06 September 2011

Pulau Pinang dilanda jerebu susulan gempa bumi Sumatera

8 Syawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: Kualiti udara di kebanyakan kawasan di Pulau Pinang hari ini merosot dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Universiti Sains Malaysia (USM) direkodkan meningkat kepada 89 pada jam 5 petang tadi berbanding 41 pada jam 7 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata cuaca berjerebu yang melanda negeri ini hari ini dipercayai berpunca daripada gempa bumi melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini.

"Pulau Pinang mengalami jerebu sejak dua hari lepas ekoran tiada hujan dan cuaca kering. Bagaimanapun keadaan masih terkawal tetapi berdasarkan laporan yang diterima hari ini, jerebu menjadi lebih buruk akibat gempa bumi di Sumatera Utara awal pagi ini," katanya di sini, hari ini.

IPU yang dicatat di Seberang Jaya ialah 74 dengan jarak penglihatan tiga kilometer, Perai (67) dengan jarak penglihatan empat kilometer.

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Sumatera Utara, Indonesia pada 1.55 pagi ini yang gegarannya turut dirasai di beberapa negeri di Semenanjung.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 2.9 darjah Utara dan 97.6 darjah Timur, 363 kilometer dari barat daya Pulau Pangkor, Perak.

"Keadaan jerebu ini dijangka berlarutan hingga beberapa hari lagi ekoran ramalan kaji cuaca menjangkakan Pulau Pinang tidak akan hujan dalam tempoh berkenaan," katanya.

Tahap IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya). - BERNAMA

Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat?

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.

Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan
kerajaan penjajah British?

Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir DuncanStewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember
1949.

Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.

Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.

Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.

PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.

------------------------------------------------------------------------------------

Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak dan yang dipertua PAS Miri.

'Mat Indera murid bapa Muhyiddin'

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.

johor pas youth visit mat indera brother johan shah 060911 suhaizan kait johan shahMalah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (gambar sebelah, kanan), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah (gambar atas, kiri) - semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.

Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British

Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".

Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:

- Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.

johor pas youth visit mat indera brother johan shah 060911 suhaizan kaiat- Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.

- British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.

- Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.

- Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.

- Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.

- Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.

- Mat Indera tidak pernah berkahwin.

Malaysiakini/-

Pelajar Malaysia selamat dalam kejadian gempa di Aceh

8 Syawal 1432H. [MOD] -

JAKARTA - Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh awal hari ini.

Sehingga pukul 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 orang meninggal dunia dalam kejadian gempa pada pukul 12.55 pagi waktu tempatan itu.

Atase Pendidikan, Education Malaysia (dulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun berkata gempa itu tidak dirasakan oleh pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.

Bagaimanapun pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan.

"Semua pelajar Malaysia seramai 176 orang di Aceh dan 612 orang pelajar Malaysia di Medan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini.

Ludinata berkata pihaknya telah mengingatkan para pelajar terbabit supaya sentiasa menyiapkan diri dengan kemungkinan terpaksa dipindahkan jika berlaku gempa susulan yang lebih besar kemudian.

Mereka juga diminta sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan segera keluar rumah ke kawasan lapang jika berlaku lagi gempa bumi kerana kejadian itu boleh mengakibatkan bangunan runtuh.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia berkata gempa bumi awal hari ini itu berpusat di darat di kedudukan 59 kilometer Timur Laut Singkil Baru, Aceh, di kedalaman 78 kilometer.

Ia tidak berpotensi tsunami, namun gegarannya dapat dirasakan hingga ke Kota Medan dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Bernama

Pelajar ke Mesir dinasihati tidak terbabit demonstrasi jalanan

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KANGAR - Para pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka di Mesir dinasihati tidak membabitkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan masa depan mereka termasuk menyertai demonstrasi jalanan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, mereka perlu menunaikan harapan negara dan keluarga dengan memberi sepenuh tumpuan dalam bidang pelajaran hingga mencapai kejayaan sebenar.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan dengan 28 pelajar Perlis yang bakal melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam, bahasa Arab dan perubatan di Mesir di sini hari ini.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan tiket penerbangan bernilai hampir RM2,000 dan wang saku RM500 seorang daripada kerajaan negeri kepada mereka yang akan bertolak ke Mesir pada 16 September ini.

Majlis yang disertai jamuan hari raya itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri Perlis dan Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (Ilmam) Perlis yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Jafperi Othman serta Pengerusi Ilmam Perlis, Syed Taareg Syed Mohamad.

Di samping sumbangan yang diberikan hari ini, para pelajar terbabit juga turut diberi sumbangan RM2,000 setiap seorang oleh Baitulmal Perlis untuk perbelanjaan awal pengajian mereka manakala setiap tahun mereka juga akan diberi sumbangan RM4,000 seorang melalui wang zakat bagi perbelanjaan sepanjang pengajian mereka antara empat dan enam tahun.

Md Isa berkata, walaupun keadaan di Mesir dilaporkan terkawal namun beliau menasihati para pelajar sentiasa berhati-hati di negara itu terutama bagi memastikan keselamatan mereka terus terjamin.
- Bernama

Natasha punca rakan disimbah asid

8 Syawal 1432H. [MOD] -

NATASHA (kanan) menunjukkan kesan simbahan asid pada badan Mohd. Hafizuddin di Kangar semalam.

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”

Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.

Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.

“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.

“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis di sini semalam.

RUMAH di Taman Seri Bakau, Kangar tempat Mohd. Hafizuddin cedera disimbah asid oleh seorang lelaki gara-gara cemburukan Natasha.

Semalam akhbar melaporkan seorang pemuda cedera di muka dan tangan kanan akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika sedang mengunci pagar rumahnya di Taman Seri Bakau di sini.

Menurut polis, motif serangan oleh suspek berusia 19 tahun itu disebabkan cemburu ekoran mangsa melarangnya mendekati Natasha. Penyerang tersebut kemudiannya berjaya diberkas.

Natasha yang bekerja sebagai jurujual kosmetik berkata, punca temannya diserang adalah kerana suspek tidak berpuas hati ekoran tidak dapat mendekati dirinya.

“Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka,” ujarnya lagi.

Natasha mendakwa menjadi tumpuan ramai lelaki ekoran minatnya yang suka menyanyi dan menari di beberapa pusat karaoke di sekitar pantai negeri itu.

“Saya sayangkan Hafizuddin sebab dia banyak menolong dan memberi sokongan kepada saya. Oleh itu, keputusan kami ini baik untuk semua pihak,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin yang bekerja di bidang penyediaan makanan memberitahu, dia akan mengikut Natasha kerana serasi hidup bersama sejak mengenalinya empat bulan lalu.

Jelasnya, dia tidak mengalami kecacatan kekal atau serius kerana penyerang tersebut tidak

kosmo/-

Jais dakwa Khalid Samad kerana tazkirah tanpa tauliah

8 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 6 Sept: Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.

(Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais)

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.

Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.

Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais.

PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu.

Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

"Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.

"Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.

"Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.

"Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.

"Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

"Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan," cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya.

harakahdaily/-

Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura

8 Syawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR bertarikh 16 Ogos lalu menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi Bukit Brown di Singapura.

SINGAPURA - Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar di sini akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.

Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubu penduduk Cina yang tertua di Singapura.

Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.

Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.

"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. - AFP

Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

harakahdaily/-

5 dulang lesap

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KAJANG – Empat lelaki bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan satu tukul besi hanya mengambil masa 5 minit untuk melarikan lima dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Besar, Kajang, semalam.

Kesemua suspek yang memakai topi keledar penuh dan jaket hitam berusia lingkungan 30-an melarikan diri menggunakan dua buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai emas berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Azman Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila tiga suspek berkenaan yang berpakaian topi keledar penuh dan jaket hitam memasuki kedai emas berkenaan.

“Semasa kejadian terdapat tujuh pelanggan di premis berkenaan, apabila tiga suspek bertindak meluru masuk ke dalam premis dan mengacukan dua objek menyerupai pistol manakala seorang lagi menggunakan tukul besi sebelum memecahkan cermin tempat penyimpanan barang kemas.

“Salah seorang lagi suspek hanya menunggu dengan motosikal di luar premis berkenaan dan mereka mengambil masa kira-kira lima minit untuk beredar melarikan diri menggunakan dua buah motosikal bersama barangan kemas ke arah Sungai Chua, Kajang”, katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut serta menegaskan gerakan mencari kesemua suspek berkenaan berusia lingkungan 30-an akan dilaksanakan.

“Berdasarkan maklumat awal pemilik memaklumkan kehilangan lima dulang barang kemas akibat kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan serta menegaskan premis berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian bolehlah menghubungi Balai Polis Daerah Kajang di talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.

sinar harian/-

PAS dihalang temui mangsa Bukit Kepong

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Kira-kira sepuluh lelaki menghalang rombongan PAS daripada bertemu seorang mangsa dalam peristiwa Bukit Kepong, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Katanya, beliau dan enam anggota parti mengiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang datang dengan konvoi tiga kenderaan ke Skudai Kanan, Johor semalam untuk menemui Jamilah Abu Bakar.

Suhaizan (kanan) mendakwa anggota Umno termasuk dalam kumpulan itu.

"Mereka halang kami dan tuduh Mat Sabu cuba pertahan Mat Indera. Mereka minta dia tarik balik kenyataan itu atau tidak dibenarkan bertemu.

"Mereka tidak rasional," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam ucapannya pada 21 Ogos, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera yang mengetuai serangan terhadap balai polis Bukit Kepong merupakan wira sebenar dan pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu mengundang serangan hebat, terutamanya daripada pemimpin Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia yang mendakwa Mohamad mengagungkan komunis.

malaysiakini/-

Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC?

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).

Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

“Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

harakahdaily/-

Merdeka jadi sejarah Umno, rakyat hilang patriotik

8 Syawal 1432H. [MOD] -

BANDAR JENGKA, 5 Sept: Sejarah kemerdekaan negara telah ‘diumnokan’ berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya harus dibezakan antara perjuangan parti dengan perjuangan kemerdekaan negara.

“Sebab itu akibatnya dapat lihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat.

“Kerajaan dan media awam mesti jujur dengan fakta sejarah, pejuang-pejuang yang telah terkorban patut dihargai jasa mereka, bukannya dengan hanya menonjolkan peranan Umno.

“Sekarang ini hanya Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan. Tak disebutkan langsung perjuangan anak Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga berkorban nyawa selain Umno.

“Di Pahang sendiri muncul ramai pejuang Islam yang mencetuskan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sejak zaman Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan yang seangkatan dengan mereka,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Perantauan di dataran Jengka 18 di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di seluruh negara terdapat nama-nama seperti Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Pulau Manis, Rosli Dhobi dan ramai lagi.

Tambahnya, hinggalah kepada era menentang penjajah sekitar tahun 1940-an nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain.

“Masalahnya rentetan nama-nama pejuang ini dipadamkan daripada sejarah seolah-olah hanya Umno yang berjuang menuntut kemerdekaan. Perlu disedari akibatnya dapat dilihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. Contoh paling mudah ialah mereka enggan kibar bendera,” katanya.

Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis.

Beliau berkata, pada hakikatnya Mohamad tidak menyebut langsung menyokong perjuangan komunis dalam ceramahnya itu.

“Isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera dan komunis sengaja diperbesarkan oleh akhbar lidah rasmi Umno itu untuk meraih kepentingan politik. Walhal berdasarkan video rakaman Mat Sabu tidak sepatahpun menyebut tentang menyokong komunis dalam ceramahnya.

“Tetapi propaganda tersebut dimainkan secara halus dan berulang-ulang sebagai cubaan mengaitkan PAS dengan komunis dan DAP supaya dibenci oleh orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan politik.

“Sebab itu PAS Pusat akan meminta Mat Sabu segerakan saman akhbar Utusan Malaysia dan media Umno lain bagi meminta mahkamah menghentikan propaganda itu,” katanya.

Kira-kira 500 hadir dalam Sambutan Hari Raya Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) bagi meraikan generasi muda yang bekerja di luar negeri ini.

Turut berucap Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) Roslan Zainal, Bendahari, Musaniff Abdul Rahman, Ketua Penerangan Suhaimi Saad, Ketua Pemuda, Shahril Azman Abdul Halim serta AJK BPPNP dan pimpinan PAS Kuala Krau.

harakahdaily/-

Penduduk kampung tangkap buaya gergasi

8 Syawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

26 maut dalam nahas jalan raya semalam

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Berbaki sehari lagi, Ops Sikap-24 mencatatkan 26 lagi kematian pada hari ke-14, dengan pengguna motosikal merupakan mangsa korban tertinggi apabila menyumbang kepada 17 kes di seluruh negara semalam.

Laman web Polis Bukit Aman hari ini turut melaporkan tujuh kematian membabitkan pengguna kereta, satu van serta seorang pejalan kaki dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 280 orang.

Laman web itu melaporkan, 10 kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, enam di jalan bandaran, dua di jalan negeri, dua di lebuh raya dan satu di lain-lain jalan.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 585 kes diikuti jalan persekutuan (396 kes), jalan negeri (247 kes), lebuh raya (89 kes) dan jalan-jalan lain (83 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,400 kes.

Menurut laman web itu juga, dalam operasi semalam, sebanyak 12,690 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-24 yang bermula 23 Ogos lepas sempena Aidilfitri, akan berakhir hari ini.- Bernama

Ayathurai,bekas calon PKR Ulu Kinta meninggal dunia

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Sdr Ayathurai,bekas calon PKR Ulu Kinta pada PRU12,telah meninggal dunia pada pagi ini,6hb Sept akibat penyakit angin ahmar.

Jenazah beliau akan dikebumikan esok jam 10 pagi diBuddhist Crematorium Centre(sebelah kanan Jln besar Jl Bercham /Tg Rambutan). Kediaman mendiang di alamat No 77,Persiaran Tebing Kinta 1,Tmn Mirindy.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Sdr Harder Singh ditalian 016-5299961

Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC?

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).

Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

“Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

harakahdaily/-

Noramfaizul wira, jangan lupa bekas perajurit

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Namun Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada masa yang sama mengingatkan kerajaan agar memberikan layanan setimpal kepada waris-waris dan balu-balu bekas perajurit dan pejuang negara yang berjasa yang masih hidup atau yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman luar.

“Tahniah kepada kerajaan kerana mengangkat jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban dalam menjalankan tugas di Mogadishu sebagai wira negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ramai antara anggota-anggota perajurit dan pejuang negara yang cedera dan terbunuh sehingga kini masih tidak menerima anugerah yang sewajarnya, jika hendak dibandingkan dengan apa yang diterima arwah wartawan BernamaTV.

PAS, katanya mengalu-alukan segala bentuk sumbangan bagi mengenang jasa perajurit dan pejuang negara yang terkorban dalam mempertahankan negara.

“Namun ia perlu diselaraskan agar tiada pihak yang terabai atau tercicir daripada senarai,” tegas beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga mencadangkan agar kerajaan memastikan badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dapat berkembang dengan baik kerana ia boleh membawa nikmat kepada para pejuang dan perajurit negara dari segi kebaikan dan keuntungan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluaraga anggota polis yang berkhidmat dengan British semasa tragedi Bukit Kepong menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.

"Beberapa pihak telah membuat tuntutan pampasan sebegini dan berjaya," kata Mohamad kepada Harakahdaily.

Ribuan pemberontak tiba di kubu kuat Gaddafi

8 Syawal 1432H. [MOD] -

TARHOUNA, Libya - Para pemberontak tiba di salah satu kubu kuat Muammar Gaddafi di Bani Walid semalam walaupun dia diberikan peluang untuk menyerah diri.

Ribuan pemberontak tiba di Bani Walid yang merupakan bandar di sebuah kawasan gurun yang terletak 140 kilometer ke tenggara Tripoli.

Gaddafi kini sedang melarikan diri selepas rejimnya tumbang manakala bandar Tripoli ditawan pemberontak yang mahu dia menyerah diri selepas 42 tahun berkuasa.

Para pemberontak kini menguasai kebanyakan kawasan di Libya dan kini dalam proses mewujudkan sebuah kerajaan.

Buat sementara waktu, Libya kini ditadbir Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak.- Agensi

Gempa bumi di Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. - BERNAMA

Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Drs. Khalil Idham Lim

Saya ingin menjawab beberapa persoalan berkenaan isu yang ditonjol oleh media lidah kerajaan BN berdasarkan kenyataan Mat Sabu yang diputar belit baru-baru ini, begitu juga isu yang mengejutkan seluruh warga Malaysia di mana wartawan Bernama yang mati terkena tembakan curi di Somalia kerana kecuaian pihak penyanjur berkenaan isu keselamatan asas peserta.

Isu-isu ini sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian Negara terhadap hal perbuatan BN menjual kewarganegaraan kepada PATI dan pemilik MYPR.

Bagi saya Umno-Bn cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang PRU13 nanti.

Isu pilihanraya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.

Gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang satu syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya katanya, ini petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi dari rakyat.

Lidah kerajaan iaitu Utusan, sanggup memutar belit kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu yang didakwanya mengiktiraf komunis yang menyerang Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sejati dalam ucapannya .

Tetapi amat malang buat UMNO-BN kerana isu ini umpama sedang menggali kubur mereka (BN) sendiri, kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu di mana ia telah dibukukan cuma tidak diajar secara menyeluruh disekolah-sekolah.

Dokumentasi tentang sejarah itulah yang dengan sendirinya mendedahkan siapakah sebenarnya Umno, dan apabila rakyat tahu akan hal ini, sudah pasti parti yang dikatakan sebagai pembela bangsa ini akan ditolak oleh ahlinya sendiri.

Negara juga telah dikejutkan dengan kematian seorang wartawan Bernama yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia sebagai wakil media, sekali lagi isu ini telah menjelaskan kepada Negara bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak tidak serius dalam hal keselamatan nyawa rakyatnya .

Sega Peristiwa dan juga isu yang berlaku itu merupakan tipping point buat rakyat Malaysia untuk berubah, ubah dari mengundi BN kepada mengundi Pakatan pada PRU 13 nanti.

Lakukan perubahan besar ini dengan undi anda bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia punyai sejarah dan nilai yang amat berharga iaitu jati diri anda sebagai warga Negara yang berdaulat dan punya hak untuk menukar kerajaan.

Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN yang sudah sangat alpa kepada amanah yang sentissa dikhinati sejak 54 tahun. Mereka adalah pengkhinat kepada agama, negara dan bangsa mereka sendiri.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 September 2011

Tahniah Kepada Jacqueline Menjuarai Bowling Dunia

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media Pemuda PAS Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore yang telah memenangi kejuaraan Bowling Dunia di Hong kong semalam (4hb September 2011). DPPNS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Kejayaan anak muda ini tidak akan kemana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa. Bakat yang mahal sebegini tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten. DPPNS juga berharap potensi anak-anak muda Sarawak yang bernilai sebegini tidak dipandang ringan oleh pihak tertentu dan dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi kejayaan yang lebih gemilang.

Kita mahu melihat potensi anak muda Sarawak yang berpotensi tinggi dipersia-siakan dan kementerian terbabit seperti yang berlaku kepada Saudara Jack Ho seorang atlet triton Sarawak yang pernah didedahkan oleh DPPNS sebelum daripada ini.

Dalam masa yang sama, DPPNS menggesa Menteri Muda Sukan Sarawak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang sempurna di seluruh negeri Sarawak bukan hanya tertumpu di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dengan kedudukan pendapatan negeri yang baik dan memiliki ramai anak muda yang berpotensi kami yakin sukan di Sarawak mampu pergi lebih jauh.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak

Adat menyambut Idulfitri boleh diteruskan?

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin” itulah ucapan yang selalu diucapkan oleh orang Melayu sempena menyambut hari raya Idulfitri. Malah ucapan itu kini telah diterjemahkan dalam bentuk kad ucap selamat sejak awal Ramadan lagi. Budaya ini turut dikongsi oleh umat Islam di Singapura sehingga ke hari ini.

Selain itu satu lagi budaya yang boleh dimasukkan dalam kategori adat Melayu. Adat yang dimaksudkan ialah bersalaman pada pagi hari raya. Acara ini bermula pada pagi hari raya sebelum masing-masing menuju ke masjid untuk solat Idulfitri. Dalam acara itu, anak-anak akan menghadap ibu bapa dan sebelum itu isteri menghadap suami untuk melafazkan ucapan selamat. “Minta maaf banyak-banyak,” atau “minta maaf zahir dan batin” itulah ucapan lazim yang dilafazkan setiap kali berjumpa sanak saudara.

Saya tidak pasti bagaimana masyarakat Islam di negara lain memulakan sambutan hari raya mereka. Apakah dalam masyarakat mereka turut diadakan acara menghadap bapa, memohon kemaafan yang dimulai oleh isteri. Setelah itu anak-anak akan bersalam memohon kemaafan kepada bapa dan ibu. Mungkin keunikan adat ini hanya dimilik oleh orang Melayu sahaja.

Persoalannya, adakah adat ini boleh diteruskan atau dikembangkan kepada masyarakat lain? Adakah adat ini sesuai dengan Islam?

Walaupun adat dan budaya ini tidak dilakukan oleh Rasulullah dan Sahabat tetapi amalan itu didapati tidak bercanggah dengan hukum Islam. Bahkan ada yang dianjurkan oleh Islam. Antaranya Islam menganjurkan umat Islam saling bermaaf-maafan dan saling bersalaman.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata: Amin, Amin, Amin” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?” Beliau bersabda: “Sesungguhnya Jibril a.s datang kepadaku, dia berkata: “Barang siapa yang memasuki bulan Ramadan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan “Amin”, maka akupun mengucapkan Amin….”

Maknanya kalau seseorang ada dosa, dia perlu minta maaf dan kalau orang minta maaf, maka kita harus memaafkannya. Cuma dalam hadis ini dianjurkan kita memohon keampunan sebelum Ramadan.

Dalam hadis yang lain malaikat Jibril berdoa: “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Aamin sebanyak 3 kali.“

Berdasarkan itu tidak salah bersalaman dan bermaafan pada pagi hari raya Idulfitri, dan tidak salah juga selepas solat hari raya, sesama jemaah bersalaman dan memohon kemaafaan. Tetapi janganlah jadikan amalan itu hanya bermusim sedangkan dosa yang dilakukan adalah setiap hari. Ingatlah sifat orang mukmin ialah apabila melakukan dosa segera meminta maaf, apatah lagi berdosa dengan Allah.

Selain acara itu, ada lagi sahabat andai yang menjemput kawannya ke rumah mereka. Budaya ini amat baik kerana saling ziarah menziarah ini boleh mengeratkan persaudaraan, menghapuskan permusuhan dan dapat menjernihkan kehidupan yang kelam sebelumnya. Cuma dalam hal adalah tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Namun begitu, berdasarkan hadis di atas alangkah baiknya kalau semua umat Islam memulai pada Ramadan kali ini dengan bersalaman dan memohon kemaafan sesama kita sebelum menjelang Ramadan. Dengan cara ini semua umat Islam dapat melakukan puasa dalam keadaan tidak ada dosa. Bayangkan kalau semua umat Islam dalam keadaan bersih, sudah tentu doa dan ibadahnya mudah diqabulkan.

PRU13 : Melahirkan Kematangan Politik Sistem 2 Parti

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Setelah melalui 12 Pilihanraya Umum, Malaysia sekarang bersedia untuk menghadapi Pilihanraya yang ke 13 seolah-olah sudah wujud sistem dua parti di negara ini. Walaupun perkara ini masih kabur tetapi pertembungan diantara 2 gabungan kuasa besar akan pasti merintis satu pola baru dalam dinamika politik Malaysia. Dua gabungan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen-komponen parti politik yang mempunyai ideologi dan kepentingan tersendiri. Gabungan yang dibentuk ini adalah bertujuan menguatkan semua parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. Di Malaysia, tidak ada satu parti pun yang berani berkata bahawa ia boleh menubuhkan kerajaan tanpa ikatan dengan parti-parti komponen yang lain.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional yang mempunyai satu gabungan kuat UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti lain bertembung dengan satu daripada parti pembangkang samada DAP, PAS ataupun PKR. Pertarungan diantara kerajaan dan pembangkang di gelanggang pilihanraya seolah-olah ‘pipit berperang dengan garuda’. Pembangkang tidak pernah mempunyai satu gabungan yang kukuh. Hubungan diantara parti-parti pembangkang adalah lemah dan hanya sekadar menepati strategi satu lawan satu dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi, dalam pilihanraya itu, satu tsunami politik telah mengubah corak permainan politik di negara ini. Ketiga-tiga parti pembangkang yang utama telah menzahirkan satu gabungan yang nyata dan kukuh iaitu Pakatan Rakyat. Malah gabungan ini telah berjaya menubuhkan kerajaan di 5 buah negeri selepas pilihanraya tersebut. Oleh yang demikian wujudlah sistem 2 gabungan parti-parti politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Ini adalah satu perkembagan positif dan perlu diterima secara hati terbuka oleh seluruh rakyat negara kita. Ini membuktikan negara kita sedang melalui evolusi politik yang lebih matang. "apabila politik sesebuah negara sudah matang, bilangan parti-parti politik yang banyak akan menjadi semakin kurang dan menguncup", kata Ahmad Boestamam, seorang tokoh politik yang terkemuka di negara kita. Kini, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan. Mereka bukan lagi terbelenggu dengan dogma ‘Barisan Nasional harus menjadi kerajaan, yang lain menjadi pembangkang’. Rakyat sedar bahawa mereka sudah mempunyai alternatif untuk mengubah kerajaan yang memerintah. Tambahan pula, Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai pembangkang juga telah membuktikan kehandalan mereka memerintah negeri-negeri di bawah kekuasaannya. Malah rekod atau prestasi pencapaian Pakatan Rakyat adalah lebih mantap dan hebat daripada negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, German dan lain-lain lagi sudah lama mengamalkan sistem 2 parti. Rakyat hanya memilih diantara 2 parti yang bertanding. Sering kali rakyat memilih secara bergilir-gilir untuk memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk memerintah negara. Rakyat dapat membuat satu penilaian yang bijak berdasarkan polisi-polisi yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Ini mewujudkan persaingan yang hebat serta melahirkan dasar-dasar negara yang membina dan bernas untuk kepentingan rakyat jelata. Tambahan pula sistem ini berpotensi untuk mengikis amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Rakyat negara kita seharusnya membuka minda menerima sistem 2 parti ini untuk pembangunan yang lebih ketara.

Sistem ini membenarkan peralihan kuasa yang licin daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini dapat membendung pemusatan kuasa yang terlampau dan terlalu lama dipegang satu pihak yang menjadi kerajaan. Sistem 2 parti ini juga korelasi dengan falsafah yang mengingatkan kita bahawa ‘power corrupts, absolute power corrupts absolutely’ Sejak tsunami pilihanraya 2008, politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk memerintah negara ini. Walaupun kewujudan sistem 2 parti masih samar-samar di negara kita, tetapi pembentukan 2 gabungan politik itu sendiri boleh dianggap sebagai kematangan politik yang licau serta berjaya melakar hala tuju negara ke tahap yang lebih cegat dan cekang..

YB V.Sivakumar,
ADUN Tronoh,
Timbalan Pengerusi DAP Perak
5 September 2011

Mat Sabu : “Jangan gali kubur sendiri!”

8 Syawal 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.

Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

“Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. SH/-