21 Mac 2009

Renungan Berkeluarga

Email : mohd naim mohd zain

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

MAJLIS PERTEMUAN & TAKLIMAT KHUSUS PENGUNDI

IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN
(IKAPP)

MAJLIS PERTEMUAN & TAKLIMAT KHUSUS PENGUNDI
P059 BUKIT GANTANG BERSAMA

YAB TUAN GURU DATUK HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
YB TUAN GURU DATO SERI HAJI ABDUL HADI AWANG
YAB DATO SERI IR HAJI MUHAMAD NIZAR JAMALUDIN
YHBG AL FADHIL USTAZ HAJI AHMAD AWANG

TEMPAT :
DEWAN DATO HAJI FADHIL MOHD NOOR
PUSAT TARBIYAH TAMAN MELEWAR, GOMBAK

TARIKH :
22 MARCH 2009 (AHAD)

MASA :
3.00 – 6.00 PETANG


Sidang Media Jentera PRK Parlimen Bukit Gantang esok di Markaz Air Kuning

SIDANG MEDIA JENTERA PILIHAN RAYA KACIL PAS
KAWASAN PARLIMEN BUKIT GANTANG

Adalah dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan
pada aklumat seperti berikut :-

Tarikh :
21 Mac 2009 / 24 Rabiulawal 1430
(SABTU)
Masa : 10.30 pagi

Tempat :
Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh,
Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Perak,
Air Kuning, Changkat Jering, Taiping.

Sidang media akan di ketuai oleh Tuan Haji Asmuni Awi,
Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Kecil
Kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Semua wartawan dijemput hadir untuk membuat liputan.
Terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

SAFARIZAL BIN SALEH
Sekretariat Media PAS.
(H/P : 019-223 1424)



ADUN Titi Serong ceramah menggunakan talipon.


Malam tadi saya diminta juga memberikan ucapan secara langsung melalui talipon kepada hadirin .Inilah pengalaman pertama saya berceramah menggunakan talipon. Sebelum ini pada awal kemenangan di Perak dulu, atas kesibukan YAB Menteri Besar yang tidak dapat hadir di Parit Buntar dalam satu ceramah menyebabkan dia juga di minta bercakap dengan cara demikian..

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya terpaksa berada dalam 2 mesyuarat jentera pilihanraya malam tadi dan telah memaklumkan kepada penganjur tidak dapat hadir. namun saya diminta untuk berucap sekitar 5 minit .

Kisah Bilal

Email : Mazura

Suatu malam, jauh sepeninggal Rasulullah, Bilal bin Rabbah, salah seorang sahabat utama, bermimpi dalam tidurnya. Dalam mimpinya itu, Bilal bertemu dengan Rasulullah." Bilal, sudah lama kita berpisah, aku rindu sekali kepadamu," demikian Rasulullah berkata dalam mimpi Bilal."Ya, Rasulullah, aku pun sudah teramat rindu ingin bertemu," kata Bilal masih dalam mimpi-Nya. Setelah itu, mimpi tersebut berakhir begitu saja. Dan Bilal bangun dari tidurnya dengan hati yang gulana. Ia dirundung rindu

Keesokan harinya, ia menceritakan mimpi tersebut pada salah seorang sahabat lainnya. Seperti udara, kisah mimpi Bilal segera memenuhi ruangan kosongn di hampir seluruh penjuru kota Madinah. Hari itu, Madinah benar-benar terbungkus rasa haru. Kenangan semasa Rasulullah masih bersama mereka kembali hadir, seakan baru kemarin saja Rasulullah tiada. Satu persatu dari mereka sibuk sendiri dengan kenangannya bersama manusia mulia itu.

Menjelang senja, penduduk Madinah seolah bersepakat meminta Bilal mengumandangkan adzan Maghrib, padahal Bilal sudah cukup lama tidak menjadi muadzin sejak Rasulullah tiada. Seolah, penduduk Madinah ingin menggenapkan kenangannya hari itu dengan mendengar adzan yang dikumandangkan Bilal. Akhirnya, setelah diminta dengan sedikit memaksa, Bilal pun menerima dan bersedia menjadi muadzin kali itu. Senjapun datang mengantar malam, dan Bilal mengumandangkan adzan. Tatkala, suara Bilal terdengar, seketika, Madinah seolah tercekat oleh berjuta memori. Tak terasa hampir semua penduduk Madinah meneteskan air mata. "Marhaban ya Rasulullah," bisik salah seorang dari mereka.

Sebenarnya, ada sebuah kisah yang membuat Bilal menolak untuk mengumandangkan adzan setelah Rasulullah wafat. Waktu itu, beberapa saat setelah malaikat maut menjemput kekasih Allah, Muhammad, Bilal mengumandangkan adzan. Jenazah Rasulullah, belum dimakam-kan. Satu persatukalimat adzan dikumandangkan sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadarrasululla h." Tangis penduduk Madinah yang mengantar jenazah Rasulullah pecah. Seperti suara guntur yang hendak membelah langit Madinah.

Kemudian setelah, Rasulullah telah dimakamkan, Abu Bakar meminta Bilal untuk adzan. "Adzanlah wahai Bilal," perintah Abu

Bakar. Dan Bilal menjawab perintah itu, "Jika engkau dulu membe-baskan demi kepentinganmu, maka aku akan mengumandangkan adzan. Tapi jika demi Allah kau dulu membebaskan aku, maka biarkan aku menentukan pilihanku". "Hanya demi Allah aku membebaskanmu Bilal," kata Abu Bakar. "Maka biarkan aku memilih pilihanku," pinta Bilal. "Sungguh, aku tak ingin adzan untuk seorang pun sepeninggal Rasulullah," lanjut Bilal.

"Kalau demikian, terserah apa maumu," jawab Abu Bakar.

Bilal bin Rabah, terakhir melaksanakan tugasnya sebagai muadzin saat Umarbin Khattab menjabat sebagai khalifah. Saat itu, Bilal sudah bermukim di Syiria dan Umar mengunjunginya. Saat itu, waktu shalat telah tiba dan Umar meminta Bilal untuk mengumandangkan adzan sebagai tanda panggilan shalat. Bilal pun naik
keatas menara dan bergemalah suaranya.

Semua sahabat Rasulullah, yang ada di sana menangis tak terkecuali. Dan di antara mereka, tangis yang paling kencangn dan keras adalah tangis Umar bin Khattab. Dan itu, menjadi adzan terakhir yang dikumandangan Bilal, hatinya tak kuasa menahan kenangan manis bersama manusia tercinta, nabi akhir zaman.

CERAMAH DSAI DAN MB NIZAR

Oleh : Ahzizul Anuar

Ceramah DSAI dan MB Nizar telah berlangsung pada 19.3.2009 dengan aman damai walaupun lokasi terpaksa ditukarkan di Markas Pas Bukit Cempedak Bukit Gantang. Secara puratanya kehadiran orang ramai adalah melebihi 10 ribu orang.

Majlis telah tamat lebih kurang jam 12 malam dan ketika hendak pulang menuju ke kenderaan masing2 para hadirin telah diberitahu tentang ada kenderaan2 yang telah disaman oleh polis atas kesalahan lalulintas seperti meletak kereta di laluan double line.

Dalam pengumuman itu juga diberitahu jangan marah kepada polis kerana itu sahaja jalannya untuk cari kesalahan setelah mereka gagal menghalang di simpang.

Saya lihat adalah beberapa motor polis di situ dan apabila melihat orang ramai mula pulang mereka pun bergegas meninggalkan tempat ceramah. Ada juga orang ramai di situ mula merungut dengan saman yang dikeluarkan.

Mana tidaknya sepanjang kami pergi ceramah di situ inilah pertama kali perkara sebegini berlaku. Yang hairannya waktu Najib membuat pengumuman di Padang Simpang tentang calon BN tidak ada pula saman dikeluarkan walaupun tempat di situ ada yang meletak kenderaan menyalahi undang2 jalanraya.

Walau bagaimanapun kita ucapkan lah kepada polis sudi mendengar ceramah bersama2 kami di Markas semoga hati kalian akan lebih kenal siapa kawan siapa lawan...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

Kisah teladan : Syarat melakukan maksiat.

Suatu hari seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, 'Wahai Aba Ishak! Saya selalu melakukan maksiat, tolong berikan aku nasihat'.

Ibrahim berkata, 'Jika kamu mau menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka
kamu boleh teruskan melakukan maksiat.'

1. Jika kamu maksiat kepada Allah, jangan makan rezekiNya.''
Lelaki itu seraya berkata, 'Aku mau makan dari mana? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
''Ya,'' tegas Ibrahim bin Adham. ''Kalau kamu sudah memahaminya, masi pantaskah memakan rezekinya, sementara kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya? ''

2. ''Yang kedua,'' kata Ibrahim, ''kalau mau bermaksiat, jangan tinggal dibumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu kaget setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, ''Wahai Abdullah, pikirkanlah, apakah kau layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sementara kamu melanggar segala larangan-Nya? '' ''Ya, Anda benar,'' kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,''Kalau kamu masih mau bermaksiat, carilah tempat
tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!'' Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, ''Wahai Ibrahim, ini nasihat
macam apa? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?'' ''Nah, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih
berkeinginan berlaku maksiat?'' kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

4. Ibrahim melanjutkan, ''Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Mundurkan kematianku dulu. Aku masih mau bertobat dan melakukan amal saleh'.'' Kembali lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersadar, ''Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permohonanku? '' ''Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahwa kamu tidak bisa menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau bisa lari dari murka Allah?'' ''Baiklah, apa syarat yang kelima?''

5. Ibrahim pun menjawab, ''Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak menggiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau mau ikut bersamanya.' ' Perkataan tersebut membuat lelaki itu tersadar. Dia berkata, ''Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. '' Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. ''Mulai saat ini aku bertobat kepada Allah,'' katanya sambil terisak.

Siapa mustafa Kamal Attartuk?

Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama..

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin

Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.

Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.

Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.


Dosa Mustafa Kemal
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16.. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya( susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

16 DALIL KENAPA KITA HARUS TOLAK PAS ?

ASSALAMUALAIKUM YB, TEMPOHARI SAYA ADA MENCERITAKAN TENTANG WUJUD BUKU TERSEBUT SEBAGAI ANTARA KEMPEN UNTUK MEMBURUKKAN PAS DI BUKIT GANTANG. BERSAMA2 INI SUDI SAYA INGIN MEMBACA SEDIKIT ISI KANDUNGAN BUKU TERSEBUT YG TERNYATA ORG YG MELAKUKANNYA TIDAK BERIMAN. DARI ABDULLAH BIN AMRU BIN AL-ASH, KATANYA DIA MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA: ALLAH TIDAK MENGHAPUSKAN ILMU (AGAMA) DGN CARA MENCABUTNYA DARI DADA SELURUH MANUSIA,TETAPI DGN JLN MEWAFATKAN PARA ULAMA. APABILA ULAMA SUDAH HABIS, UMAT MANUSIA MENGANGKAT ORG2 BODOH MENJADI PEMIMPIN MEREKA. LALU MEREKA BERTANYA KEPADA PARA PEMIMPIN YG BODOH. SI PEMIMPIN MEMBERI FATWA TANPA PENGETAHUAN, MENYESATKAN ORG BANYAK,MAKA SESATLAH MEREKA SEMUA...


PENERANGAN BUKU: RASULULLAH SAW MENERANGKAN DLM HADIS DI ATAS ALLAH MENGHAPUSKAN ILMU AGAMA DGN CARA MEWAFATKAN PARA ULAMA. INI BERMAKNA ULAMA DIZAMAN INI MEMANG SANGAT KURANG ATAU MEMANG TIADA LANGSUNG. TETAPI MENURUT PAS MEREKA MEMPUNYAI RAMAI ULAMA DAN INI BERTENTANGAN DGN SABDA NABI TADI KECUALILAH MEMANG BENAR PARTI PAS MENGANGKAT ORG2 BODOH JADI ULAMA MEREKA. PATUTLAH BERMCM2 FATWA YG PELIK, TELAH DAN BOLEH DIKELUARKAN OLEH ULAMA (TOK GURU) PAS..BUKU 16 DALIL KENAPA HARUS TOLAK PAS......SUBAHANALLAH, MASYAALLAH..LAILAHAILLALLAH..KENAPA PENULIS TERSEBUT PANDAI MEMAINKAN HADIS?...ANAK KOMANDO REJIMEN 1..

MEMANSUHKAN PPSMI BUKAN BERERTI MEMANSUHKAN BAHASA INGGERIS

areeve87.wordpress.com
areeve87.blogspot.com

Bahasa Jiwa Bangsa, adakah anda setuju jika saya katakan:

Bahasa Melayu Jiwa Bangsa Melayu, Bahasa Inggeris Jiwa Bangsa Inggeris.....dsb

Saya tidak menafikan kepentingan PPSMI, tetapi mari kita renungkan sejenak beberapa persoalan:

*Andai PPSMI mahu diteruskan dengan alasan "tidak bnyak buku rujukan Sains & Matematik dlm BM", apakah buku2 Sains dan Matematik akan bertambah dengan perlaksanaan PPSMI?

*Atau yg semakin brtmbah adalah buku yg ditulis penulis Melayu di dlm BI? dalam erti kata lain kitalah bangsa yg mengurangkan buku bahasa ibundanya sendiri & menolong bangsa penjajah terus menghasilkan rujukan di dlm BI?

*Dlm erti kata lain juga, kitalah bangsa yg akn tlg menambahkan carta penjualan buku2, surat-khabar2, majalah BI krna ibubapa bangsa Melayu akn membelikan atau mengerah anak2 mrka utk membaca bhn rujukan BI yg amat penting?

*Dlm eri kata lain lagi, maka akan terbunuhlah karya2 penulis2 dlm BM?
Dlm erti kata lain lagi, terkorbanlah industri penulisan BM sepert matinya suratkhabar Jawi?

*Dlm erti kata lain lagi, maka smkin byklah pejuang2 BI berwajah Melayu sepertimana pembaca berita BM tetapi berambut perang?

*Apa salahnya BM yg dipelajari dlm Sains & Matematik selama setengah abad merdeka hingga lahirnya ramai professional2 Melayu dlm kedua2 bidang ini?

*Mereka juga pandai BI. Tahu kenapa? Kerana pengajaran "subjek Bahasa Inggeris" sudah cukup tanpa perlu digunakan dlm S&M.

*Tidak cukupkah selama ini, kita belajar subjek bahasa "Bahasa Inggeris" utk mendalami ilmu mereka?

*Seolah2 hari ini kita ditekankan utk bercakap BI dlm "grammar" yg betul? Perlukah semua ini?Cukup shj rasanya kalau kita faham & boleh berkomunikasi dlm BI bukan?

Satu peringatan yg sy sgt2 mahu tekankan:

Sekalipun PPSMI mahu dimansuhkan, anak bangsa tetap kena belajar subjek BI, mereka tetap faham BI, boleh membaca bahan rujukan BI, bercakap dlm BI, melihat filem BI, menterjemah BI ke BM, dsb.

Namun, di dlm memperkasa BM, industri penterjemahan negara juga wajib diperkasakan, dan inilah tugas Bangsa Melayu kerana ini bahasa jiwa bangsa kita. MUSTAHIL, org barat pula yg nak buat buku dlm BM sebab ini bukan bahasa mrk. Kitalah pemiliknya.

Ingat, "MEMANSUHKAN PPSMI BUKAN BERERTI MEMANSUHKAN BAHASA INGGERIS".

S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau


CALON PKR... Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) ketika memperkenalkan S. Manikumar (tengah) sebagai calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini pada majlis pengumuman di Taman Permai, Sungai Lalang hari ini.-- Foto Bernama


SUNGAI PETANI: Seorang usahawan, S.Manikumar hari ini diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Permai, Sungai Lalang di sini.

Manikumar, 35, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.

Pada sidang akhbar, Anwar berkata pemilihan Manikumar dibuat setelah mendapat persetujuan serta restu daripada bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau V.Arumugam di samping mengambil kira pandangan penduduk.

"Dua hari lepas, Arumugam ada menghubungi saya dan beliau meminta keizinan untuk turut hadir serta berkempen, tapi saya nasihatkan dia supaya tunggu dulu," katanya.Sementara itu, sekumpulan penyokong PKR yang turut berada di tempat pengumuman, membantah keputusan pemilihan Manikumar sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.

Kumpulan tersebut mendakwa, penyokong PKR di Bukit Selambau tidak mengenali Manikumar kerana beliau hanyalah anggota biasa dan tidak aktif dalam parti tersebut selain mahukan calon yang lebih berpengalaman.Difahamkan, sebagai tanda bantahan beberapa bilik gerakan PKR di kawasan DUN Bukit Selambau akan ditutup.

Dalam pada itu, Manikumar ketika ditemui selepas majlis pengumuman itu enggan mengulas lanjut mengenai bantahan tersebut.Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Arumugam daripada PKR pada Februari lepas dan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.Mstar.

Cuti Fairus dilulus atas permintaan Anwar

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, beliau meluluskan permohonan cuti timbalannya, Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dimaklumkan oleh Anwar bahawa Fairus minta untuk bercuti dan atas permintaan Anwar saya luluskan cuti itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lim, yang semalam menafikan desas desus kononnya timbalannya itu telah dipecat, hari ini menegaskan sekali lagi bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.

Beliau yang enggan menjelaskan sebab Mohamad Fairus mengambil cuti secara tibatiba, berkata timbalannya itu dijangka kembali bertugas pada Isnin ini.

"Beliau bercuti sekurang-kurangnya untuk minggu ini.

"Beliau sepatutnya kembali bertugas pada hari Isnin melainkan beliau memohon untuk menyambung cutinya," katanya.

Semalam, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau telah mengarahkan Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri, Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) kawasan Penanti.

Sebaliknya Anwar yang juga Penasihat PKR berkata Fairus telah menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau akan bercuti selama dua hari.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy berkata semua exco kerajaan negeri bersetuju tidak akan membenarkan akhbar New Straits Times membuat liputan acara dan sidang akhbar mereka mulai hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi berkata langkah itu berikutan akhbar berkenaan yang didakwa telah memfitnah kerajaan negeri dalam laporan beritanya baru-baru ini.

Akhbar itu juga sebelum ini turut dilarang membuat liputan sidang akhbar atau majlis yang dihadiri Ketua Menteri sebagai tindak balas terhadap artikelnya yang didakwa 'berbaur fitnah dan tidak benar'.Mstar.

Dilucut hak bertanding: Rayuan Ali Rustam ditolak, muktamad

KUALA LUMPUR: Keputusan melucutkan hak Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno muktamad hari ini ekoran langkah Lembaga Rayuan menolak rayuan beliau.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara.

Keputusan itu dibuat dua hari selepas rayuan diterima daripada Ketua Menteri Melaka tersebut.

"Sekiranya Panel Rayuan menerima rayuan Mohd Ali, maka beliau boleh bertanding dalam pemilihan minggu hadapan, tetapi setelah dipertimbang dengan teliti, rayuan Mohd Ali telah ditolak," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Rayuan Umno, di sini semalam.

Lembaga Rayuan terdiri daripada lima ahli panel.

Jelas Mohd Zuki, rayuan yang dibuat oleh Mohd Ali adalah hanya terhadap hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin.

"Rayuan ini ini dipercepatkan untuk kepentingan Mohd Ali," katanya.

Ditanya sama ada Mohd Ali boleh mengemukakan rayuan kedua selepas rayuan ini ditolak, beliau berkata, keputusan tersebut adalah muktamad.

"Tak ada lagi dah... itulah yang kita putuskan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang.

Dengan keputusan itu, persaingan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden yang sebelum ini melibatkan tiga penjuru kini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.Mstar.

Risalah provokasi dan fitnah dari pihak yang tidak bertanggung jawab

Inilah gambar yang telah diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang saya anggap sebagai provokasi dan fitnah yang sengaja ditujukan kepada pihak PAS khususnya dalam krisis kemelut perlembagaan di Perak.

Risalah ini telah diedarkan mulai dari hari ini dan setengahnya diletakkan dikebanyakan mesjid sekitar Parlimen Bukit Gantang. Kemuliaan hari jumaat pada hari ini telah tercemar dengan tindakan biadap pihak yang bertindak bacul ini.

Sesampainya saya di Markaz Tarbiyah Ayer Kuning saya terus ditunjukkan risalah ini dan dengan segera saya menalipon Pengarah Jentera Pilihanraya, Hj. Asmuni Awi untuk tindakan segera melakukan laporan polis menafi dan meminta pihak keselamatan menyiasat siapakah yang berani mencetak dan mengedarkan risalah "jahat" itu.

Pada jam 5.30 petang saya siap memberikan laporan di Balai Pilis Changkat Jering dan pada jam 8.30 malam sekali lagi saya ke IPD Taiping memberi keterangan kepada pihak polis.


Bergambar dihadapan balai polis sebelum membuat laporan.


Pihak Parti PAS tidak bertanggung jawab dengan risalah ini.

Laporan Polis risalah fitnah.


BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

Berita dan gambar lain menyusul....

ADUN Titi Serong Buat Laporan Rasuah di SPRM Ipoh


IPOH: ADUN Titi Serong, YB.Drs Khalil Idham LIm telah hadir di Pejabat SPRM Ipoh pada jam 2.30 petang tadi bagi melaporkan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka, Ahli Parlimen Rembau dan pemimpin UMNO yang lain yang didapati bersalah oleh lembaga Displin UMNO pada 17 Mac yang lepas.

Beliau turut ditemani oleh ADUN Buntong, YB.Siva Subramaniam, ADUN Jalong, YB.Leong Mee Meng dan ADUN Menglembu, YB.Lim Pek Har.

Pihak SPRM telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya sedang menunggu laporan dari lembaga displin UMNO sebelum siasatan boleh dibuat, persoalan saya "Adakah kenyataan akhbar dari pengerusinya, Tan Sri Ahmad Rithauddin mengenai kesalahan dan mereka yang terlibat bukankan satu laporan dari lembaga displin" tanya YB.Khalil.

Drs. Khalil juga menegaskan sepatutnya SPRM terus menyerbu semua mereka yang terlibat bila ada kenyataan dari lembaga Displin.

Selain itu katanya, istilah politik wang yang digunakan adalah mengelirukan, sedangkan ia adalah jenayah rasuah." Saya mempersoalkan kenapa SPRM lambat bertindak dalam masalah ini atau pemimpin UMNO walaupun sudah bersalah oleh Lembaga Dispin Parti namun tidak bersalah dari sudut undang-undang" katanya.


ADUN TITI SERONG Lapor Jenayah Rasuah Pimpinan UMNO kepada SPRM jam 2.30 petang ini

IPOH: ADUN Titi Serong, YB. Drs Khalil Idham Lim akan membuat laporan kepada SPRM tentang jenayah rasuah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO.

Beliau dijangkaakan diiringi oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat serta penyokong yang lain.

Ceramah DS NIZAR dan DS ANWAR mencatat kehadiran teramai

Bukit Gantang: Ceramah Umum yang dihalang dari dilakukan di tempat asal di Simpang telah berjaya diadakan di Markaz PAS Bukit Cempedak malam tadi.

Kehadiran setakat ini adalah yang teramai, demikian dijelaskan oleh Pengarah Jentera Pemuda, Hj.Mustafa Wahab ketika dihubungi pagi tadi.

Cadangan Zaid minta Agong tidak lantik Najib PM berniat jahat - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Cadangan meminta Yang di-Pertuan Agong tidak melantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru, adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata cadangan berkenaan jelas mahu menimbulkan kegelisahan di kalangan anggota Umno khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Muhyiddin mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta Yang diPertuan Agong melantik Perdana Menteri baru dari kalangan anggota Parlimen yang boleh diterima rakyat.

Berucap pada satu majlis semalam, Zaid berpendapat pelantikan bakal Presiden Umno, Najib sebagai Perdana Menteri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Muhyiddin berkata kenyataan Zaid itu langsung tidak menyumbang untuk menyatupadukan rakyat negara ini dan jelas mencerminkan sikap sebenar Zaid yang "menangguk di air keruh" dan "gunting dalam lipatan".

"Saya juga dengan sekeraskerasnya menafikan dakwaan Zaid kononnya pemilihan Perdana Menteri menjadi begitu genting sekarang ini. Proses peralihan kepimpinan Umno berjalan begitu lancar dan terbukti Najib telah mendapat kepercayaan besar bahagian Umno seluruh negara sebagai Presiden Umno yang baru," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin berkata sudah termaktub dengan nyata dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah artikel 43(2)(a) bahawa Yang diPertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan itu, sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai jemaah menteri.

"Dalam hubungan ini, Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mempunyai jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat di mana Umno sendiri mempunyai bilangan kerusi tertinggi di kalangan parti komponen BN," katanya.

Beliau berkata pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri akan dapat menyatupadukan rakyat negara ini yang sedang berhadapan kesukaran disebabkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab seperti Zaid.

"Sehubungan itu saya ingin menasihati orang ramai dan anggota Umno agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah Zaid yang terangterang berniat jahat, tidak bertanggungjawab dan meletakkan kepentingan dirinya mengatasi kepentingan negara," katanya.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kenyataan Zaid itu tiada kewarasan kerana sudah menjadi amalan bahawa sesiapa yang dipilih menjadi Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri dan proses peralihan kuasa antara Najib iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap akan berjalan lancar.

Mohd Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata apa yang penting adalah kerajaan perlu terus fokus dalam pentadbiran dan pengurusan di samping memberi khidmat kepada rakyat.

"Itu pandangan dia (Zaid), dia mempunyai hak. Saya yakin permuafakatan yang ada antara perdana menteri dan timbalan perdana menteri akan berjalan lancar. Jangan dengar apa yang berlaku di luar, apa yang penting adalah memastikan supaya negara dapat ditadbir dengan baik agar terlepas dari belenggu krisis ekonomi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2009 di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Terdahulu ketika berucap, Mohd Shafie berkata jualan yang direkodkan sehingga semalam ketika promosi kraf Malaysia di Harrods, London sejak 25 Feb lepas adalah sebanyak RM631,000 dan produk yang terlaris adalah batik.

Beliau menjangkakan negara akan memperolehi keuntungan sebanyak RM1 juta daripada hasil jualan kraf di gedung terkemuka itu sebaik promosi berakhir pada 28 Mac ini.Mstar