09 Disember 2019

Umrah DIY ...Perkongsian Pengalaman Pertama


Alhamdulillah sekitar jam 11.00 pagi waktu tempatan saya dan isteri selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah. Penerbangan selama 9 jam tampa henti dari klia2 memberi pengalaman baru kepada kami berdua untuk menunaikan Umrah DIY iaitu bukan melalui syarikat agensi Umrah.