17 Mac 2009

Cara urus pusaka bawah RM600,000

Oleh : Mohd NoorAizan Md Idrus

BEBERAPA pihak memberi maklum balas terhadap tulisan yang disiarkan sebelum ini berkenaan harta pusaka daripada sudut syarak dan kali ini akan dikupas peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan harta pusaka di negara ini.

Pengurusan harta pusaka di Malaysia agak mengelirukan dan dianggap sukar oleh sesetengah orang kerana ada empat jabatan atau institusi yang mempunyai kuasa ke atas hal berkaitan pengurusan pusaka.

Jabatan dan institusi itu ialah Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Sivil, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Kesilapan memilih salah satu institusi di atas dalam mengurus pusaka akan menyebabkan urusan mengurus pusaka menjadi bertambah panjang dan mengambil masa.

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa terhad dalam hal pengurusan pusaka di Malaysia. Ia hanya boleh membuat pengesahan siapa waris si mati yang berhak untuk mewarisi harta pusaka dan pecahan bahagiannya mengikut hukum faraid serta membuat pengesahan wasiat atau hibah sama ada bertepatan dengan hukum syarak atau tidak.

Merujuk kepada seksyen 61 (3) (b) (ix) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang memperuntukkan: “… dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan penentuan orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak.

Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa membuat perintah pembahagian harta pusaka secara faraid walaupun ia berkuasa mengeluarkan sijil faraid. Ini bermakna sijil faraid dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak mempunyai sebarang kuasa pembahagian.

Ia hanya digunakan sebagai rujukan oleh waris atau pihak lain untuk mengetahui siapa waris sebenar harta si mati dan bahagiannya. Perkara ini mendukacitakan kerana Mahkamah Syariah sebagai mahkamah yang membicarakan hal berkaitan orang Islam tidak dapat menyelesaikan permasalahan pusaka orang Islam sendiri.

Contohnya Zain mati meninggalkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM200,000 dan warisnya ialah Ali, Bakar dan Daud. Ali sebagai penama simpanan KWSP mengeluarkan wang itu tetapi tidak membahagikan kepada Bakar dan Daud mengikut hukum faraid. Bakar dan Daud mahu Ali memberi bahagian mereka seperti diperuntukkan mengikut hukum faraid tetapi Ali enggan. Bakar dan Daud memperoleh sijil faraid yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah yang mengandungi nama waris, pecahan bahagian dan jumlah simpanan KWSP. Ironinya, Sijil Faraid itu walaupun ditunjukkan kepada Ali, ia tidak mempunyai sebarang kuasa atau kesan untuk mengarahkan Ali mengikut kandungan sijil berkenaan.

Kuasa terhad Mahkamah Syariah ini sudah diputuskan melalui dua keputusan kes rayuan iaitu Kes Hasan Arif Hafiz Ahmad lawan Hasimah Hafiz Ahmad dan Hasnah Hafiz Ahmed oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Selangor dan Kes Salim Sulong lawan Yusof Sulong oleh Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Terengganu.

Dalam kedua-dua kes itu, panel Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada memperakukan seseorang adalah waris dan menyatakan bahagian faraid mereka saja.

Lebih mendukacitakan, kuasa terhad Mahkamah Syariah terpaksa dikongsi dengan Pejabat Pusaka Kecil. Dengan kata lain, kuasa memperaku seseorang adalah waris dan bahagian faraid mereka bukan hak eksklusif Mahkamah Syariah. Pejabat Pusaka Kecil daerah juga mempunyai kuasa sama seperti diperuntukkan Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955 (Akta 98).

Apa yang pelik adalah Pejabat Pusaka Kecil berkuasa pula mengeluarkan surat kuasa tadbir atau perintah pembahagian yang tidak dimiliki Mahkamah Syariah. Cuma, Pejabat Pusaka Kecil Daerah hanya mempunyai kuasa dalam kes harta peninggalan si mati adalah harta tidak alih atau harta yang bercampur harta alih dan tidak alih yang nilainya tidak melebihi jumlah RM600,000. Bagi kes yang nilai hartanya melebihi jumlah RM600,000, ia perlu dibawa ke Mahkamah Tinggi Sivil, walaupun si mati dan warisnya adalah orang Islam.

Selain itu, Amanah Raya Berhad juga mempunyai kuasa mengeluarkan surat kuasa tadbir ke atas harta pusaka seperti diperuntukkan Seksyen 17 Akta 532. Cuma bidang kuasa itu terhad kepada harta peninggalan si mati iaitu harta tidak alih dan tidak melebihi jumlah RM600,000. Mujur, Amanah Raya tidak mempunyai kuasa mengesahkan seseorang itu ahli waris dan bahagian faraid mereka.

Inilah hakikat yang perlu diketahui dan disedari masyarakat Islam negara ini. Dalam kita selesa dengan jaminan Perlembagaan bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan, tetapi dalam soal harta pusaka, Mahkamah Syariah masih terhad kuasanya jika dibandingkan dengan Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad dan lebih sedih jika dibandingkan dengan Mahkamah Tinggi Sivil.

Berhadapan dengan realiti ini, mereka yang mempunyai kes pusaka dengan harta tidak melebihi RM600,000 wajar terus berurusan dengan Pejabat Pusaka Kecil Daerah tanpa perlu ke Mahkamah Syariah.

Bagi yang mempunyai nilai harta melebihi RM600,000 perlu ke Mahkamah Syariah terlebih dulu untuk mendapatkan Sijil/Perintah faraid dan kemudian ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk memperoleh Perintah Pembahagian. Ini bagi mengelak berlaku kelewatan dalam menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka si mati dan tohmah kepada Mahkamah Syariah sendiri.

Berkaitan wasiat dan hibah pula, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa eksklusif untuk membuat perintah pengesahan sama ada wasiat atau hibah yang dibuat oleh orang Islam adalah sah atau tidak. Wasiat atau hibah perlu disahkan oleh Mahkamah Syariah jika ada waris yang tidak bersetuju dengan kandungan wasiat atau hibah itu.

Jika semua waris bersetuju, ia tidak memerlukan pengesahan kerana waris sendiri boleh memberi persetujuan ketika urusan pembahagian harta sama ada di Pejabat Pusaka Kecil, Amanah Raya atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Perlu diingat, walau bagaimana sempurna sekalipun dokumen wasiat atau hibah yang dibuat si mati, sama ada disediakan oleh peguam atau firma wasiat, jika ia dipertikai kandungannya oleh waris, maka dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk disahkan.

Mahkamah Syariah akan membicarakan wasiat atau hibah itu sebelum memutuskan sama ada ia bertepatan hukum syarak atau tidak. Jika bertepatan, mahkamah akan mengisytiharkan wasiat atau hibah adalah sah dan perlu dilaksanakan terlebih dulu sebelum pembahagian secara faraid dilakukan.

Sudah sampai masanya Mahkamah Syariah dimartabatkan dan diletakkan di tempat sewajarnya dalam memutuskan semua urusan berkaitan orang Islam. Justeru, kita mendesak pihak berwajib dapat membuat pindaan kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah supaya mempunyai bidang kuasa bukan saja memutuskan siapa waris dan bahagiannya tetapi juga mempunyai kuasa membuat perintah urusan faraid, hibah dan wasiat berjalan mengikut hukum Syarak seperti sewajarnya demi kebaikan dan kebajikan umat Islam di negara ini.
————————————-
Email dari :Sirajuddin Abbas
Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo. com.

Teknik Memahami Cemburu Wanita…

Email dari : Topeng Merah.

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita, apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber. Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna, untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah- laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya, maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh, perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita, maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri
Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia
hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja,
diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan
eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah
seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang
sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya
dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku
seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks,
dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya.
Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan
seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang
sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang
dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan
wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki
menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati
isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh
dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan
mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang
kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap
dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa
wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki
dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain.
Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang
amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah
peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian
perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.
Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat
eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh
menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-
laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti
dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang
menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya
seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada
isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain
tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak
bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah
dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri.
Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain
tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan
isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah
perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan
isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini
diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan
bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan
suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya
menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-
laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh
suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun,
ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu
tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau
suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu
adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia
akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia,
ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang
serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya.
Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya,
kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif
dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku
seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu
seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia
mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana
wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks
yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat
yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah
turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan
nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran
Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita
lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua
tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan
nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan
pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasih
suaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini
si isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendak
menutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan
si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik
itu.

2. Perubahan penilaian
Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini
menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia
tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si
isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya.
Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai
mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia
percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan
suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri
percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati
oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya
menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia
sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya
tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan
wanita itu.

3. Ramalan negatif
Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur
lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia
percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama
sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas
dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih
memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi
Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih
sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia
mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada
perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada
sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu
bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia
tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada
bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti
tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila
aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga
tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya
kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya
seorang. harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan
masing-masing dengan baik..

(terima kasih kpd penulis asal)

Zambry : SAH Ka Tak SAH..?

Email : Topengperak_Xinwugi( tanpa edit)

Aku tengah layan TV3suku (walaupun tension gila). TV3suku dok interview Zambry pasai isu kena gantung sidang dewan.

Zambry habaq, kes dia dengan Gobind tak sama pasai kes Gobind dibahaskan dalam dewan manakala kes dia tidak dibahaskan dalam dewan.

Lepas tu Zambry habaq lagi, tindakan Sivakumar tak SAH.

Kah kah kah kah kah ... !!! macam la hang tu MB yang SAH..! kah kah kah kah kah ... !!! mat haram nak lebong pasai SAH atau tak SAH ... !!!

Lagi satu, kalau berani, pi la masuk sidang DUN kita tengok... awat tak berani? yang hang pi kunci Pintu Pagar Pejabat SUK Perak tu buat apa?

SAH ke tu? bagi arahan pun tak dak hitam-putih. .. penakut la tu..! awat tak habaq arahan datang dari sape? takut? takut pasai apa? pasai arahan tu tak SAH ka?

Dah la pegang jawatan cara tak SAH, lantik pulak EXCO dengan cara yang tak SAH, tambah pulak lagi penasihat bertaraf EXCO dengan cara yang tak SAH, lepas tu bagi pulak arahan yang tak SAH, lepas tu nak cakap pasai SAH atau tak SAH...???

Posted By Topengperak_ Xinwugi® to Perisik Rakyat® at 3/16/2009 08:15:00 PM

UMNO main kotor, sebar buku burukkan PAS di Bukit Gantang

Walaupun baru sahaja mengumumkan calonnya dan pihak PAS sudah memaklumkan pada 26 Mac ini baru akan umumkan calonnya, UMNO telah main kotor.

Kelmarin saya melaporkan dari seorang penduduk Bukit Gantang yang menceritakan Ketua Bahagian UMNO yang juga ADUN Terong menyalahgunakan pentas PIBG untuk menghentam PAS dan Tok Guru di SK Panglima Bukit Gantang.

Saya menerima satu lagi Email dari orang yang sama menceritakan kebokbrokan UMNO dan BN yang mula main kotor, email aslinya seperti dibawah:

ASSALAMUALAIKUM YB, TANGGAL 16 MAC 2009 SAYA SEKELUARGA BEGITU TERKEJUT BILA MENJUMPAI BUKU TERSEBUT BERADA BERHAMPIRAN RUMAH KAMI. SAYA PERCAYA BUKU INI DILETAKKAN OLEH PIHAK2TERTENTU YG BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN PAS. SAYA SEKELUARGA TIDAK SANGGUP MEMBACA BUKU TERSEBUT KERANA IA JELAS TERPESONG DARI AQIDAH ISLAM. YG SAYA KESALKAN PENULIS BUKU TERSEBUT PANDAI MEMUTARBELITKAN AYAT AL-QURAN DAN AL-HADIS SEMATA2 UNTUK MEMBURUKKAN PAS. JIKA PIHAK YB INGIN MELIHAT BUKU TERSEBUT ADA PADA SAYA. SAYA PERCAYA BUKU INI DICETAK UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA BUKIT GANTANG. HARAP YB DAPAT DEDAHKAN PERKARA INI AGAR UMUM DAPAT MENGETAHUINYA...ANAK KOMANDO REJIMEN 1.

Inilah sikap bacul dan penakutnya UMNO, kalau berani saya cabar pemimpin UMNO untuk berdebat dengan ulama PAS dalam soal ini. Saya pun boleh mewakili PAS walaupun ilmu agama saya tidak setinggi mana, namun saya dapat dedahkan kesesatan UMNO dan kebenaran PAS, Insya Allah.

Sesudah itu kalau berani berceramahlah keliling Bukit Gantang mengenai isi kandungan buku itu. Saya yakin orang akan kata penceramah itu sudah "gila khinzir".

Umumkan nama calon terlibat politik wang - Muhammad

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hari ini mencadangkan Lembaga Disiplin Umno supaya mengumumkan nama calon yang dikaitkan dengan politik wang sebelum bermulanya pemilihan Umno hujung bulan ini.

"Saya fikir elok diumumkan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan bahawa terdapat desas-desus yang mengaitkan beberapa calon jawatan tertinggi Umno dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti berhubung kesalahan politik wang.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika ditanya mengenai kelewatan Lembaga Disiplin parti mengumumkan individu yang terlibat dengan kesalahan politik wang termasuk mereka yang berprofil tinggi berkata:" Saya tak mahu campur. Saya harap pengumuman dapat dibuat supaya dapat redakan keadaan (kerana) orang terlampau banyak persoalkan isu ini."

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Syed Hamid Albar juga sependapat dengan Muhammad yang mahu ia diumumkan sebelum bermulanya pemilihan parti pada Perhimpunan Agung Umno pada 2428 Mac ini. "Spekulasi itu kita tak tahu siapa. Yang terbaik (ialah) sebelum bermula pertandingan. Kalau dah sampai tahap seminggu dua lagi, ia akan menimbulkan keadaan kelam kabut dan huru-hara yang boleh merosakkan dan mudaratkan parti," katanya.

Syed Hamid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata amalan politik wang tidak seharusnya terus bertunjang di dalam parti kerana ia akan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Oleh itu kita perlu perhalusinya (politik wang) kerana ini boleh membawa parah pada Umno selain boleh hilangkan keyakinan rakyat pada Umno," katanya.

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malek berharap pihak yang disiasat dan diambil tindakan supaya menerima hakikat dan menghormati apa yang dilaksanakan oleh Lembaga Disiplin Umno.

"Sesiapa yang mengaku dirinya ahli Umno dan menawarkan diri bertanding mereka harus menerima risiko, pada saya kalau cukup bukti sama ada dia "Harimau Besar " atau "Kancil kecil", jika diambil tindakan kena terimalah dan kita perlu hormati keputusan Lembaga Disiplin.

"Tapi saya harap tak adalah, " katanya. Mstar.

Jordan atau Oxford pilihan Nik Nur Madihah

KOTA BAHARU: Jordan atau United Kingdom (UK). Itulah dilema yang dihadapi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.

Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A dalam peperiksaan SPM itu berkata beliau perlu berfikir panjang sama ada ke Timur Tengah menyambung pelajaran dalam bidang keagamaan, atau mendalami ilmu fizik yang diminatinya di United Kingdom (UK).

Beliau berkata, pelbagai tawaran biasiswa, termasuk daripada MARA, Bank Negara Malaysia dan Petronas yang diterimanya akan diperhalusi bersama keluarga dan gurunya sebelum diputuskan dalam masa terdekat.

"Saya memang berminat untuk belajar ilmu agama di Timur Tengah, tetapi pada masa yang sama, saya juga minat mempelajari fizik.

"Mereka yang lebih arif termasuk seorang profesor fizik dari sebuah universiti tempatan pula, mencadangkan saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford dalam bidang fizik.

"Apa pun, saya akan membuat pilihan terbaik untuk masa depan dan juga kepentingan keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima surat tawaran biasiswa tajaan penuh daripada Pengarah MARA Kelantan, Abd Rahim Taha yang mewakili Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar di kediamannya di Pengkalan Chepa, di sini.

Menurut Abd Rahim, MARA sebelum ini menawarkan biasiswa kepada Nik Nur Madihah ke UK untuk menyambung pelajaran di peringkat A Level sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang fizik.

Namun, katanya, MARA kini memberi peluang kepada pelajar itu memilih sama ada ke Jordan untuk pengajian agama Islam atau UK, dan memberi jaminan biasiswa akan diteruskan sekiranya Nik Nur Madihah ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi termasuk Doktor Falsafah.

Bapa Nik Nur Madihah, Mohd Kamal Hussein, 41, seorang nelayan, dan ibunya Mariani Omar, 42, memberi kebebasan penuh kepadanya untuk membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

Nik Nur Madihah, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah apabila memperoleh 20A (19 1A dan satu A2) dalam peperiksaan SPM tahun lalu. Mstar.

Esok mesyuarat Lembaga Disiplin Umno, apa khabar orang Melaka?

PEMILIHAN pucuk pimpinan Umno semakin panas. Semakin hampir hari pengundian, semakin terasa bahangnya. Panas bukan hanya kerana saingan antara calon semakin sengit tetapi dek kerana ada usaha oleh pihak-pihak tertentu yang mahu menyingkir calon-calon tertentu lebih awal, sebelum proses pemilihan diadakan.

Bermula dengan pendakwaan terhadap Dato' Norza Zakaria, calon ahli Majlis Tertinggi yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan dalam pemilihan parti.

Ketika kes Norza masih panas, kepanasan dalam Umno kemudiannya berpindah kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijalankan ke atas Dato' Azalina Othman Said atas tuduhan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam kementerian itu.

Kedua-dua mereka ini, Norza dan Azalina mengikut pandangan beberapa penganalisa politik adalah 'kambing hitam' untuk membolehkan Umno dilihat sedang melakukan reformasi dalam parti dan juga sebagai salah satu cara bakal Presidennya, Dato' Seri Najib Tun Razak agar dilihat sebagai pemimpin yang bersih dan calon-calon yang dipilih kelak merupakan mereka yang bebas daripada rasuah.

Kemudiannya sudah kedengaran terdapat lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan Umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti dalam masa terdekat, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang. Umno kali ini mahu dilihat serius mahu membersihkan parti daripada mereka yang rasuah.

Khabarnya yang bakal menjadi mangsa hingga tidak layak bertanding dan digantung keahlian terdiri daripada Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan tetapi ini topik hangat yang diperkatakan di internet dan juga di cafe-cafe mewah.

Pembersihan orang Abdullah

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini. Tindakan ini dilihat seperti menurut kehendak sesetengah pihak yang telah mengarahkan pihak lain membuat sidang media akan mengambil injuksi mahkamah jika Umno tidak menyelesaikan kesemua kes politik wang yang telah dilaporkan sebelum ini.

Dato' Kadar Shah Tan Sri Sulaiman Ninam Shah dan Dato' Mazlan Harun yang baru-baru ini membuat sidang media mengumumkan akan mengambil injuksi mahkamah jika kesemua kes politik wang dalam Umno tidak diselesaikan sebelum pemilihan parti tersebut diadakan.

Ada pihak yang melihat mereka berdua ini diarahkan oleh satu pihak lain untuk membuat kenyataan tersebut agar mudah bagi pihak lain tersebut 'membersihkan orang Abdullah' daripada Umno.

Apa yang cuba dilakukan oleh Lembaga Displin Umno dan SPRM dilihat sebagai usaha untuk 'membersihkan orang Abdullah' dalam barisan kepimpinan parti tersebut. Pembersihan 'orang Abdullah' perlu dilakukan untuk memudahkan Najib menjalankan tugas beliau mengikut arahan mentornya, Tun Dr Mahathir Muhammad.

'Pembersihan' itu juga merupakan satu tindakan untuk memastikan kabinet Najib tidak dibarisi oleh perasuah. Ia bersesuaian dengan kehendak Mahathir yang sebelum ini membuat kenyataan Najib "akan menjerat lehernya sendiri" jika beliau melantik pemimpin yang rasuah menganggotai kabinet barunya nanti.

"Masyarakat memang tahu siapa yang terbabit dengan rasuah kerana mereka memberikan wang secara agak terbuka, dan pihak yang menerima pula bercakap bahawa mereka menerima wang itu yang bertujuan memenangi sokongan mereka.

"Jadi apabila Najib menjadi PM dan beliau melantik orang ini, maka seperti yang telah saya katakan, beliau menjerat lehernya sendiri kerana beliau akan kalah dalam pilihanraya umum ke-13 yang akan datang," kata bapa Mukhriz salah seorang calon Ketua Pemuda Umno.

Kerana itu, beliau menasihati Najib supaya memastikan barisan kabinet terdiri daripada mereka yang bersih daripada sebarang bentuk rasuah.

Mahathir baiki imej Najib

Apa yang dilakukan oleh Mahathir itu juga harus dibaca bahawa beliau sedang berkempen supaya rakyat menyokong Najib dan Mukhriz. Mahathir melakukan reverse psikologi dengan cara dilihat seperti mengkritik Najib tetapi sebenarnya sedang berusaha untuk membina imej calon pilihan beliau itu.

Mahathir perlu melakukan perkara tersebut untuk membantu Najib agar turut dilihat bersih seperti mana Abdullah yang dilihat bersih sebelum dan ketika baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Malah Mahathir sendiri sebelum menjadi Perdana Menteri dan ketika tahun pertama memegang jawatan tersebut dilihat bersih.

Malangnya bagi Najib kerana sejak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi beliau sudah dikaitkan dengan pelbagai skandal. Lebih malang lagi kerana Najib tidak pernah dibersihkan oleh mana-mana mahkamah biarpun beliau tidak pernah didakwa oleh mana-mana mahkamah.

Apa pun keputusannya bergantung kepada keputusan mesyuarat Lembaga Disiplin Umno yang dijangka akan diadakan esok. Mesyuarat tersebut menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Menjelang petang esok tentunya calon-calon yang namanya menjadi bualan sejak seminggu lalu tidak senang duduk mengenangkan nasib diri yang kini ditentukan oleh Lembaga Displin parti. Apakah 'pelaburan' yang telah dibuat selama ini akan berbaloi atau bakal lenyap bila diambil tindakan.

Mereka yang kepanasan dan tidak senang duduk sudah tentu mengharapkan ada rakan-rakan atau penyokong-penyokong akan menghubungi dan bertanya khabar.Harakahdaily.

Usul gantung Gobind timbul kekecohan

KUALA LUMPUR, 17 Mac : - Pembentangan usul terhadap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang dianggap menghina Dewan Rakyat telah menimbulkan kekecohan di kalangan Ahli-ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat, petang semalam.

Kekecohan bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Abdul Aziz membentangkan usul terhadap Gobind yang dikatakan menghina Dewan dengan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, Khamis lalu.

Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan meluluskan usul tersebut untuk dibahaskan, beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit membantah, menjadikan sidang kecoh dengan suara-suara dari MP Pakatan dan BN.

Antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang bangkit membantah ialah Dato' Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat), S Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Sivarasa Rasiah (KeADILan-Subang), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), dan Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas).

Kamaruddin ketika bangun membantah, mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu perlu dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan.

Kit Siang pula membangkitkan usul tersebut memerlukan notis selama tujuh hari sebelum ia dibahaskan. Bagaimanapun Pandikar menyatakan bahawa Speaker mempunyai kuasa yang luas berhubung perkara tersebut.

Setelah hampir satu jam berlakunya kekecohan di Dewan sehingga menemui jalan buntu, usul tersebut kemudiannya dibahaskan kira-kira 40 minit.

Sementara itu, ketika Nazri menggulung usul berkenaan, dewan sekali lagi kecoh dengan suara tidak puas hati di kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat, sebelum mereka bertindak meninggalkan dewan sebagai tanda membantah.

Usul tersebut kemudiannya diluluskan dengan Gobind digantung tugas sebagai ahli Parlimen selama 12 bulan, selain tidak akan dibayar elaun dan kemudahan sebagai wakil rakyat. Harakahdaily.

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

ALOR SETAR, 16 Mac : - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno," ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

"Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

"Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

"Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

"Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim. Harakahdaily..

Calon timbalan presiden akan digantung?

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar 'SMS alert' hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.

Tiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno - Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam - dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

"Kami meneruskan kempen seperti biasa," kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

"Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam," katanya.Malaysiakini.

Bahasa lebih penting daripada wang ringgit - A. Samad Said

TAIPING, 16 Mac :- Wang bukan segala-galanya. Begitulah dinyatakan oleh Tokoh Sastrawaan Negara, Dato A. Samad Said ketika melancarkan Gerakan Kerja Badan-badan NGO Islam dan kaum India/Cina sempena menjelangnya Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen P-59 Bukit Gantang di Markaz PASTI, Kampung Boyan dekat sini petang semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Pilihan Raya P-59 diadakan pada 7 April depan manakala Hari Penamaan Calonnya 29, Mac ini.

"Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang,� katanya.

Beliau menegaskan, sejak awal Tun Dr Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI itu, telah heboh diperkatakan oleh tokoh bahasa negara akan kesan dan akibatnya terhadap pembelajaran murid-murid Melayu dalam sains dan matematik berpenghantar Inggeris itu.

Kata A. Samad, setelah digunakan beberapa tahun kaedah tersebut, hasil kajian profesional membuktikan kemampuan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu bertambah lemah dari tahun ke setahun hingga kini.

Disebabkan tidak sanggup lagi menerima kesan buruk akibat pengunaan PPSMI terhadap generasi kita, maka saya sanggup berada bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hari protes PPSMI, 7, Mac lalu dan telah terkena gas pemedih mata serta tembakan pancutan mariam air terhadap kami petang itu, katanya.

"Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansukan segera PPSMI itu," jelasnya.

Bagi beliau, PPSMI itu adalah seumpama gas pemedih mata juga kerana kalau lambat diubati dengan memakan garam sedikit serta membasuhnya dengan air maka ianya akan bertambah parah, kucar-kacir murid-murid Melayu kesudahannya.

"Itulah sebabnya saya berada seimggu di sini menjelaskan betapa pentingnya PPSMI dimansuhkan segera dengan diajar dalam Bahasa Melayu," kata Samad.Harakahdaily.

Lembaga Disiplin tentukan nasib calon Umno esok

Nasib lebih 20 calon yang bertanding jawatan utama dijangka diketahui nasib mereka - berhubung kes politik wang esok.

Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Menurut sumber, badan itu dipercayai mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

"Kemungkinan sidang media esok bertujuan untuk umumkan mengenai politik wang," kata sumber bekenaan.

Dalam pada itu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan pihaknya menahan beberapa individu yang dipercayai penyokong dua pemimpin Umno yang layak bertanding dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Sebaliknya beliau menegaskan SPRM tidak membuat sebarang tangkapan terbaru berhubung politik wang dalam Umno.

"Tak ada, tak ada apa-apa tangkapan,' katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan 11 orang penyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan tujuh penyokong Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ditahan oleh SPRM.

Kedua-dua mereka masing-masing bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda.

Ahmad bagaimanapun menyifatkan khabar agin tersebut sengaja disebarkan terutamanya menjelang pemilihan Umno pada 24 hingga 28 Mac.

"Dah namapun khabar angin, jadi ia memang khabar anginlah.

"Memang banyak khabar angin begini disebarkan terutamanya bila pemilihan (Umno) dah dekat," katanya.

Ditanya sama ada Lembaga Disiplin Umno ada berhubung atau membuat laporan berhubung politik wang kepada pihaknya, beliau enggan mengulas lanjut.Mstar.

Nizar fail rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk merujukkan saman beliau terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, kepada Mahkamah Persekutuan.

Peguam Amer Hamzah Arshad, memberitahu bahawa mereka juga memfailkan notis usul bagi penangguhan prosiding untuk merujukkan kes itu kepada Mahkamah Persekutuan, yang dijadual didengar Jumaat ini.

Notis rayuan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, manakala notis usul itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi ini, kata Amer Hamzah.

Pada 6 Mac, Hakim Lau Bee Lan, memutuskan terdapat isu berperlembagaan membabitkan tafsiran Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan pada 10 Mac menetapkan bahawa terdapat empat persoalan perlembagaan perlu ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan.

Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memfailkan semakan kehakiman pada 13 Februari, memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Dr Zambry daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. - Bernama

Wakil BN kena amaran keluar Dewan.

Wakil rakyat BN hari ini menerima amaran perintah keluar dewan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas didakwa "main-main" ketika mengemukakan soalan tambahan kepada exco.

Subahan Kamal (BN-Taman Templer) diberi amaran oleh Teng Chang Kim apabila mengemukakan soalan kepada exco kerajaan tempatan, Ronnie Liu berhubung pengambilalihan dewan orang ramai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Subahan pada mulanya menerima teguran awal Teng apabila tidak memberikan soalan, sebaliknya membuat ulasan pada sesi soal jawab terhadap isu pengambilalihan dewan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu mendakwa, tiada penjelasan hitam putih daripada PBT mengenai status dewan tersebut yang dibina sendiri oleh sebuah parti politik di atas tanah kerajaan.

Menjawab teguran speaker, setelah meminta maaf, Subahan memberikan alasan "celaru sedikit" kerana "teringatkan sangkaan buruk (wakil rakyat) Bukit Antarabangsa (Azmin Ali) tentang speaker duduk di bawah pokok" sebelum itu.

Speaker yang kelihatan marah dengan jawapan itu berkata: "Jangan main-main, sekali lagi saya suruh kamu keluar."

Azmin ketika membahaskan titah Sultan Selangor minggu lalu berkata, beliau bersyukur kerana DUN Selangor dapat bersidang dengan baik, berbeza dengan keadaan di Perak yang menghadapi krisis perlembagaan sehingga menyebabkan speakernya mengadakan sidang tergempar di bawah pokok.

Teng berkata, bagi menjimatkan masa dan melancarkan perjalanan dewan, Adun yang hendak membahaskan sesuatu isu boleh berbuat demikian dalam sesi perbahasan, bukan soal jawab.

"Kalau rasa celaru, jangan masuk dewan," katanya kepada Subahan.

Ronnie, yang kemudiannya hendak menjawab perkara itu, turut ditegah oleh speaker.Malaysiakini.

Kes Adun Lompat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan persoalan undang-undang membabitkan pentaksiran Perlembagaan Perak berhubung pihak mana bertanggungjawab memutuskan pengesahan kedudukan tiga kerusi bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lompat, dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian untuk memastikan sama ada Speaker Dewan Undangan Negeri, V Sivakumar, atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berkuasa untuk memutuskan kekosongan bagi ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Penggantungan Gobind , pengajaran kepada kumpulan kudeta Perak .

Hari ini berita penggantungan ahli Parlimen Puchong, Gobind pasti menjadi buah mulut semua pihak terutamanya pihak kumpulan kudeta yang merampas kuasa di negeri Perak.

Gobind bukan sahaja kena berehat dari bersidang di Parlimen sekaligus penggantungannya termasuklah tidak dibayar gaji selama 12 bulan juga.

Speaker DUN Perak,V.Sivakumar bersama dengan jawatan Kuasa Hak dan kebebasan telah menggantung MB Kudeta perak selama 18 bulan dan Exco kudetanya selama 12 bulan.

Satu hukuman yang lebih ringan walaupun kesalahan mereka lebih berat dan besar resikonya kepada Negeri Perak khususnya. Apakan tidak, tindakan kumpulan ini telah memporak perandakan sistem pentadbiran kerajaan Perak sekarang. Rakyat menjadi mangsa kepada tindakan tidak bertamadun itu.

Tindakan Gobind mungkin saja melibatkan dua watak utama iaitu dia sendiri dan Najib yang dituduh dengan kes pembunuhan oleh Gobind.

Sebab itu Zambry dan rakan-rakan seangkatannya kena menarik nafas lega..., nasib baik kami tidak digantung gaji juga !

Usul gantung Gobind diluluskan

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz untuk menggantung ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh selama setahun, diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Pandikar Amin Mulia.

Pembentangan usul tersebut dibantah keras oleh pembangkang, sehingga menimbulkan kebuntuan hampir satu jam.

Pandikar hanya dapat mengawal keadaan pada kira-kira 12.30 tengahari dan membenarkan ahli Parlimen membahaskan usul tersebut.

Usul dibentangkan terhadap Gobind kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana ment

Minggu lalu, wakil rakyat Puchong itu digantung sehari daripada menghadiri Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz akan diputuskan hari ini. Ia sedang dibahaskan sekarang.

Teks lengkap usul seperti berikut:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.Malaysiakini

Hina Sultan Perak, suami isteri didakwa

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen 3 di sini, hari ini atas pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, melalui komen yang dihantar ke satu laman web pada 14 Februari lalu.

Ahli perniagaan, Fuad Ariff Abdul Rashid, 35, dan Fatimah Maisurah Abdullah, 34, menghadapi dua pertuduhan menghantar komen itu di http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat Sultan Perak, www.sultan.perak.gov.my dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kedua-dua tertuduh menghadapi pertuduhan secara bersama menghantar komen menghina Sultan Perak pada jam 7.57 dan 8.01 pagi pada 14 Februari lalu, di alamat No 1206, Kampung Tok Kaya, Chabang Tiga, di sini secara sedar dan sengaja untuk menyakitkan hati orang lain.

Pendakwaan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Abd Karim, dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Azmi Ariffin.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) dan (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.

Fuad yang memakai kemeja berbelang putih dan seluar hitam sedondon dengan isterinya yang berkebaya dan tudung rona sama diwakili Peguam, Wan Zainuddin Wan Musa dari Wan Zainuddin & Co, tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 seorang.

Mahkamah menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes. Bernama.

Calon hilang kelayakan tanding?

Lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti minggu ini, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang.

Mereka termasuklah beberapa calon jawatan utama yang berkemungkinan dikenakan hukuman hilang kelayakan bertanding.

Beberapa calon terbabit yang disebut-sebut tidak dapat dihubungi mStar Online yang berusaha menghubungi mereka.

"Difahamkan Lembaga Disiplin sudah mengeluarkan surat...dipercayai beberapa calon utama terlibat.

"Ada yang merayu dan ada kemungkinan hilang kelayakan bertanding," kata sumber kepada mStar Online hari ini.

Difahamkan Lembaga Disiplin akan mengumumkan keputusannya menjelang Rabu ini.

Antara hukuman yang bakal dikenakan termasuklah amaran, hilang kelayakan bertanding ataupun digantung keahlian selama tiga tahun.

Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini.

Pemilihan diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan bulan ini.

Penghujung tahun lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata beliau ada menerima laporan berhubung aduan politik wang bagi jawatan tertinggi, Timbalan dan Naib Presiden parti.

Jumaat lalu, calon Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mohamad Norza Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua tuduhan rasuah.

Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun Mohamad Norza berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai anggota MT hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Minggu lepas, dua pegawai Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk setiausaha politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.

Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta setiausaha politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.

Setiausaha politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi MT.Mstar.

KERANA MANUSIA ITU LUPA

Oleh : Dr Fikrah

Allah SWT berfirman :

Dan tidakkan manusia memerhatikan bahawa Kami (Allah) telah menciptakkan dari setitis air mani, ternyata dia (manusia) menjadi musuh yang nyata (Surah Yasin : 77)

Al Quran telah menceritakan tentang perkembangan hidup manusia, yang bermula dari setitis air mani yang langsung tidak punya apa kuasa. Hanya setitis air yang tidak mampu melakukan apa pun, mudah sahaja mati dalam tempoh 48 jam! Itulah umur maksimum sperma yang tidak punya apa-apa pun. Bayangkanlah anda ketika itu? Langsung tidak berguna.

Bermula daripada setitis air mani sebanyak 3.5 ml air mani yang mengandungi 400 juta ekor sperma, dan ditakdirkan oleh Allah SWT ia bergabung dengan ovum. Bayangkanlah, peluang seseorang manusia itu hidup ialah 1/400 juta!! Berkemungkinan besar peluang untuk hidup bukan anda. Sperma yang bergabung dengan ovum hanyalah satu daripada 400 juta, yang menunjukkan peluang untuk anda hidup di dunia pada hari ini sangat tipis!

Tetapi dengan rahmat Allah SWT, ditakdirkan seekor daripada 400 juta itu berjaya menembusi ovum dan bergabung dengannya lalu menjadilah seorang bayi dalam tempoh-tempoh tertentu. Betapa besarnya rahmat Allah SWT kepada anda, peluang hidup yang sangat tipis itu, sepatutnya menjadikan anda bersyukur.

Tetapi, manusia itu mudah lupa. Apabila Allah SWT telah memberikan peluangnya sekali lagi ketika dalam keadaan bayi. Allah SWT mencampakkan rasa kasih sayang ibu kepada anda supaya anda dapat meneruskan hidup di bawah jagaan ibu anda. Lihatlah sekiranya seorang ibu tiada perasaan tersebut, sudah dibuangnya anak tersebut di dalam tong sampah sepertimana yang banyak berlaku hari ini.

Segala zat-zat badan anda terbentuk sedikit demi sedikit sehinggalah anda dapat merangkak, berjalan, bertutur dan sebagainya. Namun, memang benar, manusia itu lupa. Setelah manusia itu diajar berkata-kata dan dia sudah pandai berkata-kata, dia menghina undang-undang Tuhan yang telah menghidupkannya daripada tiada.

Begitu juga kaki dan tangan. Sekiranya ketika kecil dahulu, bersusah payah si anak belajar berjalan, tetapi apabila sudah dewasa, tangan itulah yang mengancam pejuang-pejuang Allah SWT.. Kaki itulah yang digunakan untuk menganiaya manusia-manusia lain. Kalau dahulu, si anak langsung tidak tahu membaca, tetapi apabila dewasa, dia menafsirkan al Quran sewenang-wenangnya.

Begitu juga akal. Kalau dahulunya, si anak di ajar untuk menjadi seorang yang pintar, tetapi apabila dewasa, dia menjadi seorang perancang untuk menjahanamkan Islam. Segala anggota tubuhnya yang telah dihidupkan oleh Allah SWT digunakan untuk menghina Allah SWT. Bayangkanlah sekiranya sedikit nikmat itu ditarik oleh Allah?

Bayangkan sekiranya nikmat membuang air besar itu dicabut dari tubuh seseorang? Sudah pasti dia akan merana seumur hidup. Sekiranya nikmat bernafas itu ditarik, sudah pasti dia akan sengsara seumur hidup. Segalanya sangat mudah bagi Allah SWT. Namun, golongan-golongan yang lupa ini, terus sahaja menggunakan aggota-anggota tersebut untuk menjahanamkan Islam.

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah SWT bahawa “ternyata dia menjadi musuh yang nyata”!!

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah

Tolak Islam kerana Degil

Oleh : Dr Fikrah / Email : abi umar

Di dalam Sirah Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda SAW ditolak oleh golongan-golongan Pembesar Quraisy. Mereka juga telah menawarkan tawaran yang begitu lumayan kepada Baginda SAW supaya tidak lagi meneruskan perjuangannya untuk menyampaikan kebenaran. Mereka begitu takut sekiranya pengaruh dan kepentingan mereka terhakis disebabkan kewujudan Islam yang bercanggah dengan amalan jahiliyyah mereka selama ini.

Selain itu, mereka juga mengancam keselamatan Nabi Muhammad SAW sekiranya Baginda masih meneruskan perjuangannya tersebut. Namun, ia langsung tidak dihiraukan oleh Baginda SAW kerana harta dunia akan lenyap, sedangkan agama itu akan terus hidup dan berkembang. Dakwah yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada pembesar Quraisy dengan pelbagai cara untuk memahamkan mereka.

Namun, apa yang terjadi ialah kedegilan mereka untuk menerima Islam. Mereka sudah pun memahami bahawa Nabi Muhammad SAW membawa satu kebenaran yang nyata dan jelas, namun mereka masih menolaknya kerana kedegilan mereka, dan kepentingan mereka. Mereka khuatir sekiranya mereka mengikut Nabi Muhammad SAW, segala kemewahan yang mereka miliki akan hilang, pangkat kebesaran mereka akan tercabut dan pengaruh mereka akan luput.

Begitulah apa yang terjadi hari ini, kebenaran itu sudah jelas nyata di hadapan mata. Tetapi Islam masih ditolak kerana kedegilan manusia hari ini, sama seperti pembesar-pembesar jahiliyyah ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Mereka sudah pun tahu bahawa tindakan mereka adalah salah, namun, demi kepentingan, mereka sanggup untuk berpijak di atas kejahiliyyahan.

Demi menjaga kedudukan, mereka sanggup melakukan apa sahaja, tidak kira halal atau haram seperti rasuah, melanggar undang-undang, membuat kerosakan dan sebagainya. Begitu juga harta yang mereka sayangi. Mereka tidak sanggup kehilangan harta sekiranya mengikut kebenaran yang jelas ini. Mereka juga khuatir pengaruh mereka yang selama ini mereka bentuk di atas jalan yang bersifat kepentingan, akan hilang begitu sahaja kerana berada di jalan yang benar.

Sekiranya Nabi Muhammad SAW ditawarkan dengan kekayaan yang tiada bandingannya, hari ini pejuang-pejuang Islam yang mewarisi perjuangan Nabi SAW turut ditawarkan dengan jutaan ringgit sebagai rasuah, untuk menggagalkan misi perjuangan mereka. Maka, siapakah dia Abu Jahal dan Abu Lahab pada hari ini?

Golongan-golongan pembesar di zaman Nabi SAW berdegil untuk mempertahankan kedudukannya, walaupun kebenaran itu jelas nyata di hadapan mata mereka. Mereka mempertahankannya juga walaupun terpaksa melakukan apa sahaja, asalkan kepentingan yang mereka canang, berhasil.

Mereka juga sanggup menipu, merampas hak orang lain dan sebagainya, asalkan kedudukan mereka berkekalan. Atau dengan kata lain, asalkan duit masuk poket. Inilah apa yang terjadi hari ini. Siapakah yang menzalimi diri mereka kalau bukan diri mereka sendiri? Mereka sengaja berdegil daripada menerima kebenaran. Sengaja menutup telinga dan mata mereka daripada mendengar kebenaran yang sudah jelas nyata.

Salam Perjuangan,

Dr Fikrah