26 Januari 2008

SPR Jawab Kenyataan Hishammuddin Mengenai Anwar.

Kelmarin dalam Akhbar Utusan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebagai angkuh kerana yakin akan tetap menjadi wakil rakyat dengan meminta calon parti itu yang memenangi PR umum ke-12 berundur bagi memberikan laluan kepadanya. Ketuanya, Hishammuddin berkata, PKR belum tentu mampu memenangi satu kerusi dalam PR umum akan datang, termasuk mempertahankan kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikuasai parti itu.


Nampaknya kenyataan Hishammudin lari dari tajuk asal, kalau pelajar dibawah jagaannya menjawab soalan lari tajuk asal tentunya markahnya jadi kosong. begitulah markah kosong yang kita layak berikan kepada Menteri pelajaran yang kurang terpelajar ini.
Hari ini kenyataan dari SPR dalam akhbar yang sama menyangkal 100% kenyataan "menteri sotong" itu. Menurut jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hasrat yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum ini adalah seperti diperuntukkan mengikut Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan.“Mengikut peruntukan itu, pilihan raya kecil boleh diadakan jika berlaku kekosongan luar jangka iaitu kematian seseorang calon atau ada yang meletakkan jawatan.“Seperkara lagi, pilihan raya kecil perlu diadakan sebelum dua tahun tempoh hayat Parlimen tamat,’’ ujar jurucakap itu.

Hishammuddin dilihat memberi jawapan kepada kenyataan Anwar kelmarin. Anwar dipetik berkata walaupun tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-12 yang dijangka diadakan sebelum April ini, beliau akan memastikan dirinya tetap berpeluang menjadi wakil rakyat.Bekas TPM itu berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mustahil kerana pemilihannya boleh dibuat menerusi satu pilihan raya kecil yang membabitkan kawasan milik PKR.''Kalau tidak dapat bertanding pada Mac, saya bertanding Mei di kawasan mana yang kami menang. Dia (calon yang menang) akan berundur dan memberi ruang untuk saya,"

Jelas sekali kenyataan Anwar bukan hentam kormo macam Hishammuddin dan kenyataannya di atas adalah sesuai dengan peraturan SPR di mana kalau ada seseorang wakil rakyat berundur satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan. Buat apa Hishammuddin buat kenyataan melebih-lebih sangat.

Saya melihat inilah satu cara UMNO hendak memburukkan pembangkang. Semua yang kita cadangkan walaupun tidak menyalahi undang-undang semuanya salah. kalau UMNO melanggar undang-undang tidak menjadi masalah dan betul juga. Inilah antara istimewa dan jakunnya Malaysia yang kita cintai.
Kita nasihatkan rakan-rakan dalam UMNO supaya menilai sendiri siapakah pimpinan mereka. Jelas pimpinan UMNO sering berfikir di luar dari kotak fikiran yang waras dan rasional. Demi untuk menegakkan kuasa yang ada di tangan nampaknya semua pimpinan UMNO macam itik yang kehausan dan cacing yang kepanasan.

Umat Terbaik

Umat Islam adalah umat yang terbaik yang di utuskan dikalangan manusia, khususnya umat Islam yang melengkapi peranan yang telah ditugaskan kepada mereka untuk memperjuangkan Islam dengan sesungguhnya. Perjuangan yang dilengkapi dengan dua unsur iaitu amal maaruf dan nahyi mungkar, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.



Firman Allah SWT ;-



كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْراً لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.(Ali-`Imraan:110)

Menyuruh yang maaruf dan mencegah sesuatu yang mungkar dan beriman kepada Allah SWT adalah tiga ciri kesempurnaan umat Islam yang selayaknya dia itu lebih baik dari umat yang lain. Kerana serampang dua mata itu menyebabkan Islam itu sanggat istimewa dan berbeza dengan agama yang lain.

Demikianlah suatu perjuangan dalam wadah yang dipanggil parti politik dan sebagainya. Jika sekiranya ianya melengkapi ciri-ciri tersebut, makanya mesti itulah yang menjadi wadah pilihan. Dalam Kontaks Malaysia, Parti Islam Malaysia (PAS) adalah wadah yang terbaik yang dimaksudkan.

Kadar Pertumbuhan Ekonomi China 2007 Sebanyak 11.4%

Menurut berita CRI, Jabatan Pentadbiran Statistik Negara China hari ini di Beijing telah memaklumkan data awal operasi ekonomi kebangsaan China 2007.






Pada tahun 2007 lalu, Keluaran Dalam Negara Kasar China mencatat lebih 24 ribu bilion yuan RMB, iaitu meningkat 11.4% berbanding tempoh sama tahun 2006 dan kadar pertumbuhan ekonomi mencapai atau melebihi 10% dalam tempoh lima tahun lalu secara berturut-turut. Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara China, Xie Fuzhan menyatakan hari ini bahawa ekonomi China 2007 berkembang dengan stabil dan pesat, struktur ekonomi menjadi semakin unggul dan keefisienan juga meningkat.

Kestabilan ekonomi China dilihat kepada pengaruh kestabilan politik dalam negara China itu sendiri. Suasana poliitik Taiwan yang memihak kepada parti KMT yang lebih lunak hubungannya dengan China menambahkan lagi faktor pertumbuhan ekonomi rantau setempat.