11 November 2008

Bajet Perak 2009

IPOH, 10 Nov :-Sidang Dewan Undangan Negeri yang berlasung bermula pada pagi tadi telah mengotai segala janji-janji manifesto pilihanraya. Bajet yang dibentang dengan tema "Bajet Kebajikan Untuk Rakyat "telah membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang mementingkan hal ehwal kebajikan rakyat. Ia memaparkan kesungguhan dan komitmen kerajaan Negeri dalam hasrat membawa negeri Perak dan rakyatnya ke satu tahap pembangunan sosio ekonomi dan pembangunan insan yang seimbang. Dalam merangka dan melaksanakan Bajet 2009, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadikan adil, amanah, telus, wibawa dan berkebajikan sebagai asas dan prinsip utamanya.

YAB MB Perak telah menggariskan empat strategi utama iaitu menjadi sebuah negeri berkebajikan, meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan di luar Bandar dan Bandar, dan menyediakan system penyampaian sektor awam yang efisen.

Negeri Berkebajikan menjadi strategi utama Bajet 2009
Apa yang rakyat Perak dapat dari Bajet 2009 ini ?

1. 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan.

2. Meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit.

3. RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.

4. RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.

5. RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

6. RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan

7. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU), menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.

8. Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

10. RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.

11. Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

12. Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.

13. Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

14. RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.

http://misabah.blogspot.com

Perak perkenalkan Takaful Kifalah

IPOH, 10 Nov :- Kerajaan perak akan memperuntukan 1.o juta ringgit bagi memperkenalkan takaful kifalah bagi golongan warga emas miskin dinegeri Perak yang berumur 65 tahun keatas.Demikian antara isi Bajet 2009 yang dibentangkan oleh YAB menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin.
Skim tersebut akan memberi manfaat dengan sumbangan sebanyak RM 1000 akan diserahkan oleh waris simati.

Stategi Belanjawan Perak 2009.

IPOH, 10 Nov.:- Menteri Besar Perak Darul Ridzuan membentangkan bajet dengan 4 strategi utama seperti berikut : pertama, menjadi sebuah negeri berkebajikan, kedua: meneruskan dasar perbelanjaan secara berhemah dan berjimat cermat serta mempertingkatkan hasil pendapatan negeri, ketiga ;memastikan kesejahteraan rakyat dan peningkatan kualiti kehidupan diluar Bandar dan Bandar dan keempat ; menyediakan system penyampaian sektor awam yang efesian.

Dewan luluskan Enekmen Pinjaman(Perbekalan Air)(Pindaan) 2008

IPOH, 10 Nov.:- Dewan sebentar tadi setelah sesi jawapan lisan telah membentangkan satu Enekmen Pinjaman (perbekalan Air)(Pinjaman)2008 dibentangkan. Pembentang kali pertama telah dibentangkan YAB Menteri Besar Perak dan disokong oleh wakil dari Simpang Pulai.

Bacaan kali kedua dan ketiga telah dibentang oleh Exco Kanan , Dato' Ngeh koo Ham yang juga disokong oleh wakil Simpang Pulai.

Setelah Dewan bertukar kepada Jawatankuasa sebelum dibaca untuk kali ketiga, juga mendapat sokongan penuh dewan

Antara kandungan penting Enekmen ialah mengganti enekmen asal pada tahun 1969 iaitu menukar perkataan "four hundred and fifty-eight million ringgit "dengan perkataan "one thousang and five hundred million ringgit".

Sidang DUN Perak berjalan lancar

IPOH, 10 Nov :- Persidangan hari pertama Mesyauarat ketiga, penggal pertama Dewan Negeri yang ke 12 Perak Darul Ridzuan berjalan lancar seperti yang jangkakkan. Persidangan bermula sejak jam 8.00 tadi dengan pengumuman dari YB. Tauan Yang Dipertua Dewan, V. Sivakumar antaranya memaklumkan sidang kali ini diadakan sehingga 13 Nov.

Beliau juga menyatakan supaya semua Ahli-Ahli Yang Berhormat menggunakan peluang untuk menumpukan perbahasan mengenai Bajet 2009 dan tidak menimbulkan perkara yang remeh temeh.

Persidangan kali ini akan menyaksikan perbentangan Belanjawan Negeri Perak 2009 yang akan dibentang oleh YAB. Menteri Besar Perak kali pertama setelah pakatan memerintah dinegeri Perak . Setelah selesai sesi jawapan soalan lisan pada jam 11.30 pagi YAB MB akan membentangkan Bajet 2009 tersebut..

Sidang Dun Perak, 10-14 November ini

IPOH, 9 Nov (Hrkh) - Buat pertama kali Kerajaan Pakatan Rakyat akan membentangkan bajet 2009 dalam sidang DUN pada 10 hingga 14 November ini dan seluruh rakyat negeri ini sedang tetunggu-tunggu bajet pertama Kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada sidang pertama nanti, Menteri Besar Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh Exco akan menjawab soalan-soalan lisan dari seluruh Adun kerajaan dan pembangkang. Bajet akan dibentangkan pada hari itu juga selepas selesai tamat menjawab soalan-soalan lisan.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki, sidang kali ini pasti lebih hangat dan panas kerana Adun-adun Pakatan Rakyat kelihatan benar-benar bersedia untuk berdebat dan berhujah. "kalau sidang yang lepas, mereka kelihatan lesu, kerana tidak ada pengalaman, kali ini mereka akan menunjukkan taring masing-masing," katanya.

Beliau seterusnya memberitahu Adun-adun Pakatan Rakyat sudah belajar dengan pengalaman dari dua sidang DUN di Kelantan dan Pulau Pinang. Semasa di sana mereka berkesempatan mempelajari sesuatu yang bermanfaat sewaktu adun-adun mereka mengikuti persidangan dewan di dua negeri tersebut.

Bajet yang akan dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dijangka akan menunaikan segala janji yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu yang bertemakan "kebajikan".

Kerajaan dijangka akan mengumumkan peruntukan-peruntukan yang melibatkan kebajikan rakyat, antaranya Derma Siswa Rakyat, Tabung Kifalah Warga Emas, Tabung Khas Kebajikan Rakyat, Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil dan sebagainya. - sumber dipetik dari HarakahDaily