21 Disember 2021

Mengaku terima suntikan vaksin 16 kali, lelaki turut dibayar sehingga RM200

 

SULAWESI SELATAN: Seorang lelaki mendakwa sudah menerima suntikan vaksin sebanyak 16 kali dengan menerima bayaran antara 100,000 hingga 800,000 rupiah (RM29-RM235) untuk sekali vaksin.

Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta banjir

 

GAMBAR yang dikongsi netizen di Instagram menunjukkan kawasan banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. - AGENSI

JAKARTA: Sebahagian kawasan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dekat sini ditenggelami banjir.

31 warga asing dicekup ceroboh Mydin

 

SHAH ALAM: Seramai 31 warga asing dicekup bagi membantu siasatan kes pecah dan ceroboh pasar raya Mydin di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Mangsa banjir meningkat kepada 71,639 orang

 

Anggota bomba melakukan rutin meronda di kawasan untuk mencari mangsa yang terperangkap di RTB Bukit Changgang, di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir sudah meningkat ke 71,639 setakat pukul 5.50 petang hari ini yang terdiri daripada 19,848 keluarga.

Pelantikan Azman Mokhtar tepat pada masa

 

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR: 
Pelantikan Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Haji dianggap tepat pada masanya sesuai dengan kelayakan dan kebolehannya.

Dewan Negara lulus Bajet 2022

 

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

JPM (Hal Ehwal Agama) peruntuk lebih RM6 juta bantu mangsa banjir

 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memperuntukkan RM6,033,280 bagi membantu mangsa yang terbabit bencana banjir.

Banjir: Mydin tanggung kerugian lebih RM5 juta

 Datuk Ameer Ali Mydin. - NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

Datuk Ameer Ali Mydin. - NSTP/MUHD ZAABA ZAKERIA

KUALA LUMPUR: Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN), yang mengendalikan lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara, menanggung kerugian semasa yang dianggarkan mencecah lebih RM5 juta akibat bencana banjir yang melanda wilayah tengah Semenanjung baru-baru ini.

‘Saya halalkan mereka dengan niat teruskan kelangsungan hidup’

 

KUALA LUMPUR: Pengarah urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN) Datuk Dr Ameer Ali Mydin menghalalkan perbuatan mereka yang memecah masuk di premis MYDIN Mart ekoran bantuan yang lambat tiba sewaktu banjir teruk baharu-baharu ini.

Gempa bumi 6.2 skala Richter landa California Utara

 

CALIFORNIA: Gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda pesisir pantai California Utara yang menggegarkan kawasan luas negeri itu selepas waktu tengah hari, semalam.

Pemandu treler langgar 10 maut di Lebuhraya Elite mengaku tidak bersalah

 

MOHD. Rafi Jaafar (tengah) menutup wajahnya selepas didakwa dengan 10 pertuduhan memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kemalangan dan kematian 10 individu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM: Seorang pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan dan kematian 10 individu, tiga hari lalu.

70,000 anak ikan tilapia mati akibat banjir

 Sangkar penternakan tilapia merah di Kuala Linggi. - NSTP/HASSAN OMAR

PreviousNext

MASJID TANAH: Sebanyak 70,000 anak ikan tilapia merah yang baru empat hari dilepaskan ke sangkar penternakan dalam sungai di Kuala Linggi, dekat sini, mati akibat banjir.

Banjir di Selangor, 17 disahkan terkorban

 - FOTO NSTP

- FOTO NSTP

SHAH ALAM: Sebanyak 17 kematian direkodkan di tiga daerah sehingga jam 8 pagi tadi akibat banjir yang melanda Selangor sejak Jumaat lalu.

12 warga Indonesia rompak diesel RM4.86 juta diburu

 

KAPAL MT Ocean Pride yang membawa muatan diesel dipercayai dirompak sekumpulan kru kapal warga Indonesia di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.

JOHOR BAHRU: Kira-kira 12 kru kapal warga Indonesia diburu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki melakukan rompakan 1.8 juta liter minyak diesel bernilai RM4.86 juta dalam kejadian pada 5 Disember lalu.

3,140 kes Covid-19 hari ini

 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PETALING JAYA: Sebanyak 3,140 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 2,589 kes yang dilapor semalam. 

Laluan LPT 1 berdekatan Bentong, Karak, Lanchang dan Temerloh masih ditutup

PEMANDANGAN laluan Lebuh Raya Pantai Timur masih dilimpahi air berikutan banjir berdekatan Lanchang di Temeroh, Pahang. - GAMBAR IHSAN ANIH BERHAD

KUANTAN: Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad masih menutup beberapa laluan di KLK berdekatan Bentong, Karak dan Temerloh dekat sini berikutan banjir belum surut pada pukul 9 pagi hari ini.

Banjir: Penduduk di kawasan utara Semenanjung pula perlu berjaga-jaga

 

KEADAAN kawasan pertanian yang ditenggelami air akibat bencana banjir di Kampung Lanjut Manis, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) di negeri-negeri utara semenanjung.

62,999 mangsa banjir di lapan negeri

KEADAAN banjir yang masih belum surut di beberapa kawasan pada tinjauan udara bersama Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Sri Muda, Shah Alam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

 PETALING JAYA: Sebanyak 62,999 orang daripada 14,023 keluarga membabitkan lapan negeri iaitu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang menjadi mangsa banjir di 430 Pusat Pemindahan seluruh negara, setakat pukul 4 pagi tadi. 

Tanah runtuh: Seorang cedera, empat rumah rosak

 

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas cedera manakala empat buah rumah rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala di sini awal pagi tadi.

2022 tahun tamatkan pandemik COVID-19 - WHO

 Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media di ibu pejabat WHO di Geneva. - Foto AFP

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang media di ibu pejabat WHO di Geneva. - Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa dunia terus bersatu dan membuat keputusan sukar yang diperlukan untuk menamatkan pandemik COVID-19 dalam tahun hadapan.

Sembilan lemas akibat banjir di Shah Alam

 Orang ramai bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerjasama untuk mengeluarkan mangsa banjir di sebuah taman perumahan di Bukit Kemuning. - Foto BERNAMA

Orang ramai bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bekerjasama untuk mengeluarkan mangsa banjir di sebuah taman perumahan di Bukit Kemuning. - Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Angka terkini mangsa disahkan lemas akibat banjir di Shah Alam meningkat kepada sembilan orang sehingga awal pagi hari ini.

Banjir lumpur Bentong: Mayat wanita ditemui, 2 dikhuatiri masih hilang

 Deretan chalet di Bentong yang rosak teruk akibat banjir lumpur kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu. - BERNAMA

Deretan chalet di Bentong yang rosak teruk akibat banjir lumpur kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu. - BERNAMA

BENTONG: Satu mayat wanita ditemui pada jam 11 pagi ini, manakala dua lagi dikhuatiri masih hilang, lapor BERNAMA memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Keadaan banjir tidak banyak berubah di kebanyakan negeri

 Permandangan dari udara, kawasan banjir di sekitar Bukit Rangin, semalam. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

Permandangan dari udara, kawasan banjir di sekitar Bukit Rangin, semalam. - Foto NSTP/Farizul Hafiz Awang

KUALA LUMPUR: Meskipun cuaca bertambah baik, musibah banjir yang melanda negara sejak Sabtu lalu masih tidak menunjukkan perkembangan positif yang besar.