28 Jun 2021

1GB data internet percuma hingga hujung tahun


KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara bersetuju melanjutkan pemberian satu gigabit (GB) data internet harian secara percuma sehingga 31 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan PN tidak sisih MP pembangkang

 


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengenepikan pembangkang dengan menyalur peruntukan sama rata bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada semua ahli parlimen (MP) termasuk pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada rakyat terjejas pelaksanaan.

Diskaun bil elektrik tiga bulan bermula Julai

 



KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bil elektrik antara lima hingga 40 peratus mengikut kadar penggunaan elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam (kWj), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagi meringankan beban perbelanjaan bulanan rakyat, Perdana Menteri berkata, diskaun itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan depan.

PEMULIH: Pencarum dibenar keluar RM5,000 simpanan KWSP




KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenal kemudahan baharu dikenali sebagai i-Citra, membabitkan pengeluaran sehingga RM5,000.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos.

RM400j beli bekalan vaksin tambahan - Muhyiddin

 


KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM400 juta untuk menambah bekalan vaksin negara bagi mempercepatkan jadual pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaras dana tambahan itu, Perdana Menteri berkata, jumlah bekalan vaksin yang ditempah Malaysia adalah mencukupi untuk menampung 130 peratus populasi rakyat, berbanding 120 peratus sebelum ini.

Tambahan RM1.1b dana mikrokredit

 


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah sehingga RM1.1 bilion untuk dimanfaatkan oleh golongan sasar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM3 bilion dana mikrokredit sepanjang tahun ini bagi membantu usahawan mikro.

Moratorium automatik 6 bulan tanpa syarat

 


KUALA LUMPUR: Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.

Pengumuman khas PM petang ini.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) petang ini.

Pemulih dijangka menyentuh bantuan yang lebih komprehensif segenap lapisan masyarakat merangkumi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Usung keranda 1 km urus pengebumian mayat Orang Asli

 

Gambar dari Facebook Mohd Adree menunjukkan petugas berehat ketika mengusung keranda mayat Orang Asli yang menjadi mangsa COVID-19.

SEREMBAN: Berjalan kaki hampir sejam dengan mengusung keranda mayat COVID-19, menguji ketahanan mental dan fizikal tiga petugas kesihatan daerah Seremban, ketika menguruskan pengebumian mayat Orang Asli di Kampung Orang Asli Jeram Kedah, Lenggeng dekat sini, baru-baru ini.

Ketika matahari terpacak kira-kira 12 tengah hari, Mohd Adree Zuzalee Adnan, Sheikh Ezamli Sheikh Dolah dan Mohd Shahran Musa, bersiap sedia berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE), bersama lima individu daripada pihak pengurusan mayat untuk menguruskan mayat pada Jumaat lalu.

Ebit Lew berjaya jejak kaki ke Gaza

 

Ebit Lew memaklumkan beliau dan rombongan berjaya masuk ke Gaza sebentar tadi. - Facebook Ebit Lew

Pendakwah terkenal, Ebit Lew berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian dan mengagihkan bantuan kepada rakyat negara itu pagi ini.

Perkara itu dimaklumkan dalam Facebook beliau sebentar tadi.

Arab Saudi sasar jadi negara sumber kurma utama dunia


JEDDAH: Arab Saudi kini dalam usaha menjadi negara sumber kurma utama dunia menerusi kerjasama Pusat Nasional Palma dan Kurma (NCPD) serta Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif NCPD, Dr Mohammed bin Al-Nowairan, berkata industri itu menyumbang kepada sektor eksport paling utama Arab Saudi menerusi eksport kurma ke 107 negara tahun lalu.

Warga emas 105 tahun lengkap dua dos suntikan

Mamat Mat Ali (kanan) dan isterinya Sharipah Samat (kiri) menunjukkan kad vaksinasi.- Foto NSTP/Hazira Ahmad Zaidi


KUALA KRAI: Seorang warga emas berusia 105 tahun lengkap menerima dua dos suntikan vaksin dalam Program Outreach Vaksinasi di Kampung Bahagia, di sini.

Mamat Mat Ali dianggarkan berusia lebih satu abad berdasarkan tanda bunga yang terdapat di kad pengenalannya, sebelum ini kisahnya pernah mendapat liputan media.