut diberi tuhan tak tertanggung nanti, kita tidak tahu apa yang akan mendatang, takut tidak tertunai nanti...

Mohd Azuwan Zainudin: Tapi, persoalannya di sini adalah, adakah kemampuan pihak
kerajaan untuk melaksanakan apa yang diperkatakan tersebut? Itu satu hal, timbul pula hal mengenai kredibiliti yang berjanji tersebut. Sudah lupakah kalian mengenai isu Kampung Buah Pala yang dijanjikan gula-gula luar biasa kepada para penduduknya, tetapi akhirnya semua itu hanyalah JANJI KOSONG dan MENIPU RAKYAT. Jika sudah lupa, mari kita lihat dengan penuh teliti video di youtube!

PANDANGAN BERKAITAN
Video penjelasan Datuk Husam Musa mahu hapuskan PTPTN di Kelantan

Harakah Daily