13 September 2021

Buku perpustakaan dipulangkan selepas 14 tahun

BUKU The Amazing Maurice dipulangkan selepas 14 tahun. - AGENSI

EDINBURGH: Sebuah buku yang dipinjam pada 2007 akhirnya dipulangkan semula ke sebuah perpustakaan di Scotland.

Lapor portal UPI, OnFife yang menguruskan perpustakaan di wilayah Fife memaklumkan, seorang pelanggan memulangkan buku bertajuk The Amazing Maurice selepas tamat tempoh pinjamannya kira-kira 14 tahun lalu.

Parlimen: Pemilihan Timbalan Speaker jadi tumpuan esok

- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Persidangan Dewan Rakyat esok akan menumpukan kepada pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Berdasarkan aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat, persidangan akan bermula dengan sesi pertanyaan menteri dan jawab lisan pada pukul 10 pagi.

Taufan Chanthu menghampiri Shanghai, penerbangan dibatal, beribu dipindahkan

 Taufan Chanthu dijangka melanda Shanghai malam ini. - Foto AGENSI

Taufan Chanthu dijangka melanda Shanghai malam ini. - Foto AGENSI

BEIJING: Ratusan penerbangan dihentikan dan puluhan ribu penduduk dipindahkan di Shanghai hari ini, ketika Taufan Chanthu membawa angin kencang dan hujan ke metropolis timur China.

Kerajaan, pembangkang lakar sejarah meterai kerjasama

 MoU ini membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama 'dwi-partisan' yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

"Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif," katanya.

Ismail Sabri berkata, titah hasrat Seri Paduka ialah semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.

"Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini.

"Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.

Beliau turut merakam setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Parlimen yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

MoU yang terhasil dari beberapa siri perbincangan antara wakil kerajaan dan pembangkang sejak akhir bulan ditandatangani secara bersama oleh Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut menandatangani MoU itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti.
Kerajaan dan Pakatan Harapan menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik, komitmen bersama kedua-dua pihak bagi mengukuhkan kerjasama rentas parti.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Ahli Parlimen sepakat mensejahterakan semula hidup rakyat

 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat menyahut seruan dan titah Yang di-Pertuan Agong untuk memfokuskan usaha melawan pandemik COVID-19 dan memulih negara serta mensejahterakan semula kehidupan rakyat.

Agong titah segera gandakan usaha perangi COVID-19

 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan yang baharu dibentuk supaya segera melipat gandakan usaha untuk memerangi COVID-19 dan membawa rakyat keluar daripada ancaman pandemik berkenaan.

PARLIMEN: Agong titah semua pihak amal demokrasi musyawarah

 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah menasihatkan semua Ahli Parlimen supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian dalam apa juga masalah.

Gubal dasar mesra perniagaan, pelaburan - Agong

 Penularan pandemik COVID-19 memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap kesihatan rakyat tetapi juga ekonomi negara. - Foto BERNAMA

Penularan pandemik COVID-19 memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap kesihatan rakyat tetapi juga ekonomi negara. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar yang mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan lagi daya saing negara.

Nasihat mendalam pantun Seri Paduka

 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menutup titah ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dengan tiga rangkap pantun sebagai nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menutup titah ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 dengan tiga rangkap pantun sebagai nasihat kepada Ahli Dewan Rakyat.

Pelantikan Perdana Menteri ke-9 ikut Perlembagaan

 Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan ikut Perlembagaan. - Foto BERNAMA

Pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan ikut Perlembagaan. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri kesembilan dilaksanakan berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

Proses menua dengan sihat

 PENUAAN tidak boleh dicegah, namun boleh dilambatkan dengan menjalani gaya hidup sihat

PENUAAN tidak boleh dicegah, namun boleh dilambatkan dengan menjalani gaya hidup sihat

Penuaan adalah proses berterusan yang perlu dilalui setiap individu seiring dengan peningkatan usia.

Kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa semakin meningkat umur seorang wanita, dia lebih tidak selesa terhadap diri sendiri.

Unik dan kompak

 ROCKS-e untuk mobilti remaja.

ROCKS-e untuk mobilti remaja.

SEMEMANGNYA kehidupan mobiliti di bandar raya kosmopolitan memerlukan kepantasan dan pada masa sama, lancar untuk mencelah dalam kesibukan.

Henti segera aktiviti khurafat di Gunung Jerai

Foto daripada Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim.

YAN: Segala aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai perlu dihentikan segera memandangkan ia satu perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Apabila Islam itu dihurai secara mistik

ISLAM perlu dilihat sebagai sebuah agama yang boleh diterima akal, untuk diterima oleh masyarakat awam. Islam bukanlah agama yang hanya dianuti oleh para wali atau ahli makrifat. Islam juga adalah sebuah sistem yang mengurus isu ummat, bukannya sebuah kepercayaan yang kabur lagi mistik.

Suka simpan barang lama hingga penuh rumah? Ini tanda SAKIT MENTAL

Orang yang mempunyai masalah hoarding, akan menyimpan timbunan barang yang amat banyak di rumah. (Gambar Hello Health Group)

Hello Health Group

Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.

Nak tahu apa itu hoarding disorder? Jom ikuti artikel kami di bawah!

COVID-19 berkurangan, Indonesia sedia masuk fasa endemik

 Kakitangan perubatan dilihat sedang bertugas di pusat ujian COVID-19 pandu lalu di Jakarta, Indonesia. - Foto AFP

Kakitangan perubatan dilihat sedang bertugas di pusat ujian COVID-19 pandu lalu di Jakarta, Indonesia. - Foto AFP

JAKARTA: Indonesia kini bersedia untuk fasa perubahan COVID-19 daripada pandemik ke endemik, selepas berjaya mengawal penularan gelombang kedua wabak itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata COVID-19 tidak akan hilang begitu saja dalam tempoh terdekat.

Individu masuk Sabah untuk urusan rasmi, lengkap vaksin tak perlu kuarantin

 MASIDI. FOTO Arkib NSTP

MASIDI. FOTO Arkib NSTP

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri membenarkan individu yang masuk ke Sabah dari negeri lain untuk urusan rasmi tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan kuarantin apabila tiba di negeri ini.

PERHILITAN tangkap pindah tujuh gajah liar

 PERHILITAN Kelantan menangkap tujuh gajah liar susulan aduan penduduk di Kampung Lawar, Jeli. - Foto ihsan PERHILITAN

PERHILITAN Kelantan menangkap tujuh gajah liar susulan aduan penduduk di Kampung Lawar, Jeli. - Foto ihsan PERHILITAN

JELI: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan menangkap tujuh gajah liar di kawasan kebun di Kampung Lawar, di sini dalam operasi yang dijalankan selama empat hari bermula 7 September lalu.

Kerajaan, PH muktamad MoU landskap politik baharu

 Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju muktamadkan sebuah memorandum persefahaman yang akan dimeterai di Parlimen esok. - Foto hiasan NSTP

Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju muktamadkan sebuah memorandum persefahaman yang akan dimeterai di Parlimen esok. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'.

Tanam pokok di kediaman, tangani ancaman perubahan iklim

 Antara pokok yang terdapat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

Antara pokok yang terdapat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Masyarakat digalak untuk mengambil inisiatif menanam pokok di kediaman masing-masing kerana ia adalah strategi paling berkesan bagi mengurangkan kesan perubahan iklim, selain dapat mewujudkan persekitaran yang lebih hijau dan cantik.