26 Mac 2008

Boikot gagal : Pertemuan MB dengan ketua kampung berjalan lancar

IPOH 25 Mac - Kenyataan akhbar oleh Pertubuhan Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak (PKKNP) yang dikatakan akan memboikot semua program anjuran kerajaan negeri yang ditubuhkan hasil gabungan Barisan Rakyat (BR) ternyata indah khabar dari rupa. Kehadiran sebahagian besar ketua-ketua kampung sekaligus menafikan kenyataan Ahli Exco PKKNP, Kassim Mohd. Said yang berkata kononnya ketetapan diambil hasil daripada mesyuarat khas pertubuhan tersebut yang diadakan petang sabtu lepas dan dipersetujui oleh 776 orang ahli dari sembilan daerah bagi memboikot program kerajaan negeri.

Pihak yang "bodoh" tersebut turut mengarahkan semua ahlinya supaya memboikot majlis perjumpaan dengan Menteri Besar yang baru kelmarin .
Pada pertemuan sulung tersebut ditegaskan kerajaan negeri akan memberi hak kepada rakyat untuk memilih ketua kampung masing-masing bagi memastikan pelantikan jawatan itu dilaksanakan secara telus. Menteri Besar Perak, Ir. Mohmammad Nizar Jamaluddin berkata, rakyat di sesebuah kawasan lebih berhak memilih kerana mengenali dan memahami calon yang dirasakan sesuai menjadi ketua.

''Bagaimanapun, kita tidak akan sewenang-wenangnya melucutkan jawatan ketua kampung sedia ada kerana tempoh perkhidmatan mereka sah sehingga 31 Disember ini.''Mekanisme pelantikan ketua kampung yang baru dengan menggunakan kaedah undian ini hanya bermula tahun depan dan sekarang ini tidak ada langsung paksaan supaya ketua kampung meletak jawatan," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua-Ketua Kampung Perak di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang turut mengadakan sesi dialog dengan ketua-ketua kampung itu berkata, kerajaan negeri juga menyeru agar rakyat tidak berdendam sesama sendiri kerana ia dilarang agama dan adat ketimuran.

Ir. Nizar :Istana belum perkenan perlantian exco

IPOH 25 Mac - ''Jika saya tahu bila tarikh angkat sumpah jawatan Exco, saya adalah orang pertama yang akan beritahu anda''.Begitulah reaksi Menteri Besar Perak, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika ditanya mengenai pelantikan Exco bagi kerajaan campuran di negeri ini yang masih belum selesai.Menurutnya, sehingga kini pihaknya masih menunggu perkenan daripada Sultan Perak setelah menghantar senarai barisan exco yang telah dipersetujui Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Buat pengetahuan anda semua kita sedang tunggu perkenan Tuanku yang kini bercuti di London," katanya di sini hari ini.Mohammad Nizar berkata, formula barisan Exco yang telah dipersetujui iaitu enam daripada DAP, tiga PKR dan dua termasuk dirinya daripada Pas akan terus dikekalkan.

Jelas beliau, pihaknya yakin langkah berkenaan tidak akan membawa sebarang masalah kerana ia hasil persetujuan secara bersama.Tegasnya, dakwaan kononnya kaum Melayu akan terpinggir jika enam ahli exco terdiri daripada wakil rakyat DAP hanyalah satu mitos.''Majoriti pemimpin daripada sesuatu kaum bukan faktor penentu kejayaan bangsa Melayu dan ini telah terbukti sebagaimana yang berlaku di Terengganu pada masa ini.''Walaupun kita di Perak berlainan agama, bangsa, budaya dan latar belakang tetapi kita bersatu hati sedangkan di Terengganu yang pemimpinnya satu kaum dan satu parti sedang berpecah-belah dan huru-hara.''Tindakan pemimpin di sana juga sebenarnya satu penderhakaan kepada institusi raja kerana sanggup mengingkari perintah Sultan Terengganu," katanya.

Mengenai gesaan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini supaya Sultan Perak menolak formasi barisan Exco kerajaan negeri Mohammad Nizar berkata, ia bukan kehendak rakyat.''Mereka ini tidak mewakili rakyat. Saya ingin bertanya, adakah Sultan Perak akan mendengar suara rakyat atau NGO?," katanya.

Pejabat Wakil Rakyat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong

Alhamdulillah sejak kemenangan PAS pada 8 Mac yang lepas, seawalnya pada 15 Mac yang lepas Pejabat Wakil Rakyat bagi Parlimen dan DUN yang di menangi PAS telah mula beroperasi. Waktu pejabat yang dipersetujui ialah dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk hari isnin hingga jumaat. manakala untuk hari sabtu separuh hari dari jam 9 hingga jam 12 tenghhari. Hari Ahad pejabat ditutup.


Pejabat Kami Beroperasi di lokasi Pejabat Pas Kawasan iaitu, No. 8 Jalan Keli, Taman Seri Tenggara, 34200 Parit Buntar. Antara kakitangan pejabat yang dilantik ialah Setiausaha, Sdr. Nizam, Sdr, Aziz sebagai PA ADUN Titi Serong, Sdr. Hamdan , PA serta Koodinator Hubungan Antara Kaum Ahli Parlimen Parit Buntar dan ADUN Titi Serong, En. Tajuddin, Pembantu Khas Pejabat, dan Sdr. Baharin Desa, PA Ahli Parlimen untuk DUN Kuala Kurau

Sambutan yang menggalakkan dari semua penduduk setempat jelas kelihatan apabila sepanjang masa kelihatan banyak kasut dan selipar yang terletak diraugan pintu masuk pejabat. Antara yang banyak yang datang adalah untuk memohon tandatangan setelah beberapa orang Ketua Kampung yang nampaknya tidak amanah dengan menolak permintaan rakyat untuk cuma memberi tandangannya. Sedangkan mereka masih berkerja makan gaji dengan kerajaan Negeri Perak.

Selain itu aduan dan permasalahan rakyat tidak putus-putus kami terima sejak pejabat ini beroperasi. Semuga ianya berterusan sebagai jantung hati dalam membangunkan rakyat pelbagai golongan.

PM Baru Terjaga Dari Tidur Yang Lena.

Terbukti sudah pada hari ini PM baru terjaga dari tidurnya yang sangat lena. Entah sudah berapa lama dia tidur sehingga pada hari ini dia bercakap seperti orang baru bangun tidur dalam keadaan terkejut. Teringat macam Raja Bedurai Putih yang suka tidur dalam tempoh yang sangat panjang.




Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah mesej yang kuat bahawa beliau tidak bergerak cukup pantas untuk melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang dijanjikan. "Saya berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas mesej tersebut. Mesej sudah dibuat. Saya terima,"

Demikianlah beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang tolong gerakkan dia dari tidur. Satu lagi perlu diingatkan bahawa PM kita ini belum terjaga dari sikap tidurnya yang "super double standard" kepada anak menantu dalam pemberian tender. entah berapa jadi kaya anak menantu beliau setelah melalui zaman pemerintahan selama beberapa tahun mendatang.