23 September 2021

Pas tetap bantah cabutan judi 22 kali

 

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN

PETALING JAYA: Dewan Pemuda Pas menegaskan bantahan terhadap pelaksanaan cabutan khas judi yang ditingkatkan daripada lapan kali setahun pada tahun lepas kepada kepada 22 kali setahun bermula tahun ini.

Jemaah belum vaksin, bukan warganegara, musafir dibenar solat di masjid dan surau di Pahang, kata Exco

 

Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Pahang membenarkan golongan belum divaksin, bukan warganegara menunaikan solat di masjid dan surau susulan negeri itu kini beralih ke Fasa 3 PPN.

KUANTAN: Kerajaan Pahang memberi kebenaran kepada jemaah belum divaksin, bukan warganegara dan musafir menunaikan solat dan berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri.

81 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi

 


KUALA LUMPUR: Pemberian vaksinasi lengkap COVID-19 bagi populasi dewasa di negara ini sudah mencapai kadar 81 peratus setakat semalam, manakala golongan usia itu yang menerima sekurang-kurangnya satu dos pelalian berkenaan mencecah 93.3 peratus.

PARLIMEN: Malaysia bangunkan pusat penyelidikan vaksin

 Malaysia sedang mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk COVID-19 serta mengumpul pakar bersasar bagi langkah kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit lain. - Foto hiasan

Malaysia sedang mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk COVID-19 serta mengumpul pakar bersasar bagi langkah kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit lain. - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk COVID-19 serta mengumpul pakar bersasar bagi langkah kesiapsiagaan menghadapi penyakit berjangkit lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebagai contoh vaksin untuk kolera sudah memasuki fasa ujian klinikal.

PARLIMEN: Rentas negeri tak cetus lonjakan kes COVID-19

 Kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan kes COVID-19. -  Foto fail NSTP

Kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan kes COVID-19. - Foto fail NSTP


KUALA LUMPUR: Kebenaran pergerakan rentas negeri sekiranya liputan imunisasi mencapai 90 peratus dijangka tidak mengundang gelombang peningkatan kes COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, sebaliknya berkata sebarang lonjakan kes penularan jangkitan dalam kalangan masyarakat berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan.

Guru KAFA nikmati cuti bersalin berelaun mulai Januari ini

 

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) akan menikmati kemudahan cuti bersalin berelaun mulai 1 Januari 2022.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata kerajaan komited untuk membela kebajikan guru Kafa.

Provokasi menghina PAT, berbaur politik dan perkauman

KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP, Dr Ramasamy Palanisamy telah bersikap menghina dan bermain perkauman sempit ketika menyanggah kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

 Presiden Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT), Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata, provokasi itu berbaur politik murahan dan mencerminkan nilai patriotik telah luput dari minda Ramasamy.

Hubungan Arab Saudi-Malaysia terus utuh

 

KUALA LUMPUR: Hubungan Arab Saudi dan Malaysia kekal utuh dan terus berkembang dengan menyediakan ruang lebih luas untuk kerjasama dalam pelbagai bidang.

Sempena Hari Kebangsaan ke-91 Arab Saudi pada 23 September, Jabatan Hal Ehwal Media Kedutaan Arab Saudi di Malaysia menerusi satu artikel memaklumkan hubungan kedua-dua negara terbina hasil lipatan sejarah agama dan budaya yang sama.

Covid: Kes baharu turun lagi kepada 13,754 hari ini

 

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 di seluruh negara setakat 12 tengah hari ini terus menunjukkan penurunan dengan 13,754 kes berbanding 14,990 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di platform media sosialnya berkata dengan angka terbaharu itu, jumlah kumulatif kes di negara kini 2,156,678 kes.

Agensi umrah sedia bawa jemaah

 GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Agensi pengurusan umrah sudah bersiap sedia dengan polisi termasuk prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam mengendalikan jemaah untuk menunaikan ibadah itu.

Lebih RM100 juta belanja bantuan bakul makanan sejak tahun lepas

 

Zailah berkata program pemberian bekalan barangan asas keperluan diagihkan dan disampaikan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM106.8 juta bagi program bantuan bakul makanan sejak Mac 2020 hingga Julai 2021, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Lebih 18 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

 

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19.

KUALA LUMPUR: Seramai 18,964,474 individu atau 81% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Itali akan sumbang 30 juta lagi vaksin Covid-19 kepada negara miskin

 

Perdana Menteri Itali Mario Draghi berkata negaranya bersedia menyumbangkan 30 juta lagi dos tambahan Covid-19 pada akhir tahun ini kepada negara berpendapatan rendah. (Gambar AP)

ROM: Itali akan menyumbang 30 juta dos vaksin Covid-19 kepada negara berpendapatan rendah, selain 15 juta dos yang diumum Mei lalu, kata Perdana Menteri Mario Draghi pada Rabu.

Hujan lebat, angin kencang sebabkan pokok tumbang

 Foto hiasan

Foto hiasan

IPOH: Hujan lebat dan angin kencang yang melanda lewat petang hingga malam semalam menyebabkan kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan di Perak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pokok tumbang di beberapa lokasi di Ipoh, Kampar, Seri Manjung, Pantai Remis dan Teluk Intan pada kira-kira 6.30 petang hingga 11 malam.