Ribuan janji manis sedang bermain dimulut pimpinan BN di Kelantan, dari orang no 1 sehinggalah kepada pengerusi BN negeri Kelantan. Annuar Musa dipetik sebagai berkata Imam-imam masjid di seluruh negeri ini, akan mendapat ganjaran lebih RM1,000 sebulan melalui program memperkasakan institusi ibadat dan agama itu sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa.
Dia berkata, dengan tanggungjawab besar mereka mengimarahkan masjid, meninggikan syiar Islam dan membangunkan masyarakat, mereka selayaknya mendapat ganjaran tinggi.‘‘Buat masa ini, mereka mendapat ganjaran RM250 melalui kerajaan negeri dan RM400 daripada Pusat dan dengan pendapatan keseluruhan RM650 sebulan bagi tugas mereka sepenuh masa ini, ia lebih rendah daripada pembantu pejabat,” ujarnya.
Demikianlah gula-gula yang sedang ditaburkan oleh pemimpin BN, sehingga memperlekehkan apa yang ada sekarang. Sedangkan realiti yang ada pendapatan Imam di Kelantan lebih tinggi dari yang didakwa Annuar.