Setelah hampir sebulan berada di Malaysia saya kembali ke china pada hari ini. Perjalanan lancar seperti biasa dengan penerbangan Airasia jam 9.25 dari LCCT dan sampai ke Macau sekitar jam 1 petang. Seluruh China sekarang adalah musim sejuk. saya singgah di Guangzhou dan akan meneruskan perjalanan ke Yiwu pada esok 5 Dis.
Hari ini kita menerima berita duka apabila Utusan Malaysia melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia di tahan di luar negeri kerana mengedar dadah. Laporan tersebut dipetik menyatakan "Hampir setahun tanpa khabar akhirnya sebuah keluarga di sini menerima berita buruk mengenai anak perempuan sulung keluarga itu telah ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu, 19 Januari tahun ini.Lebih memilukan, menerusi sepucuk surat ke Wisma Putra bertarikh 12 Julai lalu, dikatakan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram."
Ketika kita masih hangat membicarakan tentang kes Raja Munirah yang ditahan di Jepun kerana cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo tahun lepas. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun empat bulan. Rayuan beliau juga telah ditolak oleh mahkamah Jepun.
Sebagai rakyat Malaysia yang punya tanggungjawab tersendiri, saya melihat kes demi kes tangkapan rakyat Malaysia di luar negara ada hikmah tersendiri.
Pertama nya pemimpin negara mestilah melihat kes-kes ini sabagai satu kes yang perpencil walaupun jumlahnya adalah sedikit, khususnya kementerian pendidikan perlulah melihat secara menyeluruh sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan yang sedia ada hinggakan Umi Azlim yang berkelulusan Universiti Malaysia Sabah boleh terlibat dengan kerja yang berisiko tinggi.
Adakah kongkongan kepada gerakan mahasiswa pro Islamik untuk memberi tarbiyah kepada pelajar di IPT dilihat sebagai faktor melahirkan pelajar yang tidak berkualiti dari segi moral atau akhlaknya. Politik Kampus terdedah kepada budaya liar dan menyeronokkan. Apa saja kegiatan yang pro Islamik dan melibatkan parti pembangkang akan disekat.
Sebaliknya kalau melibatkan parti pemerintah khususunya UMNO adalah bebas dan tidak ada sekatan langsung. Sehinggakan puteri umno dan putera umno boleh buka kaunter pendaftaran ahli. Gerakan pro Islamik akan disekat untuk memastikan calon-calonnya kalah dalam PR kampus. Tidak cukup dengan itu ugutan, penipuan dan sebagainya digunakan.
Inilah zaman malap kerjaan BN dan masanya parti UMNO dikuburkan dengan keranda usangnya setelah 50 tahun memerintah Malaysia, tidak ada lagi yang boleh kita harapkan melainkan menolaknya dan mengantikan dengan kerajaan Barisan Alternatif yang akan membawa sinar dan wajah baru bagi negara Malaysia yang kita cintai.