27 November 2021

Amaran ribut petir di lapan negeri malam ini

 

GAMBAR HIASAN / FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan buah negeri sehingga 10 malam ini.

Nyawa rakyat lebih penting berbanding periuk nasi politik

 

KUALA LUMPUR: Pihak yang bersetuju supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat diberi peringatan supaya mengutamakan nyawa rakyat berbanding periuk nasi politik masing-masing.

Saringan COVID-19 sekolah rendah setiap Rabu

 Pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan. - Foto hiasan

Pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan.

Isu mandi Safar: Jakim adakan siasatan

 

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini mengadakan siasatan dengan memanggil seorang ustaz terbabit sekiranya perlu, berhubung kuliah agama mengenai mandi Safar yang tular di media sosial sejak semalam.

Royalti minyak antara tiga permohonan Kelantan dipertimbang

 

Foto daripada Facebook Mustapa Mohamed.

TUMPAT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju dengan permohonan Kerajaan Kelantan untuk membincangkan tiga perkara iaitu hal-hal mengenai minyak, pembangunan negeri dan bekalan air.

21 maut, bas rempuh rumah di Mexico

 

Selain 21 orang maut, 30 lagi cedera dalam nahas di perbandaran Joquicingo pada Jumaat. (Gambar Youtube)

MEXICO: Seramai 21 orang maut, manakala 30 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang merempuh sebuah rumah di tengah Mexico, lapor Sputnik memetik akhbar Razon de Mexico.

Sotong goreng RM100: Pemilik restoran diberi masa hingga Isnin lengkap dokumen

 

Gambar resit harga dua ekor sotong goreng RM100 yang tular di media sosial sejak Selasa lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melanjutkan tempoh sehingga Isnin ini untuk pemilik restoran nasi kandar di Pulau Pinang melengkapkan dokumen kerana menjual dua ekor sotong goreng pada harga RM100.

Langkawi mula terima pelancong asing 3 Dis

 

Secara purata, Lembaga Pembangunan Langkawi menyasarkan 150 pelancong asing akan memasuki pulau itu sehari dan menjana pendapatan kira-kira RM24.5 juta.

PETALING JAYA: Langkawi bakal menerima ketibaan pelancong asing bermula 3 Dis ini menerusi penerbangan terus pertama dari Singapura, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Kelantan minta penjelasan mansuh bayaran tunai royalti

 

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan meminta penjelasan Menteri Kewangan berhubung pemansuhan bayaran tunai royalti kepada negeri ini.

Kos haji dijangka meningkat sehingga 50 peratus

 


KOTA BHARU: Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat kepada lebih RM30,000, peningkatan sehingga 50 peratus berbanding sebelum ini RM23,000.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata peningkatan itu disebabkan Cukai Nilai Tambah (VAT) diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.

Pil Molnupiravir terbukti berkesan rawat COVID-19 - FDA

 Pil Molnupiravir - FOTO AFP

Pil Molnupiravir - FOTO AFP

WASHINGTON: Pil anti COVID-19 yang dibangunkan Merck, terbukti berkesan merawat penyakit berkenaan, menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) dalam satu laporan awal yang ditunggu-tunggu, semalam.

Pengayuh beca diberi insentif RM1,200 setahun

 

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
 Kerajaan negeri akan memberi nafas baru kepada golongan pengayuh beca memandangkan pengangkutan tradisional tersebut menjadi salah satu tarikan pelancong.

Exco Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pihaknya melalui Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC) melaksanakan pelbagai usaha ke arah itu.

Isu judi, arak tak perlu jadi modal politik – Kumaren

 

Oleh: SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Keputusan kerajaan negeri tidak lagi mengeluarkan lesen premis judi dan menghadkan penjualan arak di Kedah tidak perlu dijadikan modal politik bagi menghangatkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan bukan Islam.

PAS akan bertanding pada PRN Sarawak

 

KUALA LUMPUR: PAS membuat keputusan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 dan akan memutuskan jumlah kerusi setelah berunding bersama PAS Sarawak.

Kelakuan Ahli Parlimen bazir masa kena tegur

 

Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN

KUALA LUMPUR: Bagus atau penting macam mana sekali pun soalan, namun jika soalan Ahli Parlimen berada pada kedudukan ke-20 dalam Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, jangan haraplah soalan itu dapat ditanya.

Varian baharu COVID-19: Harga minyak menjunam lebih 10 peratus

 Gambar fail. - AFP

Gambar fail. - AFP

LONDON: Harga minyak dunia merosot lebih 10 peratus semalam susulan kebimbangan penurunan permintaan selepas kemunculan varian baharu COVID-19.

Pada lewat petang perdagangan London, minyak mentah WTI New York jatuh 11.3 peratus kepada AS$69.53 setong, manakala penanda aras Eropah, minyak mentah Brent susut 10.2 peratus kepada AS$73.81.

Data impak varian baharu dijangka dalam 2 minggu

 BioNTech sedang mengkaji sejauh mana vaksin coronavirus yang dibangunkannya dengan Pfizer melindungi daripada varian B.1.1.529 baharu yang dikesan di Afrika Selatan. - Foto AFP

BioNTech sedang mengkaji sejauh mana vaksin coronavirus yang dibangunkannya dengan Pfizer melindungi daripada varian B.1.1.529 baharu yang dikesan di Afrika Selatan. - Foto AFP

FRANKFURT: BioNTech Jerman hari ini berkata, ia sedang mengkaji sejauh mana vaksin coronavirus yang dibangunkannya dengan Pfizer melindungi daripada varian B.1.1.529 baharu yang dikesan di Afrika Selatan.

Varian baharu, WHO beri amaran laksana sekatan perjalanan

 Jurucakap WHO, Christian Lindmeier. - Foto AGENSI

Jurucakap WHO, Christian Lindmeier. - Foto AGENSI

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi amaran terhadap pelaksanaan sekatan perjalanan berikutan penemuan varian B.1.1.529 COVID-19, dengan menyatakan ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk memahami implikasi daripada strain baharu itu.

Patuhi SOP di sekolah, siap sedia beralih ke fasa endemik

 Foto hiasan.

Foto hiasan.

Oleh Dr Mazarul Hasan Mohamad Hanap

PENGAJARAN dan pembelajaran (PdP) bersemuka sudah berlangsung di semua negeri beralih kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan sedikit perubahan dilaksanakan, iaitu secara penggiliran dengan murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

3.78 juta kenderaan masih belum perbaharui LKM - JPJ

 Anggota JPJ pada operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan. - Foto NSTP/Owee Ah Chun

Anggota JPJ pada operasi bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan. - Foto NSTP/Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3.78 juta kenderaan di seluruh negara dikesan tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) hingga 16 November lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, berkata pemilik LKM diberi tempoh hingga 31 Disember ini untuk memperbaharuinya.