27 November 2013

Susilo henti import makanan Australia

23 Muharram 1435H. [MOD] -
Susilo henti import makanan AustraliaPenunjuk perasaan membakar poster dengan imej Perdana Menteri Australia Tony Abbott, ketika mengadakan bantahan di luar Kedutaan Australia di Jakarta semalam. - Foto AP
Jakarta: Perselisihan diplomatik antara Indonesia dan Australia membabitkan dakwaan rakaman telefon semakin serius selepas menteri perdagangan berkata bahawa negara ekonomi Asia Tenggara terbesar itu akan mencari negara lain untuk import makanan.

Mesir tutup rangkaian stesen TV Al-Jazeera

23 Muharram 1435H. [MOD] -

Kaherah: Kerajaan Mesir yang terdesak untuk menghapuskan pengaruh Ikhwanul Muslimin, melancarkan serangan diplomatik terhadap penyokong gerakan di luar negara yang dikatakan menghulurkan bantuan senjata dan dana kepada pergerakan itu. 

Dalam tindakan terbaru mereka selepas Morsi digulingkan, mereka menyasarkan Qatar, satu-satunya negara Teluk yang secara terbuka menyokong Ikhwanul Muslimin dengan menutup rangkaian televisyen Al-Jazeera. 

Operasi kerajaan lumpuh

23 Muharram 1435H. [MOD] -
Operasi kerajaan lumpuhPenunjuk perasaan membawa sepanduk anti Thaksin dalam bantahan di Kementerian Kewangan di Bangkok, semalam. - Foto REUTERS
Bangkok: Operasi beberapa kementerian di Thailand lumpuh, apabila penunjuk perasaan anti kerajaan Thailand menawan lebih banyak bangunan kerajaan di Bangkok dalam usaha untuk menumbangkan pemerintah, ketika Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen dan kuasa kumpulan perusuh.