Petaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpindah dan tidak menyangka akhirnya dia menemui ajal di sini,” kata Azman Iskandar, 47, rakan kepada Zainal Abidin, 59, yang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terjatuh daripada pokok kelapa berketinggian 3.6 meter.
Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, mangsa, yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh penduduk, namun dia gagal diselamatkan selepas tiga hari bertarung nyawa dan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.