06 Ogos 2010

SIDANG DUN PERAK- ZAMRY BACUL. VIDEO 3 OGOS 2010

http://anaksengat.blogspot.com/2010/08/sidang-dun-perak-zamry-bacul-video-3.html

Air tercemar : Kualiti air menjadi tanda tanya?

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Wirawan Islam

Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Tapah melahirkan rasa bimbang akan tahap kualiti air yang di bekalkan oleh Lembaga Air Perak (LAP) kepada penduduk sekitar Tapah, Bidor dan sebahagian dari kawasan Sungkai, Teluk Intan dan Bagan Datoh.

Walaupun pencemaran minyak diesel akibat dari tumpahan minyak dari lori pengangkut minyak dapat di kawal namun air yang diterima penduduk masih berbau diesel dengan agak kuat.

DPPK Tapah amat kesal dengan sikap seolah-olah lepas tangan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan masalah pencemaran ini apabila masih tiada notis rasmi memaklumkan tahap keselamatan penggunaan air yang telah tercemar oleh tumpahan minyak diesel khasnya bagi tujuan memasak makanan dan minuman.

DPPK Tapah juga tertanya-tanya adakah air yang kembali di bekalkan kini kepada semua penduduk yang terlibat selamat di gunakan untuk kegunaan penduduk seharian? Perkara ini masih menjadi tanda tanya kerana setakat kenyataan ini di tulis belum ada lagi notis atau peringatan rasmi oleh pihak LAP, Jabatan Kesihatan mahupun daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bagi memaklumkan kualiti air yang telah di bekalkan kepada penduduk terlibat bermula daripada 3 Ogos yang lepas setelah 2 hari pemotongan air bekalan di lakukan sebelum itu.

DPPK Tapah amat bimbang akan kesan buruk yang boleh berlaku kepada kesihatan penduduk setempat yang kami percaya akibat daripada pencemaran air ini.

Hasil daripada pemerhatian kami mendapati pesakit akan mengalami simptom seperti muntah-muntah, sakit tekak, cirit-birit, sakit perut dan lain-lain simptom yang biasa berlaku akibat daripada pencemaran air dan golongan kanak-kanak adalah yang paling ramai menghidapinya.

Justeru kami amat berharap agar tindakan sewajarnya perlu di ambil dengan kadar segera kerana ini melibatkan kesihatan dan nyawa penduduk.

Datuk Dr.Mah Hang Soon selaku exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio kesihatan dan alam sekitar perlu lebih proaktif dalam mencari alternatif penyelesaian kepada masalah ini serta mengambil berat masalah penduduk terlibat yang kesihatan mereka yang kini mungkin di ancam bahaya.

Jangan sekadar mengambil sikap tunggu dan lihat serta melepaskan tanggungjawab ini kepada pihak yang lain.

Walaupun begitu DPPK Tapah ingin merakamkan setinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada setiap usaha siang dan malam yang di jalankan oleh pihak LAP dan agensi yang berkaitan dalam menguruskan masalah tersebut buat masa ini. Jasa dan usaha kalian amat kami hargai.

DPPK Tapah sekali lagi ingin mengingatkan pihak yang bertanggungjawab akan perlunya notis peringatan bagi memaklumkan perkembangan terkini kualiti air dari semasa ke semasa kepada semua penduduk yang terlibat.

Bekalan air bersih yang bebas pencemaran perlu sentiasa di bekalkan setiap masa dengan meningkatkan jumlah pengagihan bekalan air menggunakan lori tangki ke setiap pelusuk kampung, taman perumahan, restoran, kedai makan, sekolah dan semua tempat yang terlibat bagi tujuan memasak makanan dan minuman sehingga kualiti air kembali di sahkan bersih dan selamat untuk di gunakan.

DPPK Tapah berdoa semoga krisis pencemaran air ini dapat segera di atasi dan penduduk sekitar dapat kembali menikmati kehidupan yang berkualiti seperti sediakala.

RAMADHAN BULAN MENGEKANG NAFSU, MENGGERAKKAN JIHAD : PESURUHJAYA PAS PERAK

24 Syaaban 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

Kedatangan bulan Ramadhan pada setiap tahun merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Digelar sebagai madrasah tarbiyah buat umat Islam, ia merupakan ganjaran hebat dan terbesar sepanjang tahun yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang wajib disyukuri pemberiannya oleh Allah SWT kepada kita semua, dengan merebut segenap ruang dan peluang untuk berbuat pahala.

Menurut beliau lagi, bulan Ramadhan memahatkan seribu satu nostalgia kemenangan umat Islam di zaman dahulu yang kini menjadi motivasi buat mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Berdasarkan ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” – al Baqarah: 183

Ayat di atas merupakan perintah Allah SWT yang meminta seluruh umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan supaya di akhirnya, menatijahkan kita supaya bertaqwa kepadaNya.

Dalam hal ini, Ustaz Abu Bakar mengatakan, latihan ataupun tarbiyah di dalam bulan Ramadhan harus dijalani dengan penuh makna kerana bagi setiap mereka yang berada dalam gerakan Islam, adalah perlu untuk mereka mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya perjalanan untuk membawa mad’u tidak tersasar dari landasan dakwah Islamiyah.

“Saya meminta agar seluruh pejuang PAS di negeri Perak khususnya, untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan,” gesa beliau. Menambah mengenai hal ini, beliau mengatakan di antara amalan yang perlu diperbanyakkan ialah membaca al-Quran, memperbanyakkan solat sunat dan mengerjakan qiamullail di samping menggiatkan gerak kerja pilihanraya dan menjauhi maksiat di sepanjang Ramadhan.

Menceritakan mengenai sirah perjuangan umat Islam, beliau mengatakan, kebanyakan kemenangan besar umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadhan. Beliau menceritakan, di antara kisah yang termasyhur ialah kisah umat Islam di dalam perang Badar yang terjadi pada 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah.

Dengan jumlah tentera Islam yang amat sedikit dan kelengkapan yang amat terhad, mereka berperang di medan Badar berbekalkan ketaqwaan kepada Allah SWT yang akhirnya menerima bantuan daripada Allah SWT.

Beliau juga menceritakan bagaimana kemenangan Salahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan. Di antara pangajaran yang dapat diambil daripada kemenangan umat Islam di zaman dahulu ialah kerana dekatnya mereka dengan Allah SWT.

Tentera-tentera yang ditarbiyah oleh Rasulullah SAW dan Salahuddin al-Ayyubi bukan hanya melahirkan manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT di dalam ibadah bahkan bijak di sudut taktikal dan kental di sudut fizikal.

Tambah beliau lagi, Ramadhan juga merupakan bulan jihad di mana pada bulan ini, umat Islam diasak bukan sahaja dengan nafsu makan, bahkan juga nafsu sekularisme. Melihat kepada keadaan semasa, bagaimana berjayanya pihak musuh Islam menanam sifat sekularisme di dalam rumah dan diri umat Islam.

“Kita melihat bagaimana umat Islam yang berpuasa pada hari ini, berpuasa dalam keadaan tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat. Inilah hasil daripada 50 tahun pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya mengenai keadaan puasa masyarakat Malaysia kini.

Merujuk kepada perkara ini, beliau mengajak kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia untuk bermujahadah bukan sahaja menentang nafsu makan, bahkan juga menentang nafsu sekularisme yang meletakkan Islam dalam keadaan asing.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan, beliau mengingatkan bahawa Ramadhan bukanlah bulan menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, jika diamati, Ramadhan merupakan bulan perkembangan politik Islam.

Ini kerana, Islam mendapatkan kuasa pemerintahan semasa bulan Ramadhan seperti di dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Makkah) dan pembebasan Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi.

Beliau juga menggesa kepada seluruh jentera PAS untuk menggiatkan gerak kerja dan mengambil keberkatan di dalam bulan Ramadhan. “Kita yakin Allah bersama kita dalam setiap gerak kerja kita,” kata beliau mengakhiri sesi perbualan.

Sidang sekadar rubber stamp lulus RM80 juta

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Johari Jaafar

IPOH, 5 Ogos: DAP meminta Kerajaan BN Perak mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minimum persidangan dewan negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan rubber stamp semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.

Demikian ditegaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Remis, Nga Kor Ming (gambar) dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Beliau melahirkan perasaan kesal dengan tindakan kerajaan negeri hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa memberi peluang berbahas yang mencukupi kepada ahli-ahli dewan.

Selasa lalu, BN mengadakan sidang Dewan Negeri cuma satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.

Persidangan tersebut juga menyaksikan Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diusir keluar dari dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat.

Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang ahli dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan dewan sebagai tanda protes.

Nga Kor Ming, yang juga merupakan Setiausaha DAP Negeri Perak berkata, adalah tidak masuk akal bahawa persidangan dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja.

Beliau mengutuk keputusan Menteri Besar BN, Datuk Seri Dr Zamry Abd Kadir yang enggan bersidang empat hari seperti mana yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua ahli dewan diberi peluang untuk berucap.

“Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Menurutnya lagi, adalah tidak munasabah apabila selaku Ketua Pembangakang Dewan Negeri, Datuk Seri Nizar hanya diberi masa 15 minit oleh Datuk G Ganesan untuk berucap dalam membahas rang undang-undang yang melibatkan wang RM80 juta.

Semua ahli dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit di mana amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem demokrasi berparlimen, tegasnya.

“Parlimen mengambil masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi sidang Dun Perak cuma satu hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia.

“Sepanjang masa persidangan, microphone Aun Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan seperti akuarium, seluruh dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini dewan negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa,” katanya lagi.

Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupnya untuk berhujah.

Sebagai contoh, katanya Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.

Beliau juga menegur tindakan kerajaan negeri membenarkan pihak kurang bertanggungjawab menggantungkan sepanduk mengecam pembangkang dengan perkataan kejam di perkarangan bangunan kerajaan negeri.

Tindakan sedemikian menunjukkan penyokong BN adalah cetek pemikiran dan kurang matang, katanya.

Demi membela hak bersuara dan memastikan dewan perundangan berfungsi secara sihat, beliau menggesa supaya semua kerajaan negeri mencontohi Dewan Rakyat, menetapkan had minimum waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan negeri.

Harakahdaily/-

TIBA-TIBA NOH OMAR ANTI MAKSIAT DI BULAN RAMADHAN?

24 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

TIBA-TIBA pula Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar begitu prihatin dengan bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti. Jika anda membaca kenyataan Noh Omar di sini, pastinya anda akan merasa bahawa inilah dia pemimpin Umno yang patutnya menjadi Presiden Umno dan juga PM kita.

Mengapa saya berkata demikian? Benar, andainya Noh Omar dipilih sebagai Presiden Umno dan menjawat jawatan PM Malaysia, sudah pasti seluruh negara kita akan `bercahaya' dengan Syiar Islam.

Ini adalah kerana Umno, parti tunjang kerajaan sekarang yang pemimpinnya dan majoriti ahlinya terdiri dari orang Melayu berugama Islam, maka tiada masalah buat Umno untuk menutup semua Pusat Hiburan dan tempat perjudian di Bulan Ramadhan. Malangnya, Noh Omar bukan Presiden dan bukan PM, beliau hanya `burung belatuk' peliharaan sahaja.

Oleh kerana Umno yang menjadi tunjang Kerajaan Pusat gagal untuk menutup semua pusat hiburan dan judi di bulan Ramadhan, maka Noh Omar tuding pula kepada PAS di Selangor.

Noh Omar tidak tahukah siapa tunjang pemerintahan di Selangor? PAS atau PKR? Sekiranya PAS yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor, cabaran Noh Omar itu boleh dikira lojik walaupun masih boleh diperbahaskan.

Semua orang tahu, kecuali seorang dua yang dungu seperti Noh Omar bahawa yang menjadi tunjang pemerintah di Selangor adalah PKR sebuah parti berbilang kaum dan agama, bukannya PAS.

Sungguhpun begitu, PAS sedaya upaya telah banyak melakukan usahanya untuk membersihkan Kerajaan PR Selangor agar lebih hampir kepada kehendak Islam.

Tidak mendapat 100 peratus kehendak PAS ditunaikan, namun jauh lebih baik pembangunan dakwah dan kemajuan Islam di Selangor jika dibandingkan dengan semasa Umno menjadi tunjang pemerintah di Selangor.

Sekarang, Umno parti Melayu Islam tunjang Kerajaan Pusat. Mengapa Noh Omar tidak mahu cadangkan perkara yang serupa kepada Najib? Takut? Alasan apa tidak mahu lakukan, sedangkan Umno tunggak pemerintah tidak seperti PAS di Selangor.

Jika benar mahu melihat PAS lakukan, ayuh..!! Noh Omar tolong tarik semua orang-orang Melayu Islam di dalam Umno menyokong PAS agar PAS dapat menjadi tunggak pemerintah bukan sahaja di Selangor malahan di peringkat pusat.

Pada saya, cadangan Noh Omar itu satu lagi idea bodoh dari `Belatuk' Umno sama seperti hujahnya tentang isu pasir di Selangor. Masih ramaikah lagi orang Melayu Islam Selangor yang masih bodoh seperti `Belatuk' ini?

BENGONG - TUN MAHATHIR PUN TAK FAHAM `1 MALAYSIA' ?

24 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

KITA selama ini ingat rakyat biasa sahaja yang tidak tahu apa bendanya `1 Malaysia' itu. Rupa-rupanya mantan PM Tun Mahathir pun tidak tahu apa kejadahnya `1 Malaysia' yang dihebohkan sangat oleh pentadbiran Najib.

Jika sudah Tun Mahathir yang bijak pandai itu tidak tahu apa itu `1 Malaysia', usah ditanya pada Ketua-Ketua Umno Cawangan beserta semua JKKK di kampung-kampung. Ini diakui sendiri oleh TPM Muhyiddin. Melucukan.

Melucukan bila Tun Mahathir berkata, jika ditanya pada orang Melayu apa itu `1 Malaysia', mereka akan memberi jawapan yang berbeza pula dengan jawapan orang berbangsa Cina dan India. Belum lagi ditanya masyarakat yang menetap di Sabah dan Sarawak. Lagi parah, jawabnya.

Itu bukan sahaja menandakan kegagalan konsep `1 Malaysia', tetapi cukup untuk membuktikan satu kegagalan Najib. Dasar yang sepatutnya lebih difahami terlebih dahulu oleh orang yang cerdik pandai seperti Tun Mahathir, nampaknya begitu membingungkan Tun sendiri. Justeru itu, apa sangatlah mahu diharapkan kepada rakyat biasa.

ULAMAK MUDA MASUK UMNO ITU SEKULAR RUPANYA

24 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

BARU kita tahu kemasukan `Ulamak Muda' ke dalam Umno hanya untuk berdakwah bukan berpolitik. Jelaslah kepada kita `Ulamak' tersebut adalah Ulamak sekular kerana mengasingkan politik dan ugama.

Sewajarnya lah mereka memasuki Umno kerana sememangnya Umno berjiwa sekular. Nasib baik mereka tidak menyertai PAS kerana jika tidak pastinya mereka ini akan menghancurkan PAS dari dalam dengan ajaran sekularnya itu, Baca sini.

Itulah nikmat Allah kepada PAS di mana golongan cerdik pandai agama yang berfikiran sekular tidak akan berselera bersama PAS.

Allah mungkin telah membutakan mata mereka untuk memilih PAS kerana jiwa mereka tertarik dengan sekular. Biarkan saja mereka berdakwah dengan Umno, dan pemimpin Umno pula teruskan mencari kekayaan.

Yakinkah kita dengan usaha `Ulamak' yang mengasingkan politik dengan ugama itu untuk memperbetulkan Umno? Kita lihat nanti di mana kesudahannya.

Lojing jadi jajahan kecil mulai esok

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Nor Yahya

LOJING (Gua Musang), 4 Ogos: Tanah Tinggi Lojing yang terkenal dengan kawasan hawa sederhana sejuk mulai esok akan dikenali sebagai Jajahan Kecil Lojing.

Kawasan ini yang terletak berhampiran Cameron Highlands juga terkenal dengan tanaman sayur-sayuran.

Kini semakin pesat membangun selepas siapnya jalan raya timur barat kedua menghubungkan Simpang Pulai, Perak dengan Gua Musang.

Kawasan berkenaan juga sekarang terdapat Pejabat Tanah dan Jajahan baru, pejabat Jabatan Perhutanan dan beberapa lagi pejabat milik agensi lain.

Kalau sebelum ini untuk sampai ke Lojing perlu melalui Tapah, Perak dan Cameron Highlands, Pahang terlebih dahulu sehingga mengambil masa sehari.

Namun sekarang perjalanannya ke Lojing kira-kira dua jam dari bandar Gua Musang.Esok satu sejarah akan tercatat apabila Lojing akan diisytiharkan sebagai jajahan kecil oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dengan adanya lebih banyak pejabat kerajaan di Lojing, pembangunan tanah di kawasan ini diharap lebih terkawal.

“Kita perlu memastikan hawa sederhana sejuk di sini terus kekal. Kerajaan negeri tidak mahu akibat pembangunan tidak terancang menyebabkan suhunya berubah.

”Saya sukacita dengan perkembangan yang berlaku sekarang apabila Lojing dinaik taraf menjadi jajahan kecil,” katanya ketika ditemui selepas raptai majlis pengisytiharan jajahan kecil Lojing di sini, hari ini.

Sebelum itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco mengadakan mesyuarat mingguan Exco di Pusat Tanaman Kekal, Lojing.

Rombongan Menteri Besar dan Exco serta pegawai kanan kerajaan negeri berada di Lojing sejak petang semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penjagaan alam sekitar cukup penting bagi memastikan cuaca tidak berubah dalam masa panjang.

Difahamkan baru-baru ini kerajaan negeri melantik seorang pegawai tadbir negeri, Nik Ab Rahman Nik Yusof sebagai Ketua Jajahan Kecil Lojing.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik cadangan membenarkan perempuan bawah umur 16 tahun berkahwin tetapi memerlukan pemantauan.

”Islam memang menggalakkan kahwin awal, cuma perlu pemantauan sebagai langkah mengelakkan berlaku krisis rumah tangga dan cerai,” ujarnya.

Kerajaan Melaka semalam dilaporkan memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun perempuan bawah 16 tahun bagi mengelakkan pelajar hamil.

Harakahdaily/-

Umno terus salah guna masjid

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali (gambar) hari ini menyatakan kekesalan di atas sikap double standard Umno menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik murahan mereka.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut kesal dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) yang didakwa turut memperkuda Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menembusi masjid dan surau demi agenda politik mereka.

Beliau merujuk kepada majlis Bicara Pemimpin Besama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah, 2 Ogos lalu.

Berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, Lo' Lo' berkata program tersebut adalah anjuran Jawi bersama Umno bahagian Cheras dan bahagian Titiwangsa.

Namun apa yang dikesalinya, program tersebut langsung dilihat bukan kendalian Jawi namun didominasi Umno dari awal hingga ke akhir.

Jelasnya, Umno mendominasi seawal tazkirah Maghrib yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Cheras Syed Amru, kemudian solat Isyak diimamkan menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ucapan Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Johari Ghani.

"Majlis ini anjuran Jawi, sudah pasti guna dana Jawi, sumbangan dari peruntukan Jawi, tetapi Umno menguasai dari awal hingga akhir.

"Sebagai wakil rakyat, saya kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN yang telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur," katanya kecewa.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Turut serta pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Nor Mohamad.

Selain itu, beliau selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut juga kecewa apabila kehadirannya langsung tidak dipeduli biarpun Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali telah dimaklumkan.

"Saya dimaklumkan oleh ahli kariah, dan terus ke sana. Saya bertanya secara baik kepada Pengarah Jawi, kenapa Umno dilibatkan secara langsung.

"Beliau berkata, tidak mengapa, saya ada bersama... jadi saya kata kalau macam tu, PAS pun nak buat program bersama dengan masjid-masjid...dia kata boleh, buatlah permohonan.

"Mungkin selepas fikir implikasi dari jawapannya dia kata, saya kena fikir dua, tiga kali sebab PAS ni bukan kerajaan," jelasnya menceritakan dialog yang berlaku.

Menurut Lo' Lo', Che Mat sepatutnya sedar bahawa program tersebut diadakan di Titiwangsa yang dimenangi PAS dan juga selaku kerajaan di parlimen itu.

Beliau juga hairan dengan sikap Jawi yang sebelum ini melarang sebarang aktiviti politik dalam masjid, namun kali ini menjemput Umno untuk sama-sama terlibat.

Selain itu, Lo' Lo' menyifatkan Umno Cheras dan Titiwangsa hilang keupayaan dan wajar digelar orang kurang upaya (OKU) kerana terpaksa menempel kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat sebarang program.

Harakahdaily/-

Apa hak Umno nak tentukan kebebasan mahasiswa

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohamad Izzuddin Hilmi

Kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi bahawa sudah tiba masanya kepada kerajaan untuk menimbang kebenaran membenarkan mahasiswa di negara ini terlibat dalam politik dilihat suatu tindakan menongkah arus.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ekoran dari peluang yang diberikan kepada guru-guru yang Gred DG41 hingga DG48 untuk bergiat aktif dalam politik. Hal ini dinyatakan dengan jelas oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan beberapa hari sebelum itu.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Datuk Saifuddin yang juga merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan mempertimbangkan pembabitan mahasiswa dalam politik.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa tidak kita memberikan peluang yang sama untuk mahasiswa berbuat demikian.

Malah wujud juga pandangan dari pihak lain seperti Pergerakan Pemuda Umno agar mahasiswa dan pensyarah di IPT diberi hak yang sama untuk berpolitik.

Namun cadangan tersebut tidak disambut baik oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin. Baginya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) masih relevan.

Beliau yang berpendirian untuk tetap mengekang mahasiswa dari terus terlibat dengan politik menyanggah pendapat beberapa golongan yang ingin memberi kebebasan yang lebih kepada mahasiswa.

Beliau menyatakan bahawa universiti dikhuatiri akan menjadi 'gelanggang politik' sekaligus akan mengundang pelbagai masalah pada masa akan datang.Pendirian beliau jelas digambarkan melalui alasan yang telah diberikan.

"Kalau kita benarkan kedua-duanya (mahasiswa dan pensyarah) berpolitik, bayangkan jika pelajar itu orang Umno dan pensyarahnya orang PAS, apabila tidak lulus dia akan salahkan pensyarah. Macam-macam boleh berlaku."

Beliau juga mengingatkan bahawa pandangan tersebut perlulah dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi mendapatkan keputusan.

Beliau juga mengatakan biarkan keputusan ini dibincang di peringkat Majlis Tertinggi Umno dan pihak yang tidak berkaitan tidak perlu membuat desakan sebegitu.

Di sini saya ingin pertikaikan.

Siapakah Majlis Tertinggi Umno ini?

Apakah bidangkuasa Majlis Tertinggi Umno menjangkau kuasa meminda atau mentafsir Akta Universiti dan Kolej Universiti yang diluluskan oleh Parlimen?

Mengapa urusan kebebasan mahasiswa harus ditentukan oleh Majlis Tertinggi Umno?Adakah ada pihak yang beranggapan mahasiswa ini milik Umno sepenuhnya?

Saya inginkan mahasiswa yang bebas. Bebas dari pengaruh mana-mana parti politik luar. Biarkan mahasiswa dengan politik mahasiswa sendiri.

Atas hasrat ingin memberi kelonggaran kepada mahasiswa, Auku 1971 diberi wajah baru dengan dilakukan beberapa pindaan pada tahun 2009.

Pindaan Auku ini dilihat 'modal besar' kepada pihak-pihak tertentu untuk dipuji dengan tindakan toleransi mereka terhadap mahasiswa.

Saya masih tidak nampak apakah perbezaan Auku dahulu jika dibanding Auku yang telah dipinda awal tahun 2009.

Setelah Auku dipinda berlaku pengheretan 2 mahasiswa UM yang dicas di bawah Auku (yang telah dipinda)hanya kerana menjemput seorang Adun Selangor ke Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM.

Setelah Auku dipinda juga berlaku 4 orang mahasiswa UKM dituduh di Mahkamah Universiti kerana berada di Hulu Selangor sewaktu kempen pilihanraya berlangsung.

Setelah Auku dipinda juga seorang mahasiswa KUIS ditarik pinjaman PTPTN sebagai tekanan kepada beliau kerana dituduh berkempen di Hulu Selangor.

Di sini boleh tanya adakah pindaan Auku terdahulu hanya kosmetik dan tidak memberi sebarang kesan terhadap Auku itu sendiri?

Dari sudut pandang sisi yang lain, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berusaha melahirkan produk insan yang hebat dalam pelbagai bidang.

Sistem serta bidang pengajian yang ditawarkan disajikan khas bagi mencapai hasrat tersebut.

Mahasiswa didedahkan dengan ilmu keusahawanan, ilmu kemahiran kendiri (soft skill) dan lain-lain penerapan ilmu yang berguna.

Tetapi malang ilmu politik seakan dianaktirikan dan seboleh mungkin dinafikan daripada mahasiswa.

Ilmu politik bukan hanya tertulis di atas nota-nota atau perlu dijawab sewaktu di dalam peperiksaan, ia perlu lebih dari itu.

Mahasiswa perlu menceburkan diri secara langsung ke arena politik. Kerana itu kebebasan perlu diberikan kepada mahasiswa dan jangan sesekali diugut atau ditakutkan mereka.

Jika benar mahu lahirkan mahasiswa yang segar jiwa dan celik pemikirannya, jangan sesekali dibenakkan mata hati mereka.

Dengan kebebasan, mahasiswa akan berani meneroka sesuatu. Dengan berpolitik mahasiswa akan tahu apakah makna politik yang sebenarnya.

Justeru usaha untuk terus menyekat mahasiswa adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kementerian Pengajian Tinggi akan terus didesak agar menilai kembali Auku agar memastikannya ia dihapuskan agar akta ini tidak akan menjadi penghalang kepada mahasiswa.

Malah satu cabaran kepada Kementerian agar serius serta ikhlas memberi peluang kepada mahasiswa untuk berpolitik.Politik mahasiswa adalah politik yang matang.

Harakahdaily/-

Minda rakyat perlu dimerdekakan

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Mohd Ali Hashim

SEBERANG JAYA, 4 Ogos: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyarankan supaya minda rakyat dimerdekakan terlebih dahulu daripada terus dikongkong sebelum erti kemerdekaan sebenar dapat dihayati dan diresapi dalam sanubari.

Beliau juga berkata minda rakyat perlu dimerdekakan dari dizalimi dan disekat oleh hanya satu pandangan yang diseragamkan sebelum ianya dapat mencapai tahap kemerdekaan sebenar.

"Kemerdekaan bukan sekadar kita bebas dari penjajah atau dalam lain ertikata laungan 'Merdeka' sahaja. Namun begitu apa yang perlu dihayati ialah maksud kebebasan dan kemerdekaan bagi memisahkan diri dari ideologi personal, mencabar diri secara intelektual untuk melihat sesuatu isu secara menyeluruh demi mencapai penyelesaian sebenar untuk manfaat semua pihak.

"Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-53 maka adalah diharap rakyat dapat bangkit sebagai satu bangsa bermaruah yang memiliki kekuatan politik dengan didokong oleh penguasaan ilmu bagi mempercepatkan pembangunan negeri, negara dan bangsa keseluruhannya," katanya.

Lim berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri di perkarangan Sunway Carnival Mall, di sini baru-baru ini.

Harakahdaily/-

PRU 13: PAS Terengganu tumpu 32 Dun

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Khairul Azlam Mohamad

BESUT, 4 Ogos: PAS Terengganu memberi tumpuan terhadap kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini termasuk lapan kawasan parlimen.

Hingga kini, PAS Terengganu berpuas hati dengan segala persiapan jentera parti di setiap peringkat Dun-Dun yang dilawati sejak setahun lalu.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian selepas Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu di Felda Tenang, Hulu Besut, hari ini.

[Gambar: Abdul Wahid (kanan), Yahaya (kiri) beserta anggota Dewan Harian PAS Terengganu menjamu durian selepas selesai mesyuarat.]

“Alhamdulillah, ini lawatan terakhir kita dan selesai 32 Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita bermula di Dun Kota Putra, Besut dan berakhir di Dun Hulu Besut ini.

“Kita tumpu kepada semua 32 Dun di Terengganu ini. Maknanya, seluruh negeri Terengganu termasuk di lapan kawasan parlimen,” tegasnya.

Menurutnya, PAS negeri berpuas hati dengan persiapan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Katanya, petugas parti sedang melakukan persiapan dengan mengaktifkan bilik gerakan termasuk membuat pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pertama (lawatan) dapat melihat serta meninjau tentang tahap persiapan dan perkembangan gerak kerja yang dilakukan di Dun-Dun seluruh negeri Terengganu.

“Keseluruhannya, kita rasa puas hatilah kerana jentera kita telah pun digerakkan. Mereka bersedia untuk bekerja ke arah mempersiapkan lagi jentera parti.

“Insya Allah, kita rasa dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini, kita mampu untuk memberikan suatu kekuatan yang lebih mantap di seluruh negeri Terengganu,” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha PAS negeri, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu berusaha menggerakkan semua lajnah-lajnah serta portfolionya.

Menurutnya, PAS Terengganu juga telah menyiapkan draf ‘road map’ (peta jalan) termasuk dalam perkara berkaitan manifesto pilihan raya.

“Road map ini sudah pun kita bentangkan dari segi drafnya. Isu-isu penting dalam ‘road map’ itu pun telah kita kemukakan termasuk dalam perkara yang berkait dengan manifesto.

“Road map ini iaitu kita berusaha untuk menggerakkan semua lajnah-lajnah dan portfolio yang kita bentuk supaya semuanya dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya ini.

“Road Map ini bukan sahaja untuk peringkat negeri sebenarnya tetapi akan diperturunkan ke peringkat yang lebih bawah sehingga ke Dun dan cawangan,” jelasnya.

Menurutnya, salah satu agenda PAS dalam lawatan tersebut mengadakan dialog dengan para petugas di peringkat akar umbi.

Apa yang penting, katanya rumusan dari program lawatan ke Dun-Dun tersebut mempunyai kesan yang positif kepada Dun dan cawangan PAS di seluruh negeri.

Harakahdaily/-

Pemilihan langsung PKR bermula 28 Ogos

24 Syaaban 1431 H
Oleh: S Pathmawathy

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR, akan bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober depan.

Menurut surat pekeliling dari setiausaha agung PKR, 222 cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai 27 Ogos hingga 12 September.

Borang pencalonan akan diedarkan mulai 6 Ogos dan ianya juga boleh diperolehi di pejabat PKR negeri dan di ibupejabat parti di Petaling Jaya Petaling. Borang itu juga boleh dimuat-turun dari lamanweb parti tersebut.

PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPT.

Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.

Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.

Antara cabang yang menjadi tumpuan ialah Gombak (Azmin Ali), Kuala Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Kota Raja (Xavier Jayakumar) - yang dijangka menyaksi pertandingan sengit.

Pencalonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 21 hari dari tarikh mesyuarat peringkat cabang.

Mesyuarat peringkat cabang juga akan mengemukakan calon untuk bertanding jawatan dalam MPT termasuk presiden, timbalan presiden dan empat naib presiden dan 20 anggota majlis tersebut

Pencalonan untuk jawatan tinggi ditutup pada 10 Oktober. Untuk layak bertanding, pencalonan mesti dibuat oleh sekurang-kurangnya dua cabang.

Dari 29 Oktober hingga 21 November, para perwakilan di peringkat negeri akan mengundi untuk memilih barisan kepimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Pada masa ini, jawatan presiden PKR disandang oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala jawatan timbalan presiden disandang oleh Syed Husin Ali.

Malaysiakini/-

Selangor alu-alukan tawaran kerajaan Pahang

24 Syaaban 1431 H

Kerajaan Selangor mengalu-alukan tawaran dan kesanggupan Pahang untuk membina loji rawatan air bersih bagi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) seperti yang diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kanan, tengah) berkata, Selangor tetap dengan pendirian bahawa PPAMPS yang dianggarkan berharga lebih RM8 bilion ini tidak perlu dibina secara terburu-buru kerana yakin bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.

"Projek penyaluran air mentah antara dua negeri ini juga sepatutnya boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga proses penstrukturan semula industri air di Selangor selesai dilaksanakan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam hari ini.

Air cukup hingga 2019

Beliau berkata, kerajaan Selangor sangat yakin penangguhan sementara pelaksanaan projek itu tidak akan menjejaskan bekalan air kerana kajian yang dilakukan mendapati bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.

Katanya, kerajaan Selangor juga sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari sumber alternatif lain yang tidak memerlukan kos tinggi seperti memproses air hujan, sumber air bawah tanah dan paling utama mengadakan langkah-langkah untuk menurunkan lagi kadar air tidak membawa hasil (NRW).

"Kerajaan pakatan rakyat kesal dengan sikap kerajaan persekutuan yang sengaja menggunakan isu krisis bekalan air sebagai tekanan kepada Selangor supaya menerima pelan penstrukturan semula industri air yang dicadangkan persekutuan," katanya.

Abdul Khalid berkata rundingan untuk mengambil alih industri air ini akan terus dilakukan walaupun banyak halangan dikenakan kerana kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat.

Semalam, Adnan berkata Pahang boleh membina loji berkenaan di kawasan yang sesuai di sempadan Pahang-Selangor.

"Kalau Selangor tidak mahu buat loji rawatan air di sebelah negerinya, kita sanggup buat di negeri kita, iaitu bersempadan Selangor.

"Kita tiada masalah, kita boleh rawat air dan Selangor kena belilah (air), kalau tak nak beli sekarang, tahun 2014 dia kena beli juga," katanya.

Tee masih ahli majlis

Sementara itu, Abdul Khalid hari ini mengesahkan telah menerima surat dari Jawatankuasa Disiplin DAP yang meminta supaya melucutkan jawatan Tee Boon Hock sebagai ahli majlis Perbandaran Klang berikutan kes salah guna kepala surat seorang anggota exco negeri yang didedahkan baru-baru ini.

Beliau berkata kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu dan masih menunggu hasil siasatan dari Jabatan Audit Negeri.

“Tee kini sedang bercuti sehingga siasatan selesai," katanya. Jumaat lalu, Tee dipecat dari DAP berhubung isu berkenaan.

Malaysiakini/-

Giliran Pakatan 'Selamatkan Selangor'

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Jimadie Shah Othman

Selepas kempen pusingan pertama 'Selamatkan Selangor' oleh Umno negeri itu tamat Ahad ini, tiga hari kemudiannya, giliran Pakatan Rakyat pula membuat serangan balas bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam 19 siri ceramah sepanjang kempen tersebut.

Menariknya, penerangan balas kerajaan Pakatan melalui Skuad Komunikasi Selangor (SKS) akan dimulakan pada hari pertama umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan - dijangka 11 Ogos.

Pada masa yang sama, Umno - melalui Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) - pula memilih berehat sepanjang bulan puasa, sebelum menyambung semula kempen fasa keduanya selepas Hari Raya Aidilfitri yang pada pertengahan September.

"Kita (Pakatan) akan mulakan kuliah di masjid-masjid seluruh Selangor. Kita akan edarkan risalah penerangan.

"Paling kurang pun, kita minta buat tazkirah sekurang-kurangnya 30 minit," kata pengarah penerangan di pejabat menteri besar Selangor Badrul Amin Bahron (kanan).

Bermula 23 Julai lalu, Umno Selangor menganjurkan siri jelajah fasa pertama di seluruh Selangor bagi menjelaskan mengenai "pembohongan kerajaan Pakatan" terhadap rakyat di negeri itu, antaranya menampilkan bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor.

Selain membangkitkan isu-isu berkaitan Anwar - yang juga penasihat ekonomi negeri - isu lain yang sering ditimbulkan dalam siri-siri ceramahnya berlegar sekitar pertadbiran hasil pasir di negeri itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul berkata pihaknya memilih membuat penerangan di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan memandangkan pada masa itu ramai umat Islam berkumpul bagi beribadat.

Umno: Fasa kedua tanpa isu pasir

Badrul Amin juga menjelaskan selepas kerajaan negeri mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk tujuan penerangan negeri, pihaknya akan menaikkan edaran akhbar negeri Selangorkini berkali ganda bagi menjawab dakwaan pembangkang negeri.

"Daripada 60,000, kita jangkakan meningkat kepada 300,000 naskhah diedarkan selepas hari raya Adilfitri nanti," katanya penceramah terkenal itu yang juga ahli majlis pimpinan pusat PKR.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Selangor Shukor Idrus (kiri) pula berkata setelah bekerja keras hampir tiga minggu menjelajah seluruh negeri, respons yang diperoleh begitu memuaskan.

Katanya, keberkesanan program Selamatkan Selangor dapat diukur daripada sambutan orang ramai dalam ceramahnya di beberapa tempat yang melebihi jumlah sasaran, seperti di Klang dan Kota Raja.

"Kita sasarkan 1,000 sahaja (setiap ceramah), tetapi di sesetengah tempat jumlahnya sampai 2,000 orang yang hadir," katanya yang juga ADUN Kuang.

Ditanya tentang isu pasir akan ditimbulkan lagi dalam siri kempen fasa keduanya bagi merampas semula negeri itu, Shukor berkata setakat ini maklumat yang hendak disampaikan sudah berjaya.

"Fasa kedua nanti kita fokuskan isu yang lain pula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini/-

Tren elektrik: PAC minta SPRM siasat, kata Dr Dzul

24 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah memaklumkan kepadanya bahawa PAC telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat laporan pembelian tren elektrik oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurutnya, beliau telah dimaklumkan oleh Pengerusi PAC Datuk Azmi Khalid melalui sepucuk surat bertarikh 29 Julai lalu yang dihantar kepadanya.

"Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ia wajar disiasat oleh SPRM kerana kerajaan akan mengalami bayaran perolehan lebih tinggi dari harga asal lebih kurang RM500 juta," katanya.

Sebelum ini, kata Dr Dzulkefly, beliau menyerahkan laporan mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) enam gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion.

Dalam laporan itu, beliau yang juga ahli parlimen PAS Kuala Selangor itu mendakwa bahawa harga tersebut lebih mahal daripada harga tender asal.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, Azmi menghantar surat tersebut kepadanya dua hari selepas PAC bermesyuarat membincangkan perkara itu pada 27 Julai lalu.

Setelah meneliti laporan tersebut, PAC mendapati ianya perlu disiasat oleh SPRM, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu.

Dr Dzulkefly berkata, beliau akan "menyusuli tekanan" terhadap SPRM demi menjaga kepentingan rakyat dan pembayar cukai.

Malaysiakini/-

Kes Anwar: Gore, Wolfowitz mahu US campurtangan

24 Syaaban 1431 H

Dua bekas ‘orang kuat’ Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi “semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas” dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

“Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

Pentadbiran Obama sebelum ini pernah dibidas kerana membisu berhubung perbicaraan Anwar kerana polisinya untuk berbaik dengan negara-negara Islam.

Kedua-dua Gore dan Wolfowitz (kanan) mengakui mereka mempunyai pendapat yang berbeza sesama mereka, termasuk dengan Anwar dalam banyak perkara termasuk berhubung dasar antarabangsa.

Bagaimanapun mereka yakin bahawa Anwar “komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”

Mereka juga berkeyakinan ketua pembangkang itu juga mempunyai kualiti positif sebagai pemimpin, negarawan dan juga kebolehan intelektual.

“Kualiti lain termasuk telus dan terbuka untuk perbahasan, komited terhadap prinsip kebertanggungjawapan dan urus tadbir yang baik serta serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia - juga tidak dilupakan keberanian luar biasanya memperjuangkan apa yang dipercayainya.”

Atas alasan itu, Gore dan Wolfowitz berkata mereka mahu Obama campur tangan kerana dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar untuk kali kedua “direka” kerana usahanya memperjuangkan reform sosial dan politik.

Menurut mereka, seperti dakwaan liwat pertama yang dilemparkan ke atas Anwar, 10 tahun lalu, perbicaraan kali kedua - selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi cemerlang pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen - kali ini juga mempunyai ciri-ciri manipulasi politik.

Malaysiakini/-

Jie Lai Zhi Shi

24 Syaaban 1431 H

Memberi Makanan Untuk Menghina

Asal Usul:Pada suatu tahun dalam zaman Chunqiu (tahun 770-476 Sebelum Masihi), negeri Qi telah mengalami bencana kebuluran yang sangat teruk, sehingga menyebabkan ramai rakyatnya yang berada di ambang kematian.

Pada ketika itu, ada seorang lelaki kaya bernama Qian Ao yang tidak dapat menahan diri daripada berasa seronok apabila melihat begitu ramai orang miskin yang terseksa oleh kelaparan.

Dia menganggap dirinya sebagai tuhan yang amat pengasih, dan telah menyediakan makanan di tepi jalan, kononnya untuk bersedekah kepada mangsa yang lalu di tempat itu. Namun, setiap kali melihat mangsa yang lalu, dia akan memekik dengan nada yang angkuh dan menghina,"Hei, pengemis! Ambil makanan ini!"

Pada suatu hari, Qian Ao ternampak seorang lelaki yang amat daif sedang menuju ke arahnya dengan langkah yang longlai. Melihat orang itu begitu lapar sehingga tidak ada tenaga lagi untuk berdiri, Qian Ao pun menjerit padanya dengan nada yang mencemuh,"Hei kamu! Mari ke sini! Makan ini saja!"

Mendengar kata-kata Qian Ao itu, orang itu membeliakkan matanya sambil menjawab dengan suara yang tegas,

"Aku lebih rela kebuluran daripada makan makanan yang diberikan dengan niat untuk menghina begini!" Dia akhirnya mati kelaparan.

Qin Ao tidak menyangka bahawa orang yang sedang menderita kelaparan, masih mampu mengekalkan harga diri yang begitu tinggi.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Jie Lai Zhi Shi" ini berasal daripada kisah tentang seorang mangsa yang masih mengekalkan harga diri walaupun berada di ambang maut oleh kelaparan, dan lebih rela mati kebuluran daripada dihina atau dicaci. Peribahasa ini merujuk kepada benda atau sedekah yang diberikan kepada orang dengan niat untuk menghina.

CRI/-

Hukum makan telur penyu

24 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Baru-baru ini kita didedahkan dengan isu dalam sebuah akhbar berkenaan dgn telur penyu. Ada penceramah kata haram kerna disamakan dgn telur ular. Ada pula timbalan mufti yang menyatakan halal kerana tiada nas mengharamkannya tanpa merujuk kepada ulama yang muktabar. Disini saya cuba melihat pandangan ulama muktabar.

Hukum makan penyu

Pendapat pertama: Haram makan.Ini pendapat ulama syafie dan Hanafi. Ulama syafie mengharamkan penyu kerna ia adalah perkara yang menjijikkan. Firman Allah: “Dan Rasulullah saw mengharamkan kepada mereka perkara-perkara yang menjijikkan.” (56: al-A’raf)

Pendapat kedua: Halal jika disembelih.

Ini pendapat mazhab Hambali.Pendapat ketiga: Halal dimakan.Ini mazhab Hambali dan juga imam Nawawi dalam kitabnya majmuk syarhul mazhab.

Hukum telur binatang yang tidak boleh dimakan.

Mazhab Hanafi:Sekiranya telur keluar dari binatang yang mempunyai darah mengalir seumpama gagak, maka telurnya najis mengikut dagingnya. Maka tidak boleh dimakan. Sekiranya telur keluar dari binatang yang tidak ada darah yang mengalir sperti lebah maka telurnya adalah bersih mengikut dagingnya. Telurnya boleh dimakan kerna ia bukannya bangkai.

Mazhab Maliki:Semua telur yang keluar dari haiwan yang hidup atau yang disembelih adalah halal disisi mereka. Ini kerana mereka tidak membahagikan haiwan-haiwan yang bertelor kepada yang dagingnya boleh dimakan atau tidak. Semua telur adalah halal bagi mereka melainkan telur yang ditakuti racunnya seperti cicak. Pengharaman telor bagi mereka hanyalah telur yang memberi mudarat.

Mazhab Syafie: Imam Nawawi menyatakan bahawa telur binatang yang hidup yang tidak dimakan adalah bersih dan halal dimakan. Ianya bersih kerana asal bagi haiwan yang bersih adalah bersih. Ianya dimakan kerana tidak menjijikkan.

Namun Imam Bulqini (ulama mazhab Syafie) berkata: “Sesungguhnya pendapat imam Nawawi di dalam kitab Majmuk menyalahi nas kitab al-Um, an-Nihayah, at-Tamimmah dan al-Bahr yang menegah dari memakan telur binatang yang tidak boleh dimakan. Sekalipun kita menyatakan bersihnya telur tersebut, tetapi tidak ada kitab2 mazhab Syafie yang menyalahi nas yang menyatakan haramnya telur binatang yang tidak boleh dimakan.

Mazhab Hambali:Ulama mazhab ini menjelaskan bahawa telur binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis dan tidak halal dimakan. Hujjah pendapat ini adalah telur adalah sebahgian haiwan. Apabila haiwan tidak boleh dimakan maka telur yang sebahgian darinya juga tidak boleh dimakan.

Kesimpulan: Telur penyu adalah perkara yang ada perselisihan ulama terhadap hukum memakannya. Ada yang menghalalkannya seperti Imam Nawawi dari ulama Syafie dan mazhab Maliki. Mazhab hanafi dan sebahgian besar ulama syafie pula mengharamkannya. Kita perlu berlapang dada dlm perkara yg khilaf.

Setiap muslim perlu berhati2 ketika bercakap tentang hukum. Hukum hanya boleh dikeluarkan oleh muslim yang sudah sampai peringkat ijtihad. Penceramah, jawatan mufti, gelaran doctor falsafah tidak menunjukkan seseorang itu bergelar mujtahid. Ia perlu kepada kelayakan ilmu yg sgt tinggi. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu berkata bohong mengikut sedap mulut mu , yang ini halal dan yang ini haram untuk mereka pembohongan terhadap Allah taala. Sesungguhnya orang2 yang mereka pembohongan terhadap Allah adalah orang yang tidak berjaya.” (116: an-Nahl)

Seorang muslim wajib mempelajari fardu ain untuk mempelajari halal dan haram dengan guru yg berilmu. Bukan hanya sekadar mengambil dari mana2 sumber yang tidak pasti. Imam Ibnu sirin berkata:

العلم دين فانظروا عمن تأخذوا دينكم
Maksudnya: “Ilmu adalah agama. Lihatlah daripada siapa kamu ambil agamamu.” (Sahih Bukhari.)

akibat sihir

24 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Syeikh Abdullah at-Talidi telah menyebut didalam kitabnya ((Nasbul Mawaid)): Seorang hafiz Quran dikalangan sahabatku telah menceritakan bahawa seorang faqih memberitahu:

Suatu hari dia dipanggil untuk membasuh mayat di sebuah kampong. Apabila dia masuk ke tempat yang ada mayat dan menyelak kain mayat, beliau amat terperanjat. Dia sgt terkejut kerana muka mayat berubah menjadi muka dan kepala babi yang sempurna. Namun badannya badan manusia yang asal.

Lalu dia meninggalkan mayat tersebut dan segera mendapatkan tuan khatib kampong serta menceritakannya. Kemudian mereka menghubungi isteri simati untuk menanyakan apa yang telah dilakukan oleh suaminya.

Mereka bersungguh-sungguh menanyakan hal tersebut sehinggalah si isteri tadi menceritakan bahawa si suami telah mengamalkan sihir. Si suami ini mempunyai kitab suci al-Quran yang diletakkan dalam tanah dan dikencingkan keatasnya. Dengan itu dia dapat berhubung dgn syaitan.

Mengamalkan sihir adalah salah satu dosa besar. Nabi saw bersabda:

اجتنبوا السبع الموبقات وذكر منها السحر
“Jauhkan dari 7 dosa yang membinasakan. Nabi saw menyebut diantaranya sihir."(Hr Bukhar 2766 dan Muslim 89)

Ulama telah bersepakat mengamalkan sihir adalah haram. Malahan berdosa besar. Malah percaya kepadanya adalah berdosar. Nabis saw bersabda:

ثلاثة لا يدخلون الجنة: مدمن خمر ، وقاطع رحم ومصدق بالسحر
Maksudnya: “3 golongan yang tidak masuk syurga : 1. Penagih arak 2. pemutus silaturahim 3. Orang yang percaya dengan sihir. (Hr ahmad)

Hukum kera dan kadar susuan mengharamkan

24 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Syeikh ad-Damiri menyatakan bahawa:
Makan kera adalah haram disisi kami (ulama Syafie). Ini adalah pendapat ikrimah, ‘ata, Mujahid, Hasan dan Ibnu Habib.

Imam Malik dan kebanyakan ulamaknya berpendapat ianya tidak haram. Adapun jual belinya adalah diharuskan kerana ia boleh diajar sehingga boleh memegang lilin dan menjaga barang-barang.

Kesimpulan: Hukum kera adalah haram didalam mazhab Syafie berdasarkan ayat:“Dan Allah mengharamkan perkara2 yang menjijikkan.” (56: al-‘Araf)Rujukan: Hayatul Haiwan al-kubra oleh ad-Damiri.

Persoalan kedua (dari shoutbox):

Sahabat berkata: Anak yang menyusu dgn ibu susuan sehingga 7 kali kenyang blh dianggap mcm anak sendiri...auratnya mcm anak kandung.

Jawapan:Ini adalah jawapan kepada kenyataan mengelirukan oleh ‘sahabat’ kerana tidak ada ulama yang mengatakan disyaratkan 7 sususan utk mengharamkan kahwin. Disini dinyatakan 3 pendapat ulama:

Tiga pendapat berkenaan dengan bilangan dan kadar susuan yang mengharamkan kahwin.

Pendapat pertama: Lima kali susuan yg berasingan.

Ini pendapat mazhab Hambali, Syafie, Abdullah bin Zubair dan Ishak. Ia berdasarkan hadis ‘Aisyah ra yg berkata:

“Diantara ayat Quran yg Allah turunkan ialah:

عشر رضعات معلومات تحرمن
Maksudnya: “Sepuluh kali susuan yang diketahui mengharamkan pernikahan.”

Kemudian ayat ini dimansuhkan bacaan dan hukumya dan diganti dengan hukum lima kali susuan yang diketahui.” (Hr Muslim – sahih)

Pendapat kedua: 3 kali susuan.

Ini pendapat Abu Thur, Daud dan Abu Ubaid. Dalilnya hadis Nabi saw:

لا تحرم المصة من الرضاع ولا المصتان
Maksudnya: “Sekali dan dua kali hisap susu tidak mengharamkan.” (Hr Muslim)

Pendapat ketiga: Sekali susuan walaupun sedikit.

Ini pendapat kebanyakan ulama yang terdiri dari mazhab Maliki, Hanafi, Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Said bin Musayyab, Urwah bin Zubair, az-Zuhri, Sufian athauri, Auza’ie dan Abdullah ibnu Mubarak. Dalilnya adalah umunya firman tuhan yang tidak menghadkan kadar susuan.

Kesimpulan: Tidak ada pendapat yang mengatakan perlu 7 susuan yang mengharamkan seseorang itu berkahwin dengan ibu dan saudara susuannya. Jadi berhati-hatilah berbicara berkenaan dgn hukum. Dosa besar keluar hukum tanpa kelayakan.