10 Disember 2013

Pemohon pasport tak perlu bawa foto

6 Safar 1435H. [MOD] -
PUTRAJAYA: Mulai 1 Mac depan, warga Malaysia yang memohon pasport baru, penggantian pasport atau penyambungan pasport gantian tidak perlu membawa foto untuk dilekatkan di borang permohonan mereka.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemohon hanya perlu datang ke pejabat imigresen untuk mengambil gambar mereka. 

Banjir: Pemuda DAP Selangor hantar bantuan ke Pahang

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pemuda DAP Selangor menghantar bantuan barangan keperluan kepada mangsa banjir di Mentakab, Pahang semalam.


Ketua Pemuda DAP Selangor, Chua Yew Choong berkata, Pemuda DAP Selangor memutuskan untuk menghantar bantuan itu memandangkan keadaan banjir kali ini amat serius.

2014: Gandingan Ustaz Azhar-Shiro, Ustaz Haslin-Sepahtu

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ustaz Azhar Idrus-Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim-Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.


Dua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti, lapor Selangor Kini.

Siling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7

6 Safar 1435H. [MOD] -
Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

Samad Said terima anugerah NGO pendidikan Cina

6 Safar 1435H. [MOD] -
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dipilih sebagai penerima Anugerah Semangat Lim Lian Geok, anugerah berprestij dalam bidang pendidikan Cina kali ke-26 yang akan disampaikan pada 15 Disember ini di Kuala Lumpur.

Anugerah yang dinamakan sempena tokoh pendidikan Cina terkenal sebelum kemerdekaan itu (kanan) jarang-jarang diberikan kepada orang Melayu.

Lebih 100,000 sertai himpunan antikerajaan, p’raya Thai 2 Feb

6 Safar 1435H. [MOD] -
BANGKOK:  Lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan antikerajaan di sekeliling Parlimen di sini semalam meskipun berlangsung lebih sejam sebelum ia bersidang dan Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat. 

                       
Turut diumum Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan membubarkan Parlimen dan pilihan raya akan diadakan pada 2 Feb.

Arak faktor penyumbang rusuhan di Singapura

6 Safar 1435H. [MOD] -
SINGAPURA:  Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengarahkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri supaya menubuhkan Jawatankuasa Siasatan (COI) berhubung insiden rusuhan di kawasan Little India di sini pada Ahad malam.

                       
Beliau berkata COI akan melihat kepada faktor-faktor yang mencetuskan rusuhan itu serta menyemak semula langkah-langkah semasa untuk mengurus kawasan-kawasan yang menjadi kunjungan pekerja asing untuk berkumpul.

Banjir: Johor, Kelantan makin pulih, T’ganu tidak berubah

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Keadaan banjir di Johor dan Kelantan bertambah baik pagi ini, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan, namun keadaan di Terengganu tidak berubah.

               
Jumlah mangsa banjir di TERENGGANU kekal 14,609 orang daripada 3,195 keluarga dengan Kemaman mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 13,336 daripada 2,852 keluarga, diikuti Dungun sebanyak 1,251 orang (235 keluarga) dan Marang 28 orang (lapan keluarga).

5 polis bantuan Malaysia cedera dalam rusuhan di Singapura

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:  Lima anggota polis bantuan warga Malaysia yang memiliki status penduduk tetap di Singapura, cedera ringan semasa membantu polis Singapura menangani rusuhan yang berlaku di Little India, Singapura pada Ahad.

               
Kementerian Luar dalam kenyataan di sini hari ini berkata perkara itu dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Polis Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

Banjir: Laluan Paka-Kertih ditutup

6 Safar 1435H. [MOD] -
KEMAMAN:  Laluan utama dari Paka ke Kertih di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.

               
Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.

Syiah: Mohamad Sabu tunggu pendedahan Zahid

6 Safar 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tidak gentar dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti secara terperinci mengenai pemimpin PAS yang terlibat dalam fahaman Syiah.


Mohamad berkata, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu termasuk ketika pemilihan PAS baru-baru ini.

‘Tentera Merah’ dan musibah bak kembar seiras

6 Safar 1435H. [MOD] -
Dada langit masih suram dengan hujan merembes perlahan memukul atap rumah warga kemaman, Dungun serta daerah lain yang masih diserbu tengkujuh. Banjir yang melanda kali ini telah memunggah puluhan ribu rakyat ke pusat pemindahan banjir. Bak garuda melanggar jajahan, rumah kediaman seperti diterjah tsunami dengan kemusnahan tak terperi, suara tangisan anak-anak yang ketakutan dan kelaparan  bertingkah-tingkah merebut ruang di tempat pemindahan banjir. Langit seperti menumpahkan murkanya pada manusia yang tak henti menuai dosa dan meracik kebejatan noda.


Banjir besar ini seperti ingin mengingatkan kita tentang keberadaan Tuhan yang sering sirna daripada ingatan manusia. Korupsi, mengabaikan solat, melecehkan syariat, penzinaan, penyelewengan seolah-olah sudah tidak mampu dielakkan insan. Banjir menampar manusia yang leka dan menunjal sisi terang akal kita juga bahawa Tuhan hanya menjentik ingatan kita supaya segera bermuhasabah.