21 Disember 2021

Banjir lumpur Bentong: Mayat wanita ditemui, 2 dikhuatiri masih hilang

 Deretan chalet di Bentong yang rosak teruk akibat banjir lumpur kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu. - BERNAMA

Deretan chalet di Bentong yang rosak teruk akibat banjir lumpur kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu. - BERNAMA

BENTONG: Satu mayat wanita ditemui pada jam 11 pagi ini, manakala dua lagi dikhuatiri masih hilang, lapor BERNAMA memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Media semalam melaporkan, tiga individu hilang dihanyut arus sungai di sebuah chalet di sini, kira-kira jam 11 malam pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak dilaporkan terkandas dalam kejadian banjir lumpur yang menenggelamkan restoran dan tiga kolam ternakan ikan patin, manakala pagar utama chalet turut roboh.

Pasukan mencari dan menyelamat dilapor mengenal pasti dua 'hot spot' yang dipercayai terdapat mangsa tragedi itu, iaitu di bawah rumah dan di bawah timbunan kayu balak.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan untuk ke chalet dipenuhi lumpur susulan kesan arus deras selain terdapat banyak batu besar dipercayai bergolek dari kawasan tinggi, timbunan kayu balak serta beberapa runtuhan tanah sederhana di lereng bukit chalet berkenaan.

Keadan chalet juga terjejas dan separuh musnah, manakala bahagian bawahnya diseliputi selut tebal.

BHARIAN.

Tiada ulasan: