03 November 2008

Genap sudah usia ku 44 tahun.

Alhamdulillah pada hari ini genap sudah usia ini 44 tahun. setelah melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang non Muslim selama 22 tahun berarti saya juga telah berada dalam Agama Islam yang maha suci ini selama 22 tahun juga.

Apabila baginda Rasulullah bersedih dengan kematian Abu Talib sebelum dia menganut islam, baginda bersedih kerananya dan turunlah ayat :"sesungguhnya kamu tidak ada kuasa memberi hidayah kepada orang yang dikasihi, tetapi Allahlah yang memberi Hidayah kepada hambanya yang dikehendakinya".

Demikianlah kuasa Allah yang mengembalikan manusia dari alam jahiliyah kepada alam keimanan dan keIslaman. Saya adalah salah seorang darinya.

Terasa kerdil dan daifnya diri ini untuk menempuh kehidupan akhirat yang kekal abadi yang pasti kita hadapi. Sedikit sekali amal yang rasanya tidak dapat membalas segala nikmat yang telah dianugerahi Allah sekian lama.

Ya Allah Hamba Mu ini pasrah untuk menempuh kehidupan mendatang dengan suatu doa yang sentiasa yang dipanjatkan kehadratMu dengan penuh keinsafan bahawa inilah hambu Mu yang selalu mengharapkan Hidayah dan Petunjuk dalam menempuh dunia yang penuh onak dan duri ini.

Semoga hari esok hambaMu ini lebih baik dari hari kelmarin....aamien...

ADUN Titi Serong dan Isteri lawat Ibu Mertua YAB MB Perak

TAPAH, 1 Nov., :- Pada kesempatan hujung minggu dalam perjalanan untuk menghadiri satu kenduri khawin ADUN Titi Serong, Drs, Khalil idham Lim dan Isteri telah meluangkan masa untuk menziarahi Ibu DS Hjh. Fatimah Taat yang telantar sakit di sini hari ini.
Isteri ADUN Titi Serong bergambar bersama Ibu YAB MB Perak.


Pada kesempatan itu beliau dan isteri sempat berkenalan dengan Ibu YAB MB yang berkebetulan lebih awal sampai . Selain itu kehadiran Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak itu dilayan dengan begitu mesra oleh Kakak kepada DS Fatimah berserta suami yang memperkenalkan diri dengan nama Azmi.
Drs. Khalil tertarik dengan hiasan "tepak sireh".